*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MELAYU BARU YANG BERWAJAH KUNO
Oleh: Rosli bin Ibrahim
Gagasan Melayu Baru yang dibawa oleh UMNO pada hari ini mungkin dapat
diterima oleh
mana-mana manusia yang tidak berpendirian. Orang berpendirian tidak
mungkin dapat
menerima gagasan tersebut kerana ia penuh dengan tipu helah, muslihat,
buruk
sangka, tidak beradap bahkan jauh sekali daripada berakhlak sebagai
manusia yang
waras.
Melayu Baru yang dicipta dan dicanangkan oleh UMNO pada waktu ini juga
adalah
lanjutan gagasan Melayu Kuno yang kebanyakan mereka menganut agama Hindu
di masa
silam. Justeru, cakap mereka berdolak dalik, suka kepada pemujaan, pilih
kasih dan
iri hati kepada pihak lawan atau musuh (politik) mereka.
Pendewaan Melayu Kuno di masa silam - khasnya kepada pemimpin mereka
adalah agak
keterlaluan. Kehebatan Melayu Kuno juga adalah pandai bersyair,
bersajak, berpantun
dan bermadah. Benteng terakhir Melayu Kuno adalah baginda sultan atau
maharaja di
waktu itu.
Melayu Baru yang dicipta di alaf baru yang serba moden ini mempunyai
wajah
persamaan dengan Melayu Kuno di zaman silam. Pendapat ini diambil kira
berdasarkan
kepada beberapa faktor atau senario yang berlaku di akhir-akhir ini.
Antara senario
tersebut termasuklah:
� Demi kebaikan umat Melayu � untuk mengelakkan mereka daripada
berpecah-belah
(atas alasan kononnya), baginda al-sultan telah diheret sama untuk
terjebak dengan
politik songsang yang telah dicipta oleh mereka.
� Pemimpin mereka adalah maksum dan dengan itu juga pemimpin tidak lagi
boleh
ditegur, dinasihat atau dibimbing. Apatah lagi jika dicemuh dan dicerca.
Pemimpin
juga tidak boleh didakwa atas salah laku mahupun penyalahgunaan kuasa.
� Prinsip utama yang ada pada diri mereka adalah menghalalkan cara dan
apa sahaja
yang boleh menyebabkan masa depan mereka �gelap� perlu �diterangkan�
terlebih
dahulu.
� Semua juak-juak mereka perlu �dikenyangkan� terlebih dahulu dan
selepas itu
barulah diambil kira rakyat jelata lain yang telah lama kebuluran.
� Mana-mana individu yang tidak disenangi oleh mereka telah dicampakkan
ke �penjuru
alam� atau di sel di penjara.
� Pentas dan media telah dijadikan sebagai alat untuk mencemuh mana-mana
pihak yang
tidak sehaluan atau disenangi oleh mereka.
� Cantas mencantas, pukul maut atau memijak kepala kawan dalam kehidupan
seharian
mereka untuk memajukan diri adalah suatu amalan yang normal dan ia tidak
dinampakkan sebagai suatu kesalahan.
� Orang kaya atau orang berada dipandang mulia dan si miskin yang
merempat di tepi
jalan dianggap sebagai sampah kepada masyarakat.
� Seteru utama mereka adalah orang yang beragama atau cerdik pandai yang
tidak
sehaluan ataupun orang yang lebih jauh berpandangan daripada mereka.
� Kebebasan pada mereka adalah menghormati, memuja atau memuji pada diri
mereka
sahaja.
� Fitnah atau memutar belit adalah suatu amalan yang dianggap �mulia�
dan ia perlu
demi kebaikan servival bangsa kononnya.
� Mana-mana individu yang tidak mempunyai ciri-ciri yang disebutkan tadi
telah
dianggap bukan dari golongan yang boleh memoden atau memajukan negara.
Kesimpulan daripada tulisan yang tidak bernilai ini adalah sama-samalah
kita
menilai sejauh manakah ketamadunan Melayu Baru yang hendak dibawakan
itu. Adakah
Melayu Baru itu akan berakhlak lebih mulia ataupun ia lebih teruk
daripada Melayu
Kuno yang kegelapan di waktu silam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>