*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini minggu ketiga bulan Julai tahun 2000; majoriti kita masih lagi 
bercakap pasal isu Al-Maunah. Walau pun pihak kerajaan sudah mengeluarkan 
decree akan menggunakan ISA ke atas mana-mana pihak yang terus mendakwa bahawa 
kes di Sauk itu adalah sandiwara UMNO untuk mewajarkan tindakan pembuangan 
nama Islam dari PAS, dan secara tidak langsung mengharamkan nama PAS itu 
sendiri, namun begitu rata-rata rakyat terus memperkatakan isu ini tanpa segan 
dan silu.

Saya pun sebagai sebahagian daripada jutaan rakyat marhain kat bawah ini, 
ingin juga tumpang sekaki untuk membicarakan isu ini. Kalaulah di dada-dada 
akhbar dan di kaca-kaca TV kita disogokkan dengan cerita Maunah versi UMNO, 
dan di website2 reformasi pula kita disogokkan dengan kisah Maunah versi 
Pembangkang, maka izinkan saya sebagai rakyat marhain untuk meriwayatkan 
cerita ini mengikut versi rakyat marhain pula.

Hari itu, seorang rakan bukan Islam datang ke meja saya bertanyakan kes Sauk 
ini; kata saya:

"You mau tahu dari belah mana, belah sini ka atau belah sini (sambil 
memusingkan tapak tangan saya)?"

Dia kata: "Mana-mana sajalah"

Saya kata: "Tak boleh mana-mana, you kena habag nak belah mana, sebab kalau 
tersilap pilih kalu, nanti intro dia saja sudah boleh untuk mempengaruhi 
keseluruhan jalan cerita"

LEPAS ITU, DIA BELAH TERUS, SAMBIL TERSENGIH, DOK GELENG KEPALA MACAM KONPIUS 
SEMACAM!!

Ha, begitulah gambaran sebenarnya nya keadaan isu Sauk di peringkat bawah ini. 
Saya sendiri, demi Allah nak habag kata bahawa di hari-hari awal kes Sauk 
berlaku, memang saya percaya sepenuhnya bahawa kes itu memang 100% berlaku 
seperti apa yang berlaku, tak ada konspirasi atau apa-apa dari mana-mana 
pihak. Mungkin saya berpendapat sedemikian kerana kebetulan ada kawan yang 
kenai rapat dengan puak2 Maunah yang terlibat di Sauk itu. Kalau sdra sdri 
kenal betul hati budi mereka yang terlibat dlm kumpulan Al-Maunah itu, sdra/i 
juga mungkin akan berpendapat seperti saya.

Waktu itu, bila orang tanya saya pasal Sauk, dengan selamba saja saya kata:

"Ha, padan muka, la nie bukan takat rakyat jelata dah bara kat depa, askar pun 
dah naik meluat sampai sanggup pikul senjata nak lawan depa!!"

Tapi, of course la, bila dok teringat anak bini dan security kerja saya, saya 
bersyukur lah jugak sebab tak dan nak jadi macam di Fiji, pasukan keselamatan 
dah sempat kawal. Baguslah tu!

Tapi, entah macam mana, bila saya dok banyak baca akhbar (minat sungguh aih la 
nie kat Utusan Malaysia dan Berita Harian) dan dok banyak melangut depan TV3 
nak tengok perkembangan terbaru kes Sauk ini; makin lama makin was-was pula 
akan kesahihan cerita Sauk ini. Ini saya tulis ikhlas dari dalam diri, tak dak 
nak pengaruh atau nak hasut sapa-sapa, lillah hi taala, ikhlas dari dalam 
hati; saya dulunya yang percaya 100% dengan kejadian di Sauk ini, kini dah 
jadi tak sure, jadi confuse!

Tambah-tambah lagi, bila cerita Sauk dah tukar jadi cerita komedi macam yang 
depa dok tulis di laman-laman reformasi dan macam yg depa selalu dok gebang di 
kedai-kedai kopi atau pun di pintu-pintu masjid sementara nak masuk maghrib. 
Contohnya ialah macam cerita si Apek Cina yang sampai la nie tak mau keluar 
dari hutan Jenalek, depa buat lawak kata, dengan kematian dua orang SB dan 
seorang saksi orang awam itu, maka kini si Apek itu sudah menjadi satu watak 
penting, jadi sekarang dia sudah mau demand lebih - dia tak mau keluar dari 
hutan Jenalek itu selagi produser tak mau naikkan dia punya bayaran. Macam itu 
juga dengan cerita lagu Getaran Jiwa, yg depa kata mesti jadi lebih sensasi 
kalau pi bubuh lagu Raya "DI PAGI RAYA, AKU TERKENANG PADA SI DIA" etc, mesti 
geng2 Maunah yg punya semangat Jihad Kelas Satu itu di hari pertama lagi akan 
keluar berguling-guling pakat mai serah diri. Kemudian, ada juga orang buat 
lawak kata, untuk menaikkan semangat pasukan keselamatan, semasa membuat 
kepungan itu, patutnya kerajaan pasang kuat-kuat lagu Sanisah Huri "SI BAJU 
HIJAU, DI PERBATASAN, PELURU TAK BERMATA, HARUS WASPADA!!", tentu tak akan ada 
yg terbunuh!

Pendek katanya, cerita Al-Maunah yg asalnya serius sungguh, kini dah jadi 
bahan jenaka rakyat jelata. Saya sendiri pun tak pasti pasal apa, yg pastinya, 
saya yg dulunya percaya 100% dengan kejadian di Sauk itu, kini dah terpengaruh 
dengan dakwaan  ada sandiwara, mungkin sebab saya dah terpengaruh dengan 
cerita-cerita lawak versi rakyat jelata ini.

Dan secara ikhlas juga kita nak kata bahawa pihak kerajaan sendiri tak banyak 
membantu; tambah-tambah pula bila depa dok suka kata:

"GILA KALAU KATA SAUK ADALAH SATU SANDIWARA!!!"

Hati kecil saya terfikir: ish, tak kan kot depa yg dok bergebang depan papan 
dam kat bawah pokok Sena itu semua gila kot, dan tak kan kot pakcik-pakcik 
pencen yg pakat dok bergebang depan pintu masjid itu semuanya dah gila kot, 
dan tak kan pula kawan2 yg kerja pegawai2 besaq kat pejabat kerajaan dan 
swasta yg mengaji tinggi2 itu pun semua dah gila kot. Ish, tak logik aih kalau 
semua orang satu Malaysia ini pakat jadi gila!!

Cumanya saya ada dengar sorang sahabat dari kumpulan rakyat marhain berkata:

"Ish, Gila sungguh depa ini; depa boleh pakai TV1,2,3,7, Radio, Utusan, Berita 
Harian, The STAR, Nanyang Siangpao dll dok cerita kat orang kata Sauk ini 
adalah angkara hasutan pembangkang (isu benci membenci), tapi bila orang nak 
buka mulut, nak jawab balik, depa kata 'cakap banyak pasal Sauk, nanti kena 
ISA' ; tak ke GILA tu!!!"

Okaylah, berbalik kpd cerita Sauk, atas kerana sifat confuse dan rasa ingin 
tahu itu pasal kejadian di Sauk ini, saya makin jadi berminat untuk terus 
mengikuti siri-siri cerita Sauk terutamanya melalui media-media milik 
kerajaan; selalu tertunggu-tunggu nak tengok cerita terbaru pasal Sauk ini di 
TV3 atau TV7, sebijik macam anak-anak saya yg tiap-tiap hari ahad payah nak 
ajak jalan sebab pakat dok tunggu nak tengok cerita Tir Na Nok di TV3!

Jadi, dari seorang yang anti habis kat TV3 dan Berita Harian dan Utusan 
Malaysia, kini saya dah balik ke usul, kembali menjadi peminat setia mereka. 
Masalahnya, makin banyak saya baca dan dengar cerita dari sumber2 UMNO ini, 
kepala saya jadi makin konpius!

Bila saya tengok begitu aggresif dan bersungguh-sungguh kempen mereka untuk 
menyakinkan rakyat bahawa itu semua bukanlah sandiwara UMNO, fikiran saya jadi 
makin bercelaru. Saya terfikir:

Ish, depa ini macam cerita orang curi emas pula: Ada orang itu, dia pi curi 
emas, lepas tu dia pi kambus kat satu tempat, kemudian dia pi pacak bendera 
dengan banner besar bertulis:

"MINTA MAAF NO, DI SINI TIDAK ADA EMAS!!!"

Kalau tak dak emas, buat apa nak penat-penat pi perabih tenaga dan wang 
ringgit untuk membuat bendera dan banner nak habag kat orang kata tak dak 
emas? Tak boleh ka buat senyap-senyap saja? Ish, ish tak logik langsung aih!

Jadi, kesimpulannya, la nie dengan ikhlas saya nak habag kata, saya dah jadi 
konpius, lagi banyak saya baca BH/UM atau tengok TV3, 7, 1 atau 2; lagi 
konpius jadinya; benar-benar konpius!

Malam tadi, buat pertama kalinya saya boleh gagahkan diri tonton TV3 dan  
tengok muka Mahathir serta dengar dia cakap pasal isu sauk selama SATU JAM 
(rekodlah tu - dulu seminit pun tak boleh, rasa bahang sampai ke tulang 
hitam!); saya dengar satu persatu apa yg dia cakap. Sampai tang part dia kata 
bahawa:

"Kita dimaklumkan bahawa M16 itu telah digunakan untuk menembak kuil hindu dan 
kilang carlsberg!!"

FUH!! - RASA MACAM NAK BERSEMBUR NASIK KELUAR DARI MULUT SAYA - SEBAB SEJAK 
DAH BEBERAPA LAMA DAH CERITA SAUK INI BERLALU, INILAH PERTAMA KALI KITA DENGAR 
CERITA MACAM TU!!

Tak taulah lepas ini apa pulak rakyat jelata nak buat lawak pasal cerita ini; 
mungkin nanti depa buat lawak kata, bukan takat kilang carlberg atau kuil 
hindu kena tembak, tapi dengar ceritanya ada cubaan nak tembak kapalterbang yg 
Dr Mahathir naik, tapi sebab kapalterbang itu pakai baju kalis peluru, macam 
cerita STAR TREK The Next Generation,  maka peluru mortar itu tak lut; macam2 
lagi kot yg akan depa cerita nanti, sama-samalah kita pakat pasang telinga dan 
pakat gelak ramai-ramai nanti!

DAN, DALAM BANYAK-BANYAK LAWAK PASAL AL_SAUK INI YG SAYA SAMPAI HARI INI MASIH 
DOK TERGELAK IALAH GAMBAR DR MAHATHIR YG DIEDAR MERATA INTERNET DENGAN TAJUK 
BESAR "Ketua Kumpulan Ajaran Sesat Al_Malau'nah!!!

[Kreatif juga rupanya rakyat jelata kita ini]

Berbalik kpd interview dengan Dr Mahathir kat TV3 (19/7/2000) itu; antara 
banyak-banyak perkara yg dibincangkan, saya tertarik dengan satu soalan bodoh 
dari Dr Firdaus, yg menjadi pengerusi majlis malam itu, ketika membuat follow 
up question terhadap cerita Dr Mahathir mengenai pelajar2 kita di Mesir yg 
berkopiah hitam yg dipulau oleh rakan-rakan mereka yg majoritinya berkopiah 
putih. Bagi Dr Mahathir, kopiah hitam itu melambangkan UMNO dan kopiah putih 
itu melambangkan PAS. Maka berkatalah si Pengerusi Majlis ini:

"Dato' Seri, macam mana kalau kita sarankan supaya semua ahli-ahli UMNO 
memakai kopiah putih, supaya mudah kita dapat mendekati golongan yg satu lagi 
untuk memberi penerangan kpd mereka, bla, bla, bla?"

Saya tengok air muka Dr Mahathir serta merta berubah mendengar soalan bodoh 
ini; dalam nak tak nak beliau menjawab bahawa kalau UMNO mengikuti cara itu 
bermakna UMNO sudah berundur mengalah, lagi undur lagi orang asak, jadi UMNO 
tak boleh mengalah.

Kira okaylah beliau menjawab macam itu; cuma saya terfikir apakah agaknya 
jawapan Dr Mahathir kalau beliau ditanya:

"Dato' Seri, selain dari perbezaan kopiah hitam dan kopiah putih, kita melihat 
bahawa di kalangan kaum wanita pula, ada perbezaan yg ketara antara Wanita 
UMNO dan Wanita PAS; Wanita PAS majoritinya bertudung labuh, sedangkan Wanita 
UMNO sama ada tak bertudung atau pun cuma berskaf atau bertudung singkat. Apa 
kata, sebagai satu strategi untuk mendekati golongan wanita ini, kita sarankan 
supaya Wanita UMNO memakai tudung labuh macam Wanita PAS. Okay ka Dato' Seri?"

Ish, saya pun tak boleh nak fikir apa yg Dr Mahathir nak jawab; mungkin dalam 
keadaan gabrah, dia mungkin akan kata:

"Apa-nama, tak bolehlah buat macam tu; apa-nama, kalau saya suruh mereka pakai 
tudung labuh macam itu, apa-nama, Rafidah Aziz mesti melenting punya; 
apa-nama, sakgi silap-silap haribulan bukan takat jawatan Naib Presiden, nanti 
jawatan Presiden pun dia buat cadangan minta dihapuskan!!!"

HE,HE, LAWAK SAJA WEIH!!

Selain dari itu, satu soalan berbentuk provokasi dari salah seorang ahli panel 
juga menarik perhatian saya. Beliau menyarankan supaya kerajaan mengambil 
tindakan yg segera terhadap mana-mana pihak yg telah didapati menganjurkan 
solat hajat untuk kumpulan al-maunah ini. Dr Mahathir menjawab bahawa pihak 
polis memang pun sedang menyiasat perkara ini, tindakan akan diambil kpd 
mereka yg menyokong atau bersimpati (accomplice) dgn kumpulan al-maunah ini 
apabila sudah cukup bukti.

Saya tak tau nak komen apa pasal isu ini, cuma nak habag kata:

"Macam ini kalu susahlah, nanti kalau kita pi buat solat hajat kat mana-mana 
masjid, katakan untuk anak2 kita ambik periksa atau apa-apa, tiba2 kena cekup 
sebab dituduh buat solat hajat untuk maunah. Itu tak apa lagi, nanti katakan 
kita ada singgah kat masjid mana-mana, lepas itu masa imam baca doa, kita pi 
sebut "AMIN!!" kuat-kuat, silap-silap haribulan nanti kena cekup dengan SB 
sebab disyaki menyokong atau bersimpati dengan Kapten AMIN ketua kumpulan 
Al-Maunah!!"

ISH, ISH, KALUT SUNGGUH AIH!!

On serius notes, saya nak kena tulis juga di sini bahawa kesimpulan utama yg 
saya boleh buat daripada SATU JAM saya menatap wajah dan mendengar suara Dr 
Mahathir mengulas isu Sauk ini, saya membuat kesimpulan bahawa arah tuju utama 
pihak kerajaan dari kejadian di Sauk ini ialah tekanan yg lebih kuat akan 
dikenakan ke atas mana-mana gerakan yang bersifat 'pembangkang' terutamanya 
pembangkang yg berunsur terlalu Islamic; walau pun tidak disebut siapa tetapi 
kita semua tahu bahawa ianya pasti ditujukan kpd Parti PAS.

Saya tak mahu ulas panjang pasal isu pengharaman PAS ini, cuma nak habag kat 
hangpa kata-kata Mat Sabu dalam satu ceramahnya di Markas PAS Pongsu Seribu, 
Kepala Batas dua tiga minggu lepas yg memetik kata-kata Tuan Guru Nik Aziz yg 
berjanji bahawa beliau (TG Nik Aziz) sendiri akan mengetuai perarakan rakyat 
sekiranya Nama ISLAM diharamkan dari mana-mana Parti Politik!!

ALLAH HU AKBAR!!

So, berbalik kpd isu maunah ini; betul ka sandiwara ka, itu adalah 
tanggungjawab kerajaan untuk memberikan penerangan yg lebih terperinci kepada 
rakyat jelata - seperti saya ini - yg sudah naik confuse dengan kejadian di 
Sauk tempoh hari. Kalau kerajaan nak buat apa-apa pasal isu Maunah ini, 
buatlah; tapi janganlah hingga ke tahap mengharamkan mana-mana parti politik 
yg sah berdaftar mengikut lunas undang-undang!!

Sesungguhnya negara kita ini sedang berada dlm keadaan aman dan tenteram, jadi 
janganlah cuba bermain api, kerana kita tidak mahu melihat negara Malaysia ini 
menjadi huru hara seperti Indonesia - di mana rakyat jelata yg tidak ada 
pilihan lain, terpaksa turun ke jalan-jalan raya untuk menyatakan rasa tidak 
puas hati mereka!

Moga-moga negara kita dijauhkan dari keadaan yang sedemikian.

AMIN!! - Saya bukan geng maunah...:-)

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke