*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mungkin berkesan juga keegoan lelaki itu dirobohkan
oleh kelantangan suara wanita.

Mungkin selama ini segala kelemahan cuba disembunyikan
secara 'menyembunyikannya dibawah karpet'

Diharapkan agar pucuk pimpinan dapat memperbaiki
segala kelemahan secara tegas dgn kadar segera demi
kebaikan parti.

--- Ui Dann <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> UCAPAN PENANGGUHAN MUSLIMAT DI MUKTAMAR PAS KE-46.
> 
> RESPONS TERHADAP LAPORAN AKHBAR DARIPADA DMPP
> 
> Seperti yang kami jangkakan pihak media arus perdana
> sudah tentu akan meniup 
> sebesar-besarnya apa yang kami utarakan semasa
> muktamar. Walaupun pihak UMNO 
> dan mungkin juga ahli-ahli PAS merasakan yang kami
> membuka pekong di dada, 
> kami hanya menyatakan yang benar dan yang hak.
> Sebagai sebuah parti yang 
> sentiasa ingin memperbaiki diri dan meningkatkan
> izzah, segala kelemahan dan 
> kesilapan mesti disedari supaya langkah pembetulan
> dapat diambil. Walau 
> bagaimana pahit sekalipun untuk ditelan,
> perkara-perkara yang dibawa oleh 
> muslimat ke muktamar adalah satu realiti dan 
> relevan. Kita tidak mahu 
> menjadi seperti UMNO yang menidakkan 
> kelemahan-kelemahan mereka dan hanya 
> menudingkan jari kepada orang lain. Kita juga tidak
> mahu menjadi seperti 
> perwakilan UMNO yang hanya mahu mengampu dan enggan
> menegur  kelemahan 
> kepimpinan parti mereka. Kerana sayangkan parti dan
> mahu parti maju 
> kehadapan tanpa tersekat-sekat oleh perkara-perkara
> yang bukan dasar, 
> biarlah kami telus dan terbuka. Sekurang-kurangnya
> parti PAS boleh berbangga 
> yang amalan demokrasi hidup di dalam PAS.  Pemimpin
> boleh menegur pengikut 
> dan ahli juga boleh menegur pemimpin termasuklah
> ulama.  Kesemua kita tidak 
> boleh lari daripada kesilapan dan kelemahan. Samada
> kita sedar atau tidak 
> dan mahu menerimanya sebagai sesuatu yang penting
> dan patut diperbaiki 
> adalah perkara lain.  Sebagai satu jemaah yang
> berusaha menghayati Islam 
> secara syumul, muhasabah adalah satu prasyarat.
> 
> Tiada satu pun organisasi dimuka bumi ini yang tiada
> kelemahan. PAS 
> merupakan  organisasi politik berteraskan Islam dan
> ini jelas seperti 
> termaktub di dalam perlembagaannya dan
> penulisan-penulisan  pimpinannya yang 
> menjadi rujukan kepada kepimpinan peringkat bawah
> dan juga ahli-ahlinya. 
> Tidak dinafikan bukan semua ahli dan
> pimpinan-pimpinan PAS dapat menghayati 
> 100% apa yang dianjurkan oleh Islam. Ini adalah
> sifat manusia yang tidak 
> sunyi daripada kelemahan. Tetapi kesemua ahli dan
> pimpinan PAS, termasuklah 
> kami, menyokong 100% perjuangan PAS untuk menegakkan
> kalimah Allah di negara 
> ini. Kami yakin dengan sistem pemerintahan yang
> bersumberkan wahyu dan 
> al-sunnah dan akan meneruskan jihad ini. Tidak
> timbul masalah kepincangan 
> didalam kepimpinan. Kepimpinan PAS mantap dan
> sentiasa menerima sokongan 
> muslimat. Kami matang didalam membezakan kelemahan
> individu dengan 
> perjuangan parti. Kami juga boleh membezakan
> tindak-tanduk yang berdasarkan 
> Islam atau kepentingan diri. Itulah sebabnya
> muslimat berani menegur dan 
> kami juga yakin yang pimpinan bersikap terbuka dan
> boleh menerima teguran. 
> Sedangkan Saidina Omar Al-Khattab dapat menerima
> teguran rakyat biasa yang 
> juga seorang muslimat, mengapa tidak
> penceramah-penceramah PAS.
> 
> Muslimat adalah golongan yang paling tidak
> berkepentingan di dalam  parti 
> dan kami ingin bersama merebut peluang untuk
> berjuang menegakkan kalimah 
> Allah. Kami tidak �terperangkap� ke dalam PAS dan
> kami rela �dipergunakan� 
> demi perjuangan ini. Sebab itu  perjuangan muslimat
> di dalam PAS adalah satu 
> perjuangan yang ikhlas. Kami mengetahuinya dari awal
> lagi, PAS tidak dapat 
> memberi apa-apa kepada kami tetapi disebaliknya kami
> yang wajib memberi 
> pengorbanan kepada perjuangan ini. Maka apabila
> muslimat menegur ia adalah 
> untuk kepentingan parti walaupun pada mulanya dengan
> publisiti negatif yang 
> diberikan menampakkan seolah-olah muslimat telah
> menyebabkan parti ini 
> mengalami �setback�. Itu adalah lumrah dengan media
> arus perdana. Kami tidak 
> terkejut dan tidak pula gundah. Biasalah tu��.
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke