*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
 
Einstein percaya perjalanan merentas masa dapat 
dilakukan seandainya kelajuan mengatasi kelajuan
cahaya. Sekali lihat kita mungkin berkata ini semua
karut wa marut.  Tapi Einstein berpendapat; "Imaginasi
adalah lebih penting dari pengetahuan". Bukan itu saja,
dia sediakan satu formula yang sukar disangkal untuk
membuktikan imaginasinya itu tidak mustahil dicapai.

Kalau kita lompat ke persoalan thomas cup, kita
sebenarnya bukan tak  berpengetahuan; tapi kita
ketandusan imaginasi. Bukan thomas cup saja, dalam apa2
topik pun, samaada politik, ekonomi, pendidikan, dll,
orang kita kurang imaginasi.  Dalam politik kita dah
pekat sangat dengan sistem sekular sekarang hingga kita
tak mampu nak imagine bagaimana mungkin sistem Islam
itu boleh dijalankan. Dalam pendidikan, kita macam tak
berdaya nak ubah sistem sekarang kepada satu sistem 
yang lebih solid molid dimana pelajaran agama dibancuh
diuli sebati dengan pelajaran moden. Dalam ekonomi,
gomen seolah2 mati akal dalam menyediakan business
infrastrucuture khas selengkap yang dimiliki kaum lain
supaya orang kita dapat bersaing sama gagah. Apasal
semua ini terjadi? Tak ada sebab lain selain kelemahan
imaginasi. 

Berbalik sekali lagi ke thomas cup; memang padan
malaysia dikalahkan semalam.  Pasukan malaysia hanyalah
average players yang tak ada apa2 pun keistimewaan 
selain dari semangat.  Apakah  malaysia punya tactical 
team buat untuk meningkatkan mutu pemain kita? Adakah 
dia orang buat rakaman setiap pemain kita dan lawan 
untuk mencari mana kelemahan/kekuatan dan mungkin
mencipta "killer moves" baru se inovatif "servis S" 
misalnya? (Siam boleh cipta tendang kuda dalam takraw).
Atau mungkin disediakan seorang pakar otak & saikologi
untuk mengawal emosi pemain kita yang kelamkabut bila
ditekan.  Bila team kita  pergi overseas, adakah benar2
nak menimba ilmu atau nak  shopping dan bersiar makan
angin hingga kembung. Dari dulu sampai semalam, pasukan
kita asyik dok tahap average dan berharap sangat2 pada
nasib.

Dalam apa2 bidang pun yang kita perlukan ialah orang2
yang diberi kebebasan sepenuhnya untuk meneroka segenap
persoalan untuk menuju kecemerlangan. Yang kita lihat,
hari ini nak  berfikir pun kekadang disekat2. Selalu 
juga otak2 kita disuap2 dengan idea2 primitif yang
terpancar dari minda  yang merentasi zaman silam -
sepertimana satu arahan "tak boleh lawat negeri itu
negeri ini" (macam mana nak merentasi future, rentas
negeri pun tak dibenarkan).  Kita patut lepaskan 
molecules otak kita untuk meneroka segenap ruang
possibility dan terus memasuki sempandan impossibility
selagi dibenarkan agama (macam einstein) - barulah kita 
mempunyai peluang untuk buat quantum leap ke hadapan.  

Sekarang ini kita macam merentasi masa - tapi malangnya
kebelakang: Sukan tak kemana, rakan remaja kita semakin
parah,  jenayah begitu bullish, politik wang semakin
berleluasa, politik tekan orang guna akta2 semakin
lantang,  temberang dibudayakan, fitnah diundang2kan,
keadilan ditemberangi, hak bersuara diliwati, sukan di
politikkan, dsbnya.      

Wassalam


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke