*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malaysiakini: Empat laman web reformasi baru-baru ini melancarkan kempen
mendesak perletakan jawatan Timbalan Presiden KeADILan dan Setiausaha
Agungnya, Mohd Anuar Tahir. Pengendali web itu mendakwa dua pemimpin itu

gagal meneruskan reformasi. Apakah Datuk Seri fikir kritikan web itu
wajar?

Anwar: Dr Chandra dan Anuar merupakan sebilangan pengasas yang muncul
sebagai tokoh utama kepimpinan KeADILan. Dr Chandra khususnya membantu
mengungkapkan agenda parti dan memainkan peranan di pringkat awal
penubuhan Barisan Alternatif.

Justeru itu, kita perlu melakukan penilaian menyeluruh kedudukan parti
untuk memahami kegelisahan yang disuarakan
oleh rakan-rakan pengendali web laman reformasi. Peranan serta pengaruh
mereka merangsang gerakan reformasi
adalah diakui.

Secara peribadi, saya mengagumi kegigihan mereka menyebarkan mesej
reformasi yang disekat oleh media utama
yang dikuasai oleh Datuk Seri Dr Mahathir dan Barisan Nasional. Oleh
itu, saya menghargai keputusan mereka
meneruskan agenda perjuangan sementara membolehkan pimpinan parti
membincangkan permasalahan yang
berbangkit.

Malaysiakini: Patutkah Dr Chandra dan Anuar meletakkan jawatan dalam
KeADILan?

Anwar: Selain kesediaan seseorang membuat keputusan sendiri, soal
perletakan jawatan hanya berbangkit sekiranya
terdapat undang-undang atau peraturan parti yang telah dilanggar, dan
dipertimbangkan setelah proses biasa diikuti.

Proses biasa parti mestilah dibenarkan berjalan. Kita harus menaruh
keyakinan dalam proses pemilihan yang "bebas
dan adil." Presiden yang dipilih nanti biasanya akan melantik Setiausaha
Agung setelah berunding dengan
pemimpin-pemimpin lain.

Malaysiakini: Sudah menjadi pengetahuan umum Datuk Seri menyokong idea
penggabungan KeADILan dengan Parti
Rakyat Malaysia. Apakah sebabnya dua parti itu patut bergabung?

Anwar: KeADIlan dan PRM berkongsi semangat yang sama: mendukung
reformasi, menentang kezaliman dan salah
guna kuasa. Dari awal lagi, kedua-dua parti mempunyai hubungan kerja
yang cemerlang. Penggabungan akan
memberikan banyak faedah dan meningkatkan gerakan reformasi.

Dr Syed Husin Ali merupakan seorang pemimpin yang tahan uji dengan
keyakinan dan sejarah perjuangan yang unggul
sebagai seorang reformis. Bagaimanapun, penggabungan itu mestilah
dipersetujui bersama dan bukannya melalui
paksaan. Dan saya menghormati apa juga keputusan yang diambil oleh
ahli-ahli kedua-dua parti.

Malaysiakini: Perhimpunan agung Umno baru-baru ini menyaksikan beberapa
muka baru terpilih ke Majlis Tertinggi dan
kemenangan Pasukan Wawasan 1993 bagi jawatan naib presiden. Apakah
pandangan Datuk Seri?

Anwar: Apa yang penting ialah naib-naib presiden itu dipilih walaupun
(Presiden Umno) Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad menyatakan hasratnya untuk calon-calon yang lain. Ini juga
bermakna jika dua jawatan tertinggi parti
dibenarkan dipertandingkan, tidak ada jaminan mereka (Mahathir dan
Abdullah Badawi) mengekalkan jawatan
masing-masing.

Selain mengkritik beberapa pencapaian buruk Umno dalam pilihan raya umum
lalu, perhimpunan agung itu tidak
menunjukkan sebarang azam untuk berubah, atau tekad untuk reformasi.
Seruan Dr Mahathir untuk memerangi rasuah
hanyalah sikap munafik dan tohor - terzahir daripada seseorang yang
banyak dituduh mengamalkan salah guna kuasa,
rasuah, kronisme dan nepotisme.

Malaysiakini: Kini tersebar berita dalam akhbar arus perdana yang
mendakwa Nurul Izzah mempunyai hubungan cinta
dengan Ketua Pemuda KeADILan, Mohamad Ezam Mohd Nor. Apakah komen Datuk
Seri?

Anwar: Khabar angin yang liar itu tidak ada apa-apa kecuali satu jelmaan
taktik lazim Dr Mahathir dan Barisan
Nasional untuk mereka-reka pembohongan sebarang pihak yang dilihat
membawa ancaman kepada golongan
pemerintah. Jelaslah, pemimpin-pemimpin KeADILan dan anggota keluarga
saya termasuk dalam senarai utama
sasaran mereka.

Orang ramai sekarang ini terlalu biasa menonton lakonan itu; dengan
dakwaan-dakwaan yang berniat jahat,
pengakuan-pengakuan yang dipaksa, dan hukuman-hukuman (di mahkamah) yang
sengaja dirancang. Sungguh
menyedihkan Dr Mahathir dalam usia yang semakin tua nampaknya begitu
terdesak dan sanggup menggunakan
kaedah-kaedah yang keji seperti itu.

Malaysiakini
9 Jun 2000


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke