*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Malam tadi ada satu slot khas tentang kedudukan wanita
dalam PAS yang disiarkan oleh TV3 dalam Buletin Utama.
Seperti biasa isunya berkisar 
tentang diskriminasi terhadap wanita dalam PAS, wanita
dalam PAS dah mula rimas, dan berbagai lagi pendapat
bergeliga dari beberapa tokoh pro-UMNO seperti
Nakhaie, Dr. Ismail Ibrahim (IKIM), Prof. Ramlah Adam
( jurucakap UMNO di UM), dan seorang lagi wanita tak
bertudung dari UKM.

Yang paling saya minat ialah ulasan dari Dr. Ismail
Ibrahim yang memberikan contoh bahawa dalam Al-Quran
sekali pun ada diceritakan tentang 
hebatnya kaum wanita memimpin.Contoh yang diberikan
ialah Ratu Balqis yang satu ketika dahulu memerintah
Negeri Saba'. Ceritanya ada dalam Surah 
Saba'.

Pelik dan ajaib. Bodoh atau bengap? Bukankah cerita
dalam Surah Saba' itu menekankan tentang mukjizat Nabi
Sulaiman yang mana pada ketika 
baginda memerintahkan kesemua binatang dan jin
berkumpul, tiba-tiba ada di kalangan burung yang tidak
hadir iaitu burung hud-hud. Nabi Allah 
Sulaiman ingin menghukum burung hud-hud yang telah
"missing in action". Namun begitu sebenarnya burung
hud-hud bertindak sebagai "SB" dan 
melaporkan bahawa terdapat seorang pemerintah
perempuan di sebuah negeri yang besar dan kuat yang
menyembah matahari. Maka berlakulah peristiwa di mana
Nabi Sulaiman mengutus surat kepada Ratu Balqis
menyeru beliau  kepada 
menyembah Allah. Dan Ratu Balqis cuba menghadiahkan
Nabi Sulaiman (rasuah lah 
tu.......), namun Nabi Sulaiman tetap dengan usaha
dakwahnya. Terjadi juga  peristiwa di mana mahligai
Balqis diangkat ke tempat Nabi Sulaiman. Akhir sekali,
sebagai kesimpulannya, Balqis sendiri tunduk dan patuh
kepada Allah Tuhan semesta alam.
"Berkatalah Balqis:" Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah
berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri
bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam."
(An-Naml:44) .

Persoalannya, mengapa perlu jadi penyembah matahari
macam Ratu Balqis, baru boleh berjaya?

Ini apa cerita ni? Tak payah ada Phd pun, kita masih
boleh berfikiran waras untuk membicarakan cerita Ratu
Balqis dan kaitannya dengan Nabi 
Sulaiman. Apa........ mereka ingat ini perjuangan Siti
Zaharah Sulaiman ke? Ini cerita mengenai Nabi Sulaiman
dalam Al-quran. Bukan cerita Drs. 
Suleiman Mohamad, bukan cerita Siti Zaharah Sulaiman,
Tan Sri Sulaiman Ninam Shah, dan siapa sahaja pemimpin
UMNO yg sewaktu dengannya.

Eloklah beliau menuntut kat Seniman M. Nasir.
Sekurang-kurangnya seniman yang serba boleh itu dapat
memberikan beliau satu kuliah khas tentang 
lagu Tanya Sama Hud-hud. Tasawwur Islam M. Nasir
nampaknya lebih menyerlah dari Dr. Ismail Ibrahim
sendiri.

Sekali lagi kita nak beritahu dia. Tanya pada siapa?
Tanya sama itu hud-hud.

Wassalam

Engku Hamid Engku Seman

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pak EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke