*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam
  para pendokung PAS, elok gakler baca buku 3 Abdul
itu karangan Akhie Sayuti Omar. Kisah 3 Abdul itu
memang menjadi isu yg hangat, malah kebanyakan
pewakilan dari Kelantan dan diluar kelantan 
mengetahui, tapi apa yg pimpinan PAS boleh buat?, 
  Ramai yg boleh bercakap pasal kisah Khalifah Umar
bin Abdul Aziz, yg memadamkan lampu pelita kerana
berbincangan dgn anaknya (kerana isu itu adalah isu
peribadi bukan isu negara), tapi berapa ramai yg mampu
untuk melaksanakan. 
 yg menulis pun boleh menulis sahaja. tapi nak
mengamalkannye..pesanan utk diriku sendiri.

  

--- Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum wbt,
> 
> Dipetik dari laman Malaysiakini utk renungan
> bersama:
>
=====================================================
>      
> 
> June 6, 2000 
> 
> ANALISA BERITA
> 
> 
> Guna kereta rasmi pergi beli nasi lemak 
> Fathi Aris Omar 
> 
> 6 Jun: Ketika perwakilan Pemuda PAS sedang
> bermuktamar
> Khamis lalu, di luar dewan, seorang aktivis akar
> umbi
> parti itu merungut tentang �gelagat baru' pemimpin
> parti itu mentadbir Terengganu. Aktivis pertengahan
> 30-an itu berkata semua pemimpin parti Islam itu
> menjadi sasaran kritikan tidak puas hati ahli-ahli
> PAS
> sendiri. 
> 
> "Semuanya (anggota exco dikritik) kecuali Menteri
> Besar," jelasnya, apabila ditanya tentang berapa
> ramai
> lagi pemimpin kanan kerajaan negeri itu dikritik
> setelah mendengar begitu banyak rungutan terhadap
> Exco
> Pembangunan Islam dan Pelaksanaan Syariah, Harun
> Taib.
> 
> 
> "Tetapi lama-kelamaan, orang ramai akan pertikaikan
> MB
> pula," katanya. "Kalau dah tahu banyak complaint,
> kenapa (MB) tak buat apa-apa?" hujahnya dalam pelat
> Terengganu. 
> 
> Beliau bercerita tentang banyak rungutan - bermula
> pemberian kawasan balak kepada salah seorang ahli
> Umno
> tetapi tidak melalui tender terbuka hinggalah soal
> penyalahgunaan kenderaan rasmi untuk tujuan
> peribadi. 
> 
> Menurutnya, maklumat tentang isu balak itu beredar
> melalui mesej emel tetapi tidak dapat mengesahkan
> sejauh mana soal itu dapat disokong dengan bukti
> atau
> dokumen rasmi. Bagaimanapun, isu kereta rasmi itu
> didakwa disaksikannya sendiri. 
> 
> "Ana nampak dengan mata ana sendiri," ungkapnya,
> yang
> mulai berjinak dengan parti Islam itu sejak di
> sekolah
> menengah lagi, dengan tata bahasa gerakan Islam.
> Ana,
> yang bermaksud saya, merupakan istilah Arab yang
> popular digunakan dalam pertuturan aktivis
> pertubuhan-pertubuhan Islam. 
> 
> Aktivis ini tinggal tidak jauh dari rumah exco kanan
> berkenaan yang selalunya dianggap pakar rujuk dalam
> hal ehwal perundangan PAS. "Isteri dia bawak (pandu)
> pergi beli nasi lemak," tambahnya. 
> 
> "Sekarang isu ini (kereta rasmi) sudah jadi buah
> mulut. Yang hairan, ada sebilangan exco sudah
> mempunyai beberapa buah kereta (peribadi),"
> rungutnya
> lagi. 
> 
> Tetapi, katanya lagi, yang lebih mengecewakan,
> jawapan
> yang diterimanya daripada bekas Ketua Pemuda PAS
> negeri itu tentang rungutan salah guna kemudahan
> awam
> tersebut. 
> 
> "Isu (kereta) ini, ana malas nak jawab!" kata Ahli
> Dewan Undangan Negeri bekas aktivis ABIM itu dalam
> satu mesyuarat agung PAS peringkat kawasan. 
> 
> "Kita selalu kritik Umno kerana menyalahgunakan
> kemudahan awam untuk tujuan peribadi, tetapi
> bagaimana
> sekarang?" beliau terus mempertikaikan. 
> 
> Beliau bimbang kerajaan PAS Terengganu - yang baru
> berusia enam bulan - mengulangi KKN (kornisme,
> korupsi
> dan nepotisme) yang menjadi kemarahan rakyat
> terhadap
> Umno. 
> 
> "Soalnya bukan amalan, soalnya prinsip. Lagipun,
> perbuatan itu (kereta rasmi) terlalu menjolok mata,"
> beliau mempertahankan rungutannya apabila dihujahkah
> bahawa amalan KKN dalam Umno jauh l

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?hisham=20ahmad?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke