*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Check your virus filter now!!! Some networks have been and are being
attacked!!!
TQ.
> ----------
> From: Ui Dann[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Wednesday, June 07, 2000 10:47 AM
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* Ucapan penangguhan Muslimat di Muktamar
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> UCAPAN PENANGGUHAN MUSLIMAT DI MUKTAMAR PAS KE-46.
>
> RESPONS TERHADAP LAPORAN AKHBAR DARIPADA DMPP
>
> Seperti yang kami jangkakan pihak media arus perdana sudah tentu akan
> meniup
> sebesar-besarnya apa yang kami utarakan semasa muktamar. Walaupun pihak
> UMNO
> dan mungkin juga ahli-ahli PAS merasakan yang kami membuka pekong di dada,
>
> kami hanya menyatakan yang benar dan yang hak. Sebagai sebuah parti yang
> sentiasa ingin memperbaiki diri dan meningkatkan izzah, segala kelemahan
> dan
> kesilapan mesti disedari supaya langkah pembetulan dapat diambil. Walau
> bagaimana pahit sekalipun untuk ditelan, perkara-perkara yang dibawa oleh
> muslimat ke muktamar adalah satu realiti dan relevan. Kita tidak mahu
> menjadi seperti UMNO yang menidakkan kelemahan-kelemahan mereka dan hanya
>
> menudingkan jari kepada orang lain. Kita juga tidak mahu menjadi seperti
> perwakilan UMNO yang hanya mahu mengampu dan enggan menegur kelemahan
> kepimpinan parti mereka. Kerana sayangkan parti dan mahu parti maju
> kehadapan tanpa tersekat-sekat oleh perkara-perkara yang bukan dasar,
> biarlah kami telus dan terbuka. Sekurang-kurangnya parti PAS boleh
> berbangga
> yang amalan demokrasi hidup di dalam PAS. Pemimpin boleh menegur pengikut
>
> dan ahli juga boleh menegur pemimpin termasuklah ulama. Kesemua kita
> tidak
> boleh lari daripada kesilapan dan kelemahan. Samada kita sedar atau tidak
> dan mahu menerimanya sebagai sesuatu yang penting dan patut diperbaiki
> adalah perkara lain. Sebagai satu jemaah yang berusaha menghayati Islam
> secara syumul, muhasabah adalah satu prasyarat.
>
> Tiada satu pun organisasi dimuka bumi ini yang tiada kelemahan. PAS
> merupakan organisasi politik berteraskan Islam dan ini jelas seperti
> termaktub di dalam perlembagaannya dan penulisan-penulisan pimpinannya
> yang
> menjadi rujukan kepada kepimpinan peringkat bawah dan juga ahli-ahlinya.
> Tidak dinafikan bukan semua ahli dan pimpinan-pimpinan PAS dapat
> menghayati
> 100% apa yang dianjurkan oleh Islam. Ini adalah sifat manusia yang tidak
> sunyi daripada kelemahan. Tetapi kesemua ahli dan pimpinan PAS,
> termasuklah
> kami, menyokong 100% perjuangan PAS untuk menegakkan kalimah Allah di
> negara
> ini. Kami yakin dengan sistem pemerintahan yang bersumberkan wahyu dan
> al-sunnah dan akan meneruskan jihad ini. Tidak timbul masalah kepincangan
> didalam kepimpinan. Kepimpinan PAS mantap dan sentiasa menerima sokongan
> muslimat. Kami matang didalam membezakan kelemahan individu dengan
> perjuangan parti. Kami juga boleh membezakan tindak-tanduk yang
> berdasarkan
> Islam atau kepentingan diri. Itulah sebabnya muslimat berani menegur dan
> kami juga yakin yang pimpinan bersikap terbuka dan boleh menerima teguran.
>
> Sedangkan Saidina Omar Al-Khattab dapat menerima teguran rakyat biasa yang
>
> juga seorang muslimat, mengapa tidak penceramah-penceramah PAS.
>
> Muslimat adalah golongan yang paling tidak berkepentingan di dalam parti
> dan kami ingin bersama merebut peluang untuk berjuang menegakkan kalimah
> Allah. Kami tidak "terperangkap" ke dalam PAS dan kami rela "dipergunakan"
>
> demi perjuangan ini. Sebab itu perjuangan muslimat di dalam PAS adalah
> satu
> perjuangan yang ikhlas. Kami mengetahuinya dari awal lagi, PAS tidak dapat
>
> memberi apa-apa kepada kami tetapi disebaliknya kami yang wajib memberi
> pengorbanan kepada perjuangan ini. Maka apabila muslimat menegur ia adalah
>
> untuk kepentingan parti walaupun pada mulanya dengan publisiti negatif
> yang
> diberikan menampakkan seolah-olah muslimat telah menyebabkan parti ini
> mengalami "setback". Itu adalah lumrah dengan media arus perdana. Kami
> tidak
> terkejut dan tidak pula gundah. Biasalah tu.......
>
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]