*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini sebenarnya adalah satu tektik lama yang mana orang dah tak pakai di
zaman ni. Apa yang di lakukannya adalah satu gimik bagi mengukur sejauh mana
sokongan masyarakat cina keseluruhan kepada beliau.Tapi yang menghairankan
mengapakah pemimpin Gerakan hanya membisu dalam kes ini....pasai apa tak
pujuk?!!!
Liong Sik kekal menteri -- Presiden MCA batal keputusan meletakkan jawatan
KUALA LUMPUR 6 Jun - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik hari ini
membatalkan hasratnya untuk melepaskan jawatan kabinet seperti yang
diumumkannya 22 Mei lalu.
Menteri Pengangkutan itu yang kelihatan ceria dan segar sekembalinya dari
percutian 10 hari di Australia berkata, keputusan itu dibuat selepas
meneliti rayuan dan nasihat yang diterimanya daripada pelbagai pihak
terutama pemimpin dan ahli-ahli MCA.
Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat MCA di sini, Dr. Ling memberitahu
beliau menemui Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad petang ini
dan telah sekali lagi dinasihati supaya mengekalkan jawatannya.
Ketika mengumumkan rancangannya untuk meletakkan jawatan bulan lepas, beliau
juga telah dinasihati Dr. Mahathir supaya menyimpan sahaja surat peletakan
jawatan itu.
Dr. Mahathir sebaliknya mahu beliau mengambil cuti untuk membolehkannya
memikirkan semula keputusannya itu.
''Beliau (Dr. Mahathir) sentiasa memberikan nasihat dan bimbingan kepada
saya dalam pelbagai aspek dan beliau juga menasihatkan saya mengekalkan
jawatan menteri.
''Saya hormati hasrat yang disampaikan oleh semua pihak terutamanya
ahli-ahli MCA, pemimpin masyarakat, penyokong-penyokong dan rakan-rakan saya
dan dengan ini, saya ingin mengumumkan akan terus berkhidmat dalam
kerajaan,'' jelas Dr. Ling.
Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Lim Ah
Lek dan keempat-empat Naib Presiden parti iaitu Datuk Chua Jui Meng, Datuk
Dr. Fong Chan Onn, Datuk Ong Ka Ting dan Datuk Chan Kong Choy.
Sebaik sahaja Ling mengumumkan penarikan semula hasratnya, seluruh pemimpin
MCA yang hadir pada sidang akhbar itu memberikan tepukan gemuruh.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu menjawab sebarang soalan daripada para
wartawan pada sidang akhbar itu.
''Hari ini saya tidak akan menjawab sebarang soalan. Kalau ada soalan, boleh
tanya esok, lusa, minggu depan atau bulan depan,'' katanya.
Dr. Ling berkata, beliau akan kembali bertugas Isnin ini dan tidak akan
menghadiri mesyuarat kabinet esok.
Menurut Dr. Ling lagi, bukan pemimpin dan ahli MCA sahaja yang telah membuat
rayuan kepadanya tetapi juga pemimpin persatuan-persatuan Cina, pemimpin
Barisan Nasional dan masyarakat umum secara keseluruhannya.
''Mereka telah menyampaikan mesej melalui telefon, faks, media dan
kawan-kawan saya. Saya amat terharu terhadap sokongan dan galakan yang saya
terima daripada semua pihak yang mahu supaya saya memberi pertimbangan
semula soal peletakan jawatan menteri.
''Setelah meneliti seruan dan nasihat daripada semua pihak, baik dari dalam
parti mahupun di luar parti, serta rundingan dengan pemimpin MCA sebelum dan
selepas bercuti, saya telah memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai
apa yang majoriti mahu saya lakukan,'' katanya.
Pada 22 Mei lalu, Dr. Ling menerusi timbalannya, Lim Ah Lek mengumumkan akan
melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan atas alasan telah
berkhidmat terlalu lama (14 tahun) sebagai menteri kabinet dan menyifatkan
kini adalah masa yang sesuai untuk bersara.
Ekoran tindakan itu, spekulasi bertiup kencang mendakwa Dr. Ling mengambil
keputusan itu berikutan tekanan dan perselisihan yang tercetus antara beliau
dan timbalannya, Lim.
Pengumuman Dr. Ling itu juga mengundang pelbagai reaksi terutama dari
pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli MCA yang merayu Dr. Ling menarik semula
hasratnya itu sehingga memaksa beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana
Menteri pada 24 Mei lalu.
Dr. Mahathir kemudiannya menasihatkan beliau supaya bercuti selama dua
minggu untuk meneliti rayuan daripada pelbagai pihak itu sebelum membuat
keputusan muktamad.
Beliau mula bercuti di Australia pada 27 Mei lalu dan kembali ke Malaysia
awal pagi ini dan bertemu Dr. Mahathir pada pukul 3.15 petang ini untuk
menyatakan keputusannya.
Oleh: ISMAIL DAUD, ROSNI HASSAN dan YULPISMAN ASLI
--------------------------------------------------------------------------------
� UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>