*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>===== Original Message From Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]> 
=====
Assalamualaikum,

Minggu ini minggu terakhir bulan Mei tahun 2000; satu-satunya berita yang
menggembirakan kita semua  sepanjang minggu ini ialah kejayaan tentera
Parti-Allah (Hizbullah) mengalahkan tentera Israel yang canggih bersenjata di
selatan Lebanon dan seterusnya memaksa Israel berundur dari sana; dan yang
paling penting sekali - untuk pertama kalinya dalam masa ratusan tahun Israel
akhirnya mengaku kalah di tangan pejuang-pejuang Islam!

Kenapakah selama ini negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan dan Syria tidak
pernah menang-menang dalam peperangan mereka dengan Israel dalam beberapa siri
peperangan di tahun 1950an , 60an dan 70an? Mereka ini bukan takat kalah tapi
sering sahaja kehilangan wilayah kpd Israel setiap kali mereka cuba mencabar
Israel; contohnya Syria telah kehilangan Semenanjung Sinai, Jordan kehilangan
Tebing Barat dan Mesir pula kehilangan Semenanjung Gaza.

JAWAPANNYA IALAH KERANA DALAM SEMUA SIRI PERTEMPURAN ITU NEGARA2 ARAB
BERKENAAN BERTEMPUR ATAS SEMANGAT NASIONALIST ARAB, DAN BUKANNYA ATAS SEMANGAT
ISLAM!!

Kemenangan tentera Hizbullah yg ditubuh pada tahun 1982 setelah mengalirnya
darah-darah anak2 kecil dan wanita2 di khemah pelarian Kubra dan Shatila ini,
adalah kerana perjuangan jihad mereka yang dipimpin oleh golongan Ulamak
adalah perjuangan jihad bersenjata berteraskan Islam!!

Mereka bergabung atas nama Islam, mereka berkumpul atas nama Islam, mereka
merancang strategi atas nama Islam dan mereka bertempur juga atas semangat
Islam - bukannya atas semangat Arab atau pun semangat Iran, dan jauh sekali
atas semangat Melayu!!!

APABILA ISLAM MENJADI DASAR PERJUANGAN DAN GOLONGAN ULAMAK MENJADI TEMPAT
RUJUKAN, MAKA BUKAN SAHAJA PUAK-PUAK MUNAFIK ATAU PUN PUAK2 SEKULAR BOLEH
DIKALAHKAN; TETAPI YAHUDI JUGA BOLEH KITA KALAHKAN!!

[So, kepada sapa-sapa yang berkawan dengan Yahudi itu, ingatlah bahawa minggu
ini sejarah telah mencatatkan bahawasanya  kawan hangpa yang bernama "Yahudi"
itu telah pun sahabat kami kalahkan di Lebanon, dan hangpa di sini pun cuma
tunggu masa saja!!]

Balik pula ke tanah air kita; belek-belek akhbar sepanjang minggu ini, dok
cari cerita apa yang best, tup-tup keluar lagi cerita Mahathir kutuk hudud di
Kubang Pasu. Dalam satu perjumpaan dengan penduduk Kubang Pasu, Dr Mahathir
berkata:

"Kalau hukum potong tangan seperti yang dicadangkan oleh PAS dilaksanakan,
maka ianya akan mewujudkan kezaliman kerana hanya orang Islam yang kena potong
tangan tetapi orang bukan Islam tidak kena; ini zalim namanya."

MACAM TU KALU, ZALIM DAN TAK ADILLAH ISLAM BILA HANYA ORANG ISLAM KENA POSA
BULAN RAMADAN TAPI ORANG CINA DAN INDIA TAK PAYAH, DAN ZALIMLAH ISLAM BILA
HANYA ORANG ISLAM KENA SOLAT 5 WAKTU TAPI ORANG BUKAN ISLAM TAK PAYAH!!

Sebenarnya cerita Mahathir tolak hudud ini dah jadi cerita basi dah, malas dah
orang nak kata; orang-orang UMNO pun tak tau kata isu Mahathir tolak hudud
secara terbuka ini adalah salah satu punca kemerosotan pengaruh UMNO di
kalangan orang2 Melayu, tapi depa tak berani nak kata apa, bukan tak berani
tapi sebab ada conflict of interest yang sama-sama kita tahu, kita tak mau nak
kata apa, cuma kita harap depa boleh bagi jawapan yang konkrit di hadapan
Allah kelak sekiranya ditanya  sebab musabab mengapa depa tolak hukum-hukum
Allah semasa di dunia!

Sebenarnya kalau kita nak layan hujjah Mahathir di atas, tak payah hujjah
serius sangat, cuma bolehlah kita jawab secara sinis kata:

"AHA, MACAM TU KALU TAK ACILAH CUMA 'ANU' DATUK SERI SAJA KENA POTONG, TAPI
ANU SAMMY VELLU DAN ANU LING LEONG SIK TAK KENA!!!"

PATUTNYA KALAU NAK BAGI ADIL, TAK MAU BERLAKU ZALIM, POTONGLAH ANU DEPA SAMA,
TAK ACILAH ANU KITA SAJA YANG KENA!!

[Sedangkan kalau ikut logiknya berkhatan cumalah satu sunat sedangkan hukum
hudud, qisas dll itu adalah wajib atas setiap orang Islam untuk
melaksanakannya!!]

Akhir sekali, sebagai penutup kepada ulasan mingguan minggu ini, minggu ini
juga saya terbaca sedikit berita dalam Harakah mengenai kenyataan Nazri Tan
Seri Aziz yang akan menghadkan pemberian pinjaman MARA hanya kepada anak-anak
penyokong UMNO.

Hmm, tak tau nak kata apa dah la; sudahlah biasiswa untuk anak-anak bumiputera
dihapuskan dan digantikan dengan pinjaman; lepas tu pulak pinjaman yang tak
seberapa ini dihadkan cuma untuk anak-anak orang UMNO sahaja, sedangkan dalam
masa yang sama suratkhabar2 tempatan mengwar-warkan bahawa bukan sahaja
pelajar2 di IPTA awam akan diberi pinjaman dari tabung pendidikan negara, tapi
juga 'anak-anak depa' di IPTS termasuk di TAR Kolej juga akan mendapat
kemudahan pinjaman!!

Untuk yang tak tahu atau pun yang sudah lupa; dalam pilihanraya umum yang
lalu, kajian statistik di kawasan2 majoriti Melayu menyaksikan bahawa lebih
60% daripada pengundi Melayu menyokong BA dan cuma 30% lebih menyokong UMNO.

MAKNA KATA, KALAU PINJAMAN MARA CUMA DIHADKAN UNTUK ANAK-ANAK ORANG UMNO;
MAKNANYA CUMA SEKITAR 30% SAHAJA ANAK2  ORANG MELAYU AKAN MENDAPAT PINJAMAN
UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN, SEDANGKAN YANG 60% LEBIH LAGI ITU TERPAKSALAH
MEREMPAT DI BUMI SENDIRI MENCARI LEMBU-LEMBU TUA UNTUK DIJUAL ATAU PUN
TERPAKSA MENGGADAI TANAH SEKANGKANG KERA DEMI MENCARI EMPAT LIMA RIBU UNTUK
MASUK KE UNIVERSITI!!

Ish, ish, ish, kesian kat orang Melayu; belum pun tahun 2020, anak-anak Melayu
sudah pun merempat di bumi sendiri!!!

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke