*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Komen
Kalau begitulah keadaannya, tibalah masanya PAS
berikhtiar mewujudkan tabung pendidikan sendiri.
Sekurang-kurangnya dapat diringankan bebanan orang
yang benar-benar memerlukannya.
Tak salah kita tiru konsep projek langkawi oleh MCA.
Misal kata kekawan dalam hizbi-net ..kalau hulur
seorang RM 10 sebulan kalau ada 5,000 ahli dah dapat
RM 50,000.
Katalah kita sumbang 3 kali setahun - dah dapat RM
150,000.
Dalam erti kata lain - projek dana pendidikan ini
adalah projek nasional PAS. kita target dalam 2 tahun
kumpul RM 5 juta. Perkara baik insyaAllah dimurahkan
rezeki.
Adakan kempen yang konsten dan menyeluruh diseluruh
negeri.
Kos perbelanjaan sekarang semakin tinggi. yuran IPTS
pun memang tinggi. tidak ramai yang mampu membiayai
sejumlah kos yang begitu tinggi. Kalau tak de duit RM
500 pun memang tinggi. lainlah kalau berduit.
Datuk Nazri kena ingat MARA adalah Majlis Amanah
Rakyat dan bukannya Majlis Amanah UMNO. Kalau dia nak
utamakan penyokong UMNO dia kena buat Majlis Amanah
UMNO - MUMNO ?? Macam yang dicadangkan oleh perwakilan
UMNO baru-baru ini UMNO perlu wujudkan tabung
pendidikan semacam MCA.
wallahu aklam.
Dari Tanjung
Pinjaman MARA: Penyokong kerajaan akan diutamakan
Kuala Lumpur, Mei 17 - Penyokong kerajaan akan
mendapat keutamaan berbanding penyokong pembangkang
bagi mendapatkan pinjaman daripada sebuah agensi
kerajaan, kata seorang Menteri.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) hanya akan menimbangkan
permohonan para penyokong pembangkang sekiranya
terdapat lebihan peruntukan, Menteri Pembangunan
Usahawan, Mohd Nazri Abdul Aziz, dipetik sebagai
berkata oleh beberapa akhbar.
"Dalam politik, kita harus memberi keutamaan kepada
penyokong kita sebelum kita menimbangkan orang lain,"
katanya seperti dipetik oleh Berita Harian.
Para pemohon dari negeri Kelantan dan Terengganu yang
dikuasai oleh PAS tidak akan dihukum kerana "kita juga
mempunyai penyokong di sana," tambahnya.
Nazri seterusnya berkata PAS mengamalkan prinsip yang
sama apabila parti itu berjaya menguasai negeri
tersebut dalam pilihan raya umum November tahun lepas.
"Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang, turut
melakukan perkara yang sama. Beliau memecat mereka
yang tidak menyokong beliau," kata Nazri.
"Jika pembangkang boleh melakukannya kepada kami, maka
kami juga boleh melakukan perkara yang sama," tegasnya
lagi.
Apabila ditanya bagaimana MARA boleh membezakan antara
penyokong kerajaan dari penyokong pembangkang, Nazri
menjelaskan, "sekilas ikan di air, sudah dapat kita
tentukan jantan-betinanya."
"Kita tahu siapa yang menyokong kita dan siapa yang
tidak." tambahnya.-AFP
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>