*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,


SIRI 25

(kita masih lagi bercakap tentang sistem saraf�sehingga kita sedar betapa
pentingnya saraf pada kita)

Satu lagi sistem saraf yang penting dalam hidup kita ialah saraf tunjang ,
oleh sebab ia penting maka ia dilindungi oleh tulang belakang (dalam tulang
belakang)
(itu sebabnya kedudukan tubuh biar betul�nanti rosak saraf tulang
belakang�agaknyalah)

Pergerakan refleks (sentakan/cepat) dikendalikan oleh saraf tunjang tanpa
melibatkan aktiviti otak.
(Untuk membuat tindakan refleks maka, saraf tunjang tak payah beritahu pada
otak atau meminta izin daripada otak (banyak kerenah birokrasi pulak
otak..kena fikir dulu, sedangkan tindakan perlu diambil segera). Ini
termasuk satu lagi anugerah Allah kepada kita. Bayangkan kalau kena fikir
dulu�.seperti cerita dalam siri 21. Contohnya kalau kita kena besi panas,
maka dengan cepat tangan kita dijauhkan daripada besi panas itu : aktiviti
: cuba anda silang kaki  semasa duduk atas kerusi dengan, kemudian ketuk
lutut dengan tangan�kaki anda akan tersentak(kalau tak jadi suruh doktor
ketuk). Masa ia tersentak(refleksi) cuba anda arahkan supaya "jangan
tersentak"�(tak makan saman) kaki anda akan tersentak juga, maknanya anda
telah mendapat perkihdmatan yang percuma untuk menyelamatkan diri
sendiri�.tak payah fikir-fikir )
 

Seperti yang telah dinyatakan, sel-sel neuron merupakan set yang terpenting
dalam pengendalian isyarat saraf dalam tubuh manusia.  Oleh itu, adalah
amat pertu struktur dan prosesnya diteliti dan difahami sebelum kita cuba
memahami pengaruhnya ke atas tingkah laku manusia.
(mari kita berkenalan dengan Neuron)
Sel neuron mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza-beza.  Rupa bentuknya
bergantung kepada tugas yang dikendalikannya. (rujuk gambar yang telah saya
lampirkan sebelum ini)  Setiap set neuron mengandungi struktur-struktur
asas yang sama.  Di bahagian atas set terdapat struktur yang dikenali
sebagai dendrit.  Tugas dendrit adalah menerima isyarat yang datang
daripada sel-sel meuron lain.  Isyarat ini kemudian melalui badan set dan
bergerak ke arah batang akson yang diselaputi oleh sarung mielin.  Isyarat
ini terus dikendalikan ke arah bouton hujung akson (terminal bouton) dan
kemudiannya dihantar ke bahagian dendrit neuron jiran.  Di antara bouton
hujung akson dan dendrit set neuron jiran terdapat satu persimpangan yang
dikenali sebagai sinaps.  Semua isyarat saraf akan meloncat di persimpangan
ini dan loncatannya dipermudahkan oleh sejenis bahan kimia yang dikenali
sebagai neurotransmitters.
Pada amnya, terdapat tiga jenis set neuron. 

Pertama, sensorik(deria),jenis afferent. la mengendalikan isyarat saraf
daripada organ deria seperti mala, telinga, hidung, kulit dan lidali kepada
sistem saraf pusat.
 
Kedua ialah neuron motor atau jenis efferent Neuron ini mengendalikan
isyarat saraf daripada otak dan sistem saraf pusat kepada otot-otot dan
kelanjar

Ketiga ialah interNeuron la bertugas mengendalikan isyarat daripada neuron
deria ke neuron motor.
 
(baik hati sungguh neuron dan sistem saraf yang ada dalam tubuh kita
nih,�tapi di kalangan kita ada yang hati busuk, �.malulah sikit dengan
elemen diri sendiri )

bersambung�


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke