*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,

Yang dihormati Saudara Anwar Ibrahim, pemimpin agung gerakan Reformasi,
semoga saudara diberkati Allah SWT dan
diberikan keteguhan lahir dan batin bagi menangani fitnah dan kezaliman
yang ditimpakan oleh MAHAFIRAUN dan
algojo-algojonya ke atas saudara.

Saudara Anwar,

Kami menyambut baik penerimaan saudara terhadap desakan para webmasters
baru-baru ini, jika benar kandungan
temuramah yang tersiar dalam malaysiakini.com tanggal 9 Jun 2000.

Kami ingin menyatakan di sini bahawa apa pun keputusan saudara dan Parti
KeADILan Nasional, kami akan
menerimanya dengan hati yang terbuka. Kami sedar, perjuangan ini lebih
bermakna daripada pangkat dan kedudukan.
Oleh itu, sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli-ahli parti sebagai
pemimpin KeADILan, kami rela menerimanya tanpa
banyak soal. Cuma kami minta, para pemimpin parti juga harus mendengar
kritikan dan komen ahli-ahli dengan minda
yang bebas dan sikap toleransi yang sewajarnya.

Kami menyeru semua pemimpin KeADILan dan lain-lain parti dalam Barisan
Alternatif terus berjuang sambil membuka
mata dan telinga terhadap rintihan dan rayuan rakyat sekalian!
Sesungguhnya, itulah prinsip utama perjuangan kita!
MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 tahu bahawa ada pihak yang sangsi terhadap para
webmasters berikutan kempen
tafakur tempoh hari. Apatah lagi, setelah Laman Reformasi di"pecah
masuk" semalam oleh pihak-pihak yang lucah dan
tidak bertanggungjawab. Para webmasters MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 cukup
terkejut dan berharap webmaster
Laman Reformasi segera membetulkan keadaan. Tetapi soal taat setia hanya
boleh dijawab oleh yang empunya
badan.

Namun, bagi diri ahli-ahli MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 sendiri, kami tetap
tidak akan berganjak daripada
perjuangan ini. Setelah melihat dengan mata kepala kami sendiri
penangkapan kejam yang berlaku di rumah saudara
pada bulan September keramat tahun 1998 itu, kami berikrar, membujur
lalu melintang patah, KAMI TIDAK AKAN
MENYERAH KALAH!

Darah para Reformis telah mengalir di Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku
Abdul Rahman, dengan hayunan belantan
dan cotar polis yang bertindak seperti binatang liar.

Kami akan terus berusaha membela nasib mereka, baik di ruang siber
ataupun di mana sahaja. Mereka rakyat
kebanyakan yang menuntut pembelaan, sedangkan pak-pak dan mak-mak
menteri memperkayakan diri masing-masing
dengan harta rakyat.
Ketahuilah wahai MAHAFIRAUN, Pak Lah, Daim, Rafidah, Hishamuddin, Nazri,
Azmi Khalid, Siti Zaharah, Rais, Khalil
dan sekutu-sekutu UMNO yang lainnya: Rakyat Malaysia telah mengharamkan
wang dan kebebasan kami yang telah
kamu curi! Dari dunia sampai akhirat, sesen pun tidak kami halalkan!
Darah daging anak-anak dan isteri kamu akan
luluh dibakar api neraka melainkan kamu bertaubat dan memulangkan hak
rakyat Malaysia sekalian!

Saudara Anwar,

Sebagai tanda kepercayaan kami kepada saudara, nama sebenar Pak Utih dan
alamat perhubungan beliau akan kami
serahkan untuk pengetahuan peribadi saudara.

Dengan ini jika kami belot, saudara mempunyai peluang untuk membalas
kedayusan kami itu. Tidak seperti Wan
Indra, Zuraidi, Nell Onn, Nordin, Ibrahim Saad, Zahid Hamidi, Sarit
Jusoh, Suhaimi Ibrahim dan lain-lain manusia
bacul, kami tidak akan kecut dengan ugutan dan kendur dengan bujukan!

Jika kita dipenjarakan, biar kita sama-sama menanggung beban. Jika kami
disiksa seperti saudara disiksa,
sesungguhnya kami percaya bahawa kekuasaan Allah SWT melebihi kuasa
MAHAFIRAUN yang direjam! "La tahaf wala
tahzan, innallaha ma ana"
Saudara Anwar,

Kesetiaan kami kepada perjuangan Reformasi yang didukung oleh rakyat,
demi rakyat, untuk rakyat tidak akan luntur.
Kami memberi taat setia kami kepada saudara dengan syarat berikut:
selagi saudara taat pada Allah SWT dan
Rasulullah SAW, dan saudara tidak lupa bahawa perjuangan Reformasi ini
adalah perjuangan tulin rakyat yang tidak
punya apa-apa, maka taat setia kami tetap akan kekal.

Kami akan terus berjuang, Insyallah. Kami mendoakan kesihatan saudara
sekeluarga.

Sidang Editor
MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020
dalam mesyuarat di DUN Chembung,
Parlimen Teluk Kemang,
Negeri Sembilan
10 Jun 2000

http://mahafiraun.tripod.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke