*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Sengaja saya ingin membuat perbandingan kasar antara
duduk di Jepun dan di United kingdom. Jadi sapa sapa
ingin menambah, dipersilakan. Mungkin ianya bagus pada
sapa sapa yg akan membuat kajian khusus nanti. Sila
perbetulkan fakta saya sekiranya terdapat berbagai
kesalahan.
1. Nilai matawang :
kedua dua negara ini mempunyai nilai matawang yg
sangat tinggi berbanding dgn Malaysia. (RM 6 = UK
pound 1)(35.9 rm = 100 yen). Akan tetapi dirasakan di
uk terasa lebih rendah sikit taraf hidup jika
membandingkan dgn harga kadar sewa rumah dan jumlah
membeli harga barang barang runcit. Barang barang 2nd
hand.....di dua dua negara ini memang murah...!
2. Pengangkutan awam (transportation)
Di rasakan bahwa shinkazen(bullet train) di jepun
lebih kurang 99% tepat pada masanya (kalau lambat...ha
lambat betul) dan boleh kita merancang akan perjalanan
dan jadual masa berbanding dgn British Intercity
railway yg selalunya agak lewat dan selalu tidak tepat
menepati waktunya. Begitu juga dgn jadual waktu bas.
3. Kebersihan bandar.
Disini dirasakan bandar bandar di Jepun lebih bersih
drp bandar bandar di UK esp di england. hujung minggu
mereka sama sama mabuk cuma org putih ni suka muntah
merata. Sampah sarap merata di sekitar bandar di
england tu especially tempat tempat slump area seperti
manchester dan birmingham.
4.tv channel.
Kalau yg free di UK sekarang ni ada 5 free channel
berbanding dgn Jepun sekurangnya ada 6 channel. Cuma
Tv pendidikan mereka di kedua kedua negara lebih
canggih dan up to date dgn RTM la.
5.Kedai electronik.
Terasa lebih canggih bila masuk kekedai dijepun ni.
Byk design yg baru baru yg kekadang tu tak terfikir
oleh kita. Boleh makan masa berjam jam dlm kedai
tu...sayang nya tak boleh beli sebab kebanyakan hanya
utk market jepun shj. Di UK ada jugakedai kedai
electonic yg canggih ni tapi tak banyak pilihan macam
di jepun.Cuma kita boleh beli dan bawa balik ke
malaysia...kecuali video ngan TV kena tukar freq dia
la. Kebanyakannya masih di tahap lama kerana mereka ni
suka yg tradisional. Contohnya...rekod(piring hitam)
masih laku dijual di UK padahal MD (mini disk) begitu
popular di jepun.
Kat malaysia, VCD jer la yg laku sebab murah. di UK
tiada VCD kerana mereka dah jual DVD. Di Jepun VCD tak
berapa laku sebab DVD dah lebih canggih.
5. Kereta.
Kedua dua negara ni, kereta yg model baru berleluasa
dan uptodate. Cuma terasa di jepun ni lebih byk jenis
dan design. Kereta/ van yg pelik pelik design pun ada
di jepun. berbagai bentuk dari bentuk kotak, bulat dan
lain lain lagi sesuai utk semua jenis kegunaan. Kat
uk, kelebihan kereta ni lebih pada accessnya dgn
kereta kereta buatan europe. sebab kereta europe di
jepun adalah terlalu mahal.
6. keadaan ekonomi
saya merasakan ekonomi kedua dua negara ni agak
stagnant sikit...cuma jepun ni lebih sikit dari UK
sebab masih ada org yg invest lagi di jepun tu. Kat uk
ni, susah sikit sebab org prefer invest di Europe. di
jepun ni....org kaya (ahli koperat) ni ramai dan org
paling kaya di jepun ialah org yg menguruskan pachinko
(main bingo)
7. Keramahan penduduk setempat.
Di jepun, orgnya lebih ramah dan lebih menghormati
tetamu. kita akan disambut dgn kata kata manis sebaik
sahaja kita masuk kekedai berbanding di UK.
akan tetapi di kedua dua negara ni, org tua lebih
peramah dari org muda. Org muda ni sekarang dgn
dunianya sendiri. Tetapi dirasakan org jepun ni dah
macam hilang identiti nya sendiri. mereka sekarang
sudah mengagungkan dunia barat dari segi fesyen dan
stail/ cara hidup. Di Uk ni, tempat rata org peramah
ialah diluar dari england iaitu wales, ireland dan
scotland.
8. Keselamatan
Berjalan berjalan di bandar bandar jepun lebih selamat
jika dibandingkan di uk. Walaupun kini kadar jenayah
di jepun meningkat, tapi ianya lebih selamat dari di
uk.(tiada fact and figure dapat dibuat )akan tetapi
sekiranya kalau kita tertinggal barang di kotaraya
jepun, tiga jam kemudian kalau kita jumpa barang kita
tu, memang org tak ambil punya.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: chow sin <[EMAIL PROTECTED]>