*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
UCAPAN PENANGGUHAN MUSLIMAT DI MUKTAMAR PAS KE-46.

RESPONS TERHADAP LAPORAN AKHBAR DARIPADA DMPP

Seperti yang kami jangkakan pihak media arus perdana sudah tentu akan meniup 
sebesar-besarnya apa yang kami utarakan semasa muktamar. Walaupun pihak UMNO 
dan mungkin juga ahli-ahli PAS merasakan yang kami membuka pekong di dada, 
kami hanya menyatakan yang benar dan yang hak. Sebagai sebuah parti yang 
sentiasa ingin memperbaiki diri dan meningkatkan izzah, segala kelemahan dan 
kesilapan mesti disedari supaya langkah pembetulan dapat diambil. Walau 
bagaimana pahit sekalipun untuk ditelan, perkara-perkara yang dibawa oleh 
muslimat ke muktamar adalah satu realiti dan  relevan. Kita tidak mahu 
menjadi seperti UMNO yang menidakkan  kelemahan-kelemahan mereka dan hanya 
menudingkan jari kepada orang lain. Kita juga tidak mahu menjadi seperti 
perwakilan UMNO yang hanya mahu mengampu dan enggan menegur  kelemahan 
kepimpinan parti mereka. Kerana sayangkan parti dan mahu parti maju 
kehadapan tanpa tersekat-sekat oleh perkara-perkara yang bukan dasar, 
biarlah kami telus dan terbuka. Sekurang-kurangnya parti PAS boleh berbangga 
yang amalan demokrasi hidup di dalam PAS.  Pemimpin boleh menegur pengikut 
dan ahli juga boleh menegur pemimpin termasuklah ulama.  Kesemua kita tidak 
boleh lari daripada kesilapan dan kelemahan. Samada kita sedar atau tidak 
dan mahu menerimanya sebagai sesuatu yang penting dan patut diperbaiki 
adalah perkara lain.  Sebagai satu jemaah yang berusaha menghayati Islam 
secara syumul, muhasabah adalah satu prasyarat.

Tiada satu pun organisasi dimuka bumi ini yang tiada kelemahan. PAS 
merupakan  organisasi politik berteraskan Islam dan ini jelas seperti 
termaktub di dalam perlembagaannya dan penulisan-penulisan  pimpinannya yang 
menjadi rujukan kepada kepimpinan peringkat bawah dan juga ahli-ahlinya. 
Tidak dinafikan bukan semua ahli dan pimpinan-pimpinan PAS dapat menghayati 
100% apa yang dianjurkan oleh Islam. Ini adalah sifat manusia yang tidak 
sunyi daripada kelemahan. Tetapi kesemua ahli dan pimpinan PAS, termasuklah 
kami, menyokong 100% perjuangan PAS untuk menegakkan kalimah Allah di negara 
ini. Kami yakin dengan sistem pemerintahan yang bersumberkan wahyu dan 
al-sunnah dan akan meneruskan jihad ini. Tidak timbul masalah kepincangan 
didalam kepimpinan. Kepimpinan PAS mantap dan sentiasa menerima sokongan 
muslimat. Kami matang didalam membezakan kelemahan individu dengan 
perjuangan parti. Kami juga boleh membezakan tindak-tanduk yang berdasarkan 
Islam atau kepentingan diri. Itulah sebabnya muslimat berani menegur dan 
kami juga yakin yang pimpinan bersikap terbuka dan boleh menerima teguran. 
Sedangkan Saidina Omar Al-Khattab dapat menerima teguran rakyat biasa yang 
juga seorang muslimat, mengapa tidak penceramah-penceramah PAS.

Muslimat adalah golongan yang paling tidak berkepentingan di dalam  parti 
dan kami ingin bersama merebut peluang untuk berjuang menegakkan kalimah 
Allah. Kami tidak �terperangkap� ke dalam PAS dan kami rela �dipergunakan� 
demi perjuangan ini. Sebab itu  perjuangan muslimat di dalam PAS adalah satu 
perjuangan yang ikhlas. Kami mengetahuinya dari awal lagi, PAS tidak dapat 
memberi apa-apa kepada kami tetapi disebaliknya kami yang wajib memberi 
pengorbanan kepada perjuangan ini. Maka apabila muslimat menegur ia adalah 
untuk kepentingan parti walaupun pada mulanya dengan publisiti negatif yang 
diberikan menampakkan seolah-olah muslimat telah menyebabkan parti ini 
mengalami �setback�. Itu adalah lumrah dengan media arus perdana. Kami tidak 
terkejut dan tidak pula gundah. Biasalah tu��.

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke