*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Sepatutnya Nazri arahkan semua peminjam-peminjam yang tak sokong UMNO supaya 
full settle sekarang jugak. Langsaikan hutang la ni jugak. Kemudian depa depa 
yagn memang tak boleh full settle, Nazri patut seret ke mahkamah bersama mak 
bapak dan para penjamin yang tentunya tak sokong UMNO jugak.

Nazri tentu boleh carikan Hakim yang sekroni dengannya. Inilah masanya nak 
rampas harta benda, tanah , rumah, kerbau lembu, sawah bendang, dan apa apa 
milik peminjam dan para penjamin yang sokong pembangkang. Kemudian kalau gamak 
tak cukup jugak..boleh lah ishtiharkan bankrap dan rampas pasport.

Apa akan jadik kalu peminjam dan penjamin yang tentunya seteru UMNO dah di 
ishtihar bankrap ????


Wassalam

Adam


p/s: tak kan benda lagu ni pun nak kena habaq kot, Unit Undang Undang 
tu..boleh 
pikiaq la sikit kot cara cara nak menganiaya pembangkang



>===== Original Message From "PAS Tg. Aru" <[EMAIL PROTECTED]> =====
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Komen
>Kalau begitulah keadaannya, tibalah masanya PAS
>berikhtiar mewujudkan tabung pendidikan sendiri.
>Sekurang-kurangnya dapat diringankan bebanan orang
>yang benar-benar memerlukannya.
>
>Tak salah kita tiru konsep projek langkawi oleh MCA.
>
>Misal kata kekawan dalam hizbi-net ..kalau hulur
>seorang RM 10 sebulan kalau ada 5,000 ahli dah dapat
>RM 50,000.
>
>Katalah kita sumbang 3 kali setahun - dah dapat RM
>150,000.
>
>Dalam erti kata lain - projek dana pendidikan ini
>adalah projek nasional PAS. kita target dalam 2 tahun
>kumpul RM 5 juta. Perkara baik insyaAllah dimurahkan
>rezeki.
>
>Adakan kempen yang konsten dan menyeluruh diseluruh
>negeri.
>
>Kos perbelanjaan sekarang semakin tinggi. yuran IPTS
>pun memang tinggi. tidak ramai yang mampu membiayai
>sejumlah kos yang begitu tinggi. Kalau tak de duit RM
>500 pun memang tinggi. lainlah kalau berduit.
>
>Datuk Nazri kena ingat MARA adalah Majlis Amanah
>Rakyat dan bukannya Majlis Amanah UMNO. Kalau dia nak
>utamakan penyokong UMNO dia kena buat Majlis Amanah
>UMNO - MUMNO ?? Macam yang dicadangkan oleh perwakilan
>UMNO baru-baru ini UMNO perlu wujudkan tabung
>pendidikan semacam MCA.
>
>
>
>wallahu aklam.
>Dari Tanjung
>
>
>Pinjaman MARA: Penyokong kerajaan akan diutamakan
>
>Kuala Lumpur, Mei 17 - Penyokong kerajaan akan
>mendapat keutamaan berbanding penyokong pembangkang
>bagi mendapatkan pinjaman daripada sebuah agensi
>kerajaan, kata seorang Menteri.
>
>Majlis Amanah Rakyat (MARA) hanya akan menimbangkan
>permohonan para penyokong pembangkang sekiranya
>terdapat lebihan peruntukan, Menteri Pembangunan
>Usahawan, Mohd Nazri Abdul Aziz, dipetik sebagai
>berkata oleh beberapa akhbar.
>
>"Dalam politik, kita harus memberi keutamaan kepada
>penyokong kita sebelum kita menimbangkan orang lain,"
>katanya seperti dipetik oleh Berita Harian.
>
>Para pemohon dari negeri Kelantan dan Terengganu yang
>dikuasai oleh PAS tidak akan dihukum kerana "kita juga
>mempunyai penyokong di sana," tambahnya.
>
>Nazri seterusnya berkata PAS mengamalkan prinsip yang
>sama apabila parti itu berjaya menguasai negeri
>tersebut dalam pilihan raya umum November tahun lepas.
>
>
>"Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang, turut
>melakukan perkara yang sama. Beliau memecat mereka
>yang tidak menyokong beliau," kata Nazri.
>
>"Jika pembangkang boleh melakukannya kepada kami, maka
>kami juga boleh melakukan perkara yang sama," tegasnya
>lagi.
>
>Apabila ditanya bagaimana MARA boleh membezakan antara
>penyokong kerajaan dari penyokong pembangkang, Nazri
>menjelaskan, "sekilas ikan di air, sudah dapat kita
>tentukan jantan-betinanya."
>
>"Kita tahu siapa yang menyokong kita dan siapa yang
>tidak." tambahnya.-AFP
>
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
>http://im.yahoo.com/
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>

Berhati Hati di Jalanraya, Pandu Cermat Jiwa Selamat


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke