*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
> PROBLEM BURUK DAN BAIK
> (Qadho' Dan Qadar)
>
> Dalam peringkat Hakikat, buruk dan baik tidak ada. Semuanya sama saja.
> Peringkat ini digelar "Baik Semata-mata" (al-Khayrul Mahd). Dalam alam maya
> ini saja ada buruk dan baik. Jika kita hendak membezakan juga antara buruk
> dan baik itu, maka yang baik itu hendaklah kita sifatkan atau kaitkan kepada
> Allah dan buruk dan jahat itu kepada manusia, tetapi bukan dalam pengertian
> bahawa manusia itu sebenarnya membuat jahat atau buruk, tetapi dalam
> pengertian bahawa sebahagian dari lakuan itu dianggap jahat. Maklumlah kita
> ini hidup dalam dunia yang mempunyai nilai-nilai dan hukum-hukum, maka kita
> hakimkan tindakan atau perkara itu menurut hukum-hukum dan nilai-nilai itu.
>
Ini semua adalah TEORI SUFI semata2 berkenaan dengan Qada dan Qadar.
Sekiranya ada di antara pembaca yang merasa CONFUSE, jangan gundah kerana ianya
hanyalah TEORI SUFI sahaja dan bukannya ajaran dari Al Quran dan Sunnah.
Tiada rosak iman kita kalau kita tidak memahami teori ini.
>
> Jahat semata-mata itu sama dengan tidak wujud semata-mata (al-'adamul mahd)
> dan gelap semata-mata (asy-syarrul mahd huwal 'adamul mahd waz-zulmatul
> mahdah); dan baik semata-mata adalah wujud semata-mata dan cahaya
> semata-mata (al-wujudul mahd huwal khayrul mahd wan nurul mahd). Cahaya dan
> gelap itu bukanlah dua Prinsip atau Realiti yang hakiki dan berdiri sendiri.
> Perbezaan antara "cahaya" dengan "gelap" itu bukanlah perkara-perkara yang
> berlawanan (contrariety), tetapi adalah perbezaan antara wujud dengan tidak
> wujud. Wujud positif adalah sumber semua yang baik dan wujud negetif adalah
> asas semua yang buruk dan jahat.
>
> � Nisbah Baik Dan Jahat
>
> Konsep tentang baik dan jahat ini bukan terhad kepada baik dan jahat dalam
> bidang akhlak atau tatasusila (ethic) saja tetapi merangkumi sakit jasmani
> keuzuran badan, kemiskinan, keganasan binatang dan juga yang lain-lain
> sebagainya. Semua buruk atau jahat itu sama ada dari segi tatasusila atau
> sebagainya, adalah pada nisbah atau perbandingan (relatif) saja. Tidak ada
> sesuatu pun pada hakikatnya jahat atau buruk. Allah tidak mencipta sebarang
> kejahatan atau keburukan. Sesuatu itu atau sesuatu tindakan itu dikatakan
> jahat atau buruk kerana sebab-sebab yang berikut :
>
> 1. Kerana sesuatu agama itu menganggapnya jahat atau buruk.
> 2. Dianggap jahat atau buruk dari segi prinsip tatasusila (ethic) atau
> piawai adat (customary standard) yang diluluskan oleh sesuatu
> masyarakat.
> 3. Kerana tidak sesuai dengan sifat atau pembawaan seseorang.
> 4. Kerana gagal memuaskan kehendak seseorang dari segi tabi'i, moral
> atau akal fikiran dan sebagainya.
>
> Selain dari piawai (standard) tersebut yang dengannya kita ukur baik atau
> buruk terhadap sesuatu perkara atau perbuatan itu maka tidak ada apa-apa,
> kecuali perkara kosong semata-mata dan ini tidak boleh kita katakan baik
> atau jahat.
>
> Di samping perkara-perkara yang tersebut, yang termasuk dalam kategori jahat
> atau buruk, maka termasuklah juga kejahilan, kepalsuan, huru-hara,
> porak-peranda, kecacatan, dosa, maksiat, kufur, tidak siuman, dan lain-lain
> perkara yang negatif. Ada sesuatu yang tidak ada dalam perkara tersebut
> tetapi jika kita campurkan atau tambahkan sesuatu yang positif atau sifat
> yang positif kepada perkara yang dikatakan buruk atau jahat itu, maka
> jadilah ianya baik. Tidak ada yang buruk atau jahat, semuanya baik. Dengan
> lain perkataan apa yang kita katakan jahat atau buruk itu adalah bersifat
> subjektif (berkaitan dengan diri sendiri) bukanlah suatu realiti yang
> objektif (luar diri). Bahkan "baik" itu sendiri adalah subjektif dan relatif
> (pada nisbah saja). "Baik" yang mutlak ialah Allah, Yang Maha Baik.
>
> Perkaitan (nisbah) baik dan jahat itu dengan cara yang sedemikian,
> pertimbangan kita tentang baik dan jahat itu bergantung kepada ilmu atau
> pengetahuan kita. Kita katakan sesuatu perkara atau perbuatan itu buruk atau
> jahat kerana kita tidak tahu atau jahil tentang adanya kebaikan yang
> tersembunyi dalam sesuatu perkara atau perbuatan itu. Setiap sesuatu ada
> aspek luar atau zahir dan aspek dalam atau batin. Dalam aspek batin itu
> terletak tujuan Allah menciptakan sesuatu itu. Jika kita tidak tahu tujuan
> itu, mungkin kita katakan sesuatu itu jahat atau buruk. Ubat misalnya :
> rasanya pahit, maka kita katakan ianya tidak baik padahal ianya baik kerana
> ubat itu menghilangkan penyakit. Orang yang jahil menganggap ubat itu tidak
> baik kerana ia tidak tahu khasiat di sebaliknya.
>
> Ubat itu dianggap jahat atau buruk kerana dua sebab, dan ianya adalah jahat
> atau buruk yang relatif dalam setiap hal itu. Pertama, ubat itu tiadak
> memiliki kualiti atau sifat positif yang tertentu kerana tidak adanya
> sesuatu kualiti yang tidak menarik rasa si pesakit tadi yang menganggap ubat
> itu tidak baik. Kedua, ubat itu dianggap tidak baik (buruk atau jahat)
> secara relatif (dinisbahkan) dengan ilmu atau pengetahuan si pesakit yang
> jahil tentang kebaikan yang ada di dalam ubat tersebut.
>
> Pada uabat itu sendiri, tidak boleh ianya dikatakan baik atau tidak baik.
> Pada hakikatnya ubat itu tidak boleh dikatakan baik atau jahat kerana baik
> atau jahat itu adalah relatif atau nisbah saja. Demikian jugalah dikatakan
> kepada segala yang baik dan jahat atau buruk.
>
> Akhirnya baik dan jahat itu datangnya dari Allah. Semua perkara itu adalah
> manifestasi Allah dan semua perbuatan atau lakuan adalah perbuatan atau
> lakuan-Nya. Hanya kita yang mengatakan sesuatu itu baik atau jahat. Rahmat
> Tuhan dizahirkan dalam semua perkara dan perbuatan, kerana melalui
> Rahmat-Nya segala sesuatu itu terzahir. Sesuatu itu dizahirkan dengan
> pelbagai peringkat kesempurnaan (kesempurnaan = wujud) dan ini menimbulkan
> pertimbangan kita terhadapnya dari segi akhlak dan sebagainya. Adalah dengan
> kehendak Allah juga kita patut ada idea-idea tentang kesempurnaan dan tidak
> kesempurnaan tersusun atau lintang-pukang, baik dan jahat, taat dan engkar,
> sesuai dan tidak sesuai, pahala dan dosa, dan sebagainya, agar kita dapat
> tahu keadaan Allah dan diri kita sendiri sepenuhnya. Itulah sebabnya Nama
> Allah seperti Al-Hadi (Yang Memimpin), Al-Mudill (Yang Menyesatkan),
> Al-Ghaffar (Yang Pengampun), Al-Ma'adhdhib (Yang Mengazab) dan sebagainya.
> Di samping itu adalah perlu bagi manusia memiliki idea baik dan buruk dan
> piawai (standard) untuk mempertimbangkan sesuatu perbuatan atau tindakan
> itu. Sesuatu masyarakat yang tidak ada ukuran atau piawai itu mungkin tidak
> boleh hidup atau maju.
>
> Wallahu ta'ala a'lam��.
>
> Wassalamu��.
>
> Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
>
> 16 Mei, 2000 / 12 Safar 1421
>
> >From: "Abu Az-Zuhri" <[EMAIL PROTECTED]>
>
> >-----Original Message-----
> >From: Mohd Nasir Che Mood <P> <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
> >Date: Tuesday, May 16, 2000 1:49 PM
> >Subject: H-Net* Qada dan Qadar
> >
> >
> >
> > >Assalamualaikum.
> > >
> > >Allah subhanahuwataala adalah memang Maha Mengetahui yang lepas dan yang
> > >akan datang. Dia mengetahui dari sebelumlagi akan nasib seseorang. Itulah
> > >Qada dab QadarNya. Dia mengetahui apa akan terjadi kepada hambaNya
> >contohnya
> > >samada seseorang itu akan masuk syurga atau neraka. Bolehkah ini kita
> > >ibaratkan Allah telah menentukan nasib seseorang? Kalau dia telah
> >menentukan
> > >seseorang itu ahli neraka, di manakan keadilanNya. Tentulah Allah itu
> >zalim
> > >yang mana itu mustahil kerana Allah adalah Hakim Yang Maha Adil. Inilah
> > >persoalan yang ingin saya ketengahkan. Adakah ini ber"conflict" dengan
> >Qada
> > >dan Qadar?
> > >
> > >Wallahualam.
> > >
> > >Mohd Nasir Che Mood
> > >_____________________________________________________________________
> >
> >
> >Manusia hidup dalam dua lingkaran. Yang pertama adalah lingkaran yang
> >menguasai manusia dan yang lain adalah lingkaran yang dikuasai manusia.
> >Lingkaran yang menguasai manusia adalah lingkaran yang di dalamnya berlaku
> >Nizamul Wujud (Sunnatullah/hukum alam) atas manusia. Manusia berjalan
> >bersama alam dan kehidupan sesuai dengan suatu aturan tertentu yang tidak
> >berubah. Oleh karena itu,dijumpai beberapa kejadian menimpa manusia di
> >dalam
> >lingkaran ini, yang terjadi di luar keinginannya. Di sini, manusia musayyar
> >(dikendalikan), bukan mukhayyar (diberi pilihan). Misalnya manusia lahir ke
> >dunia ini bukan atas kehendaknya dan ia akan
> >meninggalkannya, juga bukan atas kehendaknya; dalam hal ini ia tidak mampu
> >melepaskan diri dari hukum Alam. Oleh karena itulah manusia tidak akan
> >dimintai pertanggungjawaban atas perbuatan-perbuatan yang berasal dari
> >dirinya sendiri atau yang menimpanya, tetapi tercakup di dalam
> >lingkaran ini.
> >
> >Adapun lingkaran yang dikuasai oleh manusia, adalah lingkaran dimana
> >manusia
> >bebas berjalan di dalamnya, sesuai dengan sistem yang dipilihnya; apakah
> >itu
> >syariat Allah atau syariat yang lainnya (bukan dari Allah). Di dalam
> >lingkaran ini, terjadi perbuatan-perbuatan yang dilakukan manusia atau yang
> >menimpanya sesuai dengan keinginannya. Misalnya, ia berjalan, makan, minum
> >atau pergi pada saat yang diinginkannya, dan iapun mampu untuk tidak
> >melakukan perbuatan-perbuatan
> >itu pada saat yang diinginkannya pula. Ia bebas untuk menentukannya. Kerana
> >itu, ia akan dimintai pertanggungjawaban atas perbuatan-perbuatan yang
> >dilakukannya di dalam lingkaran ini.
> >
> >Rujukan:
> >Mafahim al-Islamiyah, Syeikh Ahmad ad-Daur
>
> >Pengirim: "Abu Az-Zuhri" <[EMAIL PROTECTED]>
>
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>