*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                   PAS AKAN USAHA TARIK PENGUNDI BARU
                 MENJELANG 2004



                 KUALA TERENGGANU, 1 Jun (Bernama) -- Pas akan
                 terus berusaha menarik sokongan pengundi baru
                 yang dijangka berjumlah hampir dua juta orang pada
                 pilihan raya umum 2004.

                 Ketua Dewan Pemuda Pas, Mahfuz Omar berkata
                 langkah itu perlu kerana golongan berkenaan akan
                 menentukan kemenangan kepada parti itu pada
                 pilihan raya umum tersebut.

                 "Mereka yang tak sempat mengundi ini belum tentu
                 menyokong kita dan kerana itu kita perlu menyusun
                 strategi ke arah menarik sokongan mereka bagi
                 menentukan kita mencapai kemenangan yang besar
                 pada pilihan raya itu nanti," katanya ketika
                 menyampaikan ucapan dasar pada Mutamar Dewan
                 Pemuda Pas di sini, hari ini.

                 Menurutnya golongan belia, pemuda dan mahasiswa
                 adalah sektor paling strategik bagi negara dan
                 merupakan elemen penjana perubahan paling
                 berkuasa yang harus diberikan perhatian.

                 Beliau menyarankan supaya pertubuhan belia di
                 negara ini perlu dibebaskan daripada sebarang
                 cengkaman agar mereka mempunyai pendirian
                 sendiri.

                 Beliau turut menggesa pertubuhan belia supaya
                 menampilkan
                 pemimpin-pemimpin baru yang lebih berwibawa dan
                 mamahami aspirasi dan idealisme belia.

                 Menurutnya perkara itu perlu diberikan perhatian
                 kerana menurut perangkaan daripada 7,960
                 organisasi belia dengan keanggotaan 1.06 juta
                 orang, hanya 3,120 atau 39.2 peratus yang aktif dan
                 menjalankan aktiviti.

                 Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena
                 berkata jumlah keanggotaan parti itu telah
                 meningkat sehingga 700,000 orang sejak dua tahun
                 lepas, pertambahan sebanyak 200,000 anggota.

                 Beliau menyeru Dewan Pemuda Pas di semua
                 peringkat agar membina pengurusan parti dengan
                 lebih lengkap dan mendedahkan diri dengan
                 pentadbiran moden agar usaha ke arah menambah
                 keanggotaan parti itu akan lebih cepat tercapai.
                 -- BERNAMA
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "aziz osman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke