*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Pas dan Umno bukan parti malaikat - dua2 punya
kelemahan dan kesilapan.  Kalau dibuat senarai 
kesilapan antara kedua2 parti ini, dimanakah letaknya
kesalahan guna kereta rasmi pergi beli nasi lemak
dengan guna kuasa tuduh orang liwat?  Antara keduanya,
kesalahan siapa yang banyak menduduki tempat teratas?
Kalaulah ada parti ketiga yang bersih dari kesilapan,
maka parti ketiga inilah yang patut dipilih. Oleh
kerana tidak ada parti ketiga, yang terbaik dari yang
tak berapa baiklah dipilih. 

Sebagai perbandingan, antara hilang nyawa dan makan
daging babi, makan daging babilah diharuskan. Antara
hilang nyawa dan akidah, nyawalah harus dikorbankan.
Antara Umno yang menolak Islam dan Pas yang mahukan
Islam, Umnolah yang harus dikorbankan dulu.

Walaubagaimanapun, walaupun tak boleh jadi parti
malaikat, segala yang dianggap kecil kena juga 
diteliti oleh Pas kerana bendera yang dibawanya
adalah bendera Islam.   

Sekadar memberi pendapat.

----- Original Message ----- 
From: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, June 06, 2000 5:20 PM
Subject: H-Net* Susah menerima yg pahit


Assalamualaikum wbt,

Dipetik dari laman Malaysiakini utk renungan bersama:
=====================================================
     

June 6, 2000 

ANALISA BERITA


Guna kereta rasmi pergi beli nasi lemak 
Fathi Aris Omar 

6 Jun: Ketika perwakilan Pemuda PAS sedang bermuktamar
Khamis lalu, di luar dewan, seorang aktivis akar umbi
parti itu merungut tentang 'gelagat baru' pemimpin
parti itu mentadbir Terengganu. Aktivis pertengahan
30-an itu berkata semua pemimpin parti Islam itu
menjadi sasaran kritikan tidak puas hati ahli-ahli PAS
sendiri. 

"Semuanya (anggota exco dikritik) kecuali Menteri
Besar," jelasnya, apabila ditanya tentang berapa ramai
lagi pemimpin kanan kerajaan negeri itu dikritik
setelah mendengar begitu banyak rungutan terhadap Exco
Pembangunan Islam dan Pelaksanaan Syariah, Harun Taib.


"Tetapi lama-kelamaan, orang ramai akan pertikaikan MB
pula," katanya. "Kalau dah tahu banyak complaint,
kenapa (MB) tak buat apa-apa?" hujahnya dalam pelat
Terengganu. 

Beliau bercerita tentang banyak rungutan - bermula
pemberian kawasan balak kepada salah seorang ahli Umno
tetapi tidak melalui tender terbuka hinggalah soal
penyalahgunaan kenderaan rasmi untuk tujuan peribadi. 

Menurutnya, maklumat tentang isu balak itu beredar
melalui mesej emel tetapi tidak dapat mengesahkan
sejauh mana soal itu dapat disokong dengan bukti atau
dokumen rasmi. Bagaimanapun, isu kereta rasmi itu
didakwa disaksikannya sendiri. 

"Ana nampak dengan mata ana sendiri," ungkapnya, yang
mulai berjinak dengan parti Islam itu sejak di sekolah
menengah lagi, dengan tata bahasa gerakan Islam. Ana,
yang bermaksud saya, merupakan istilah Arab yang
popular digunakan dalam pertuturan aktivis
pertubuhan-pertubuhan Islam. 

Aktivis ini tinggal tidak jauh dari rumah exco kanan
berkenaan yang selalunya dianggap pakar rujuk dalam
hal ehwal perundangan PAS. "Isteri dia bawak (pandu)
pergi beli nasi lemak," tambahnya. 

"Sekarang isu ini (kereta rasmi) sudah jadi buah
mulut. Yang hairan, ada sebilangan exco sudah
mempunyai beberapa buah kereta (peribadi)," rungutnya
lagi. 

Tetapi, katanya lagi, yang lebih mengecewakan, jawapan
yang diterimanya daripada bekas Ketua Pemuda PAS
negeri itu tentang rungutan salah guna kemudahan awam
tersebut. 

"Isu (kereta) ini, ana malas nak jawab!" kata Ahli
Dewan Undangan Negeri bekas aktivis ABIM itu dalam
satu mesyuarat agung PAS peringkat kawasan. 

"Kita selalu kritik Umno kerana menyalahgunakan
kemudahan awam untuk tujuan peribadi, tetapi bagaimana
sekarang?" beliau terus mempertikaikan. 

Beliau bimbang kerajaan PAS Terengganu - yang baru
berusia enam bulan - mengulangi KKN (kornisme, korupsi
dan nepotisme) yang menjadi kemarahan rakyat terhadap
Umno. 

"Soalnya bukan amalan, soalnya prinsip. Lagipun,
perbuatan itu (kereta rasmi) terlalu menjolok mata,"
beliau mempertahankan rungutannya apabila dihujahkah
bahawa amalan KKN dalam Umno jauh lebih serius
berbanding isu kereta rasmi yang diungkitnya itu. 

Sementara seorang kontraktor kecil merungut tentang
apa yang didakwa 'amalan tidak telus' kerajaan negeri
itu. "Nampaknya hanya mereka (kontraktor yang dilihat
pro-Umno) yang pernah mendapat tender (ketika Umno
mentadbir) dulu mendapat kontrak," katanya. 

Sementara seorang lagi kontraktor pula merungut kerana
terpaksa mengambil kerja-kerja sub-kontrak daripada
seorang kontraktor Umno yang mendapat projek. 

Pelbagai rungutan didengar daripada pelbagai peringkat
- daripada pegawai kerajaan negeri dan aktivis parti
hingga rakyat biasa - dan semuanya itu bertujuan
melihat PAS berada atas landasan yang betul seperti
yang sering diceramahkan oleh parti Islam itu. 

"Janganlah bekerja keras untuk PAS dan mengharapkan
(sesuatu yang unggul). Nanti kita kecewa," pesan
rakannya pula. 

Apakah amalan 'tiga abdul' seperti tulis Sayuti Omar
sedang berkembang di sebalik bulan purnama di
Terengganu? 

      
 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>


_____________________________________________________________
Put more *BOUNCE* in your day!
http://www.kangaroomail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Orang Muda <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke