Alhamdulillah, semuga Allah membuka hati lain lain MP/ADUN mana mana party membuat
sumbangan sebegitu.
Come on MP/ADUN BN...!!!! Bila lagi, janganlah harapkan duit rakyak aje (yang
sebenarnya
allocation kat rakyat) kasi sama rakyat.
On Friday, June 23, 2000 ibnu ahmad wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>asm,
>
>Alhamdulillah, Allahuakbar!
>
>Saya mendo'akan semoga Cikgu bertambah sihat, murah
>rezeki dan panjang umur untuk terus iltizam berjuang
>dan berkhidmat kepada Islam dan masyarakat.
>
>Lawan terus lawan hingga menang atau .....
>
>Ibnu Ahmad
>
>--- filter <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>>
>> SHAHNON IKRAR SERAH 80 PERATUS ELAUN KEPADA PENDUDUK
>> SIK
>>
>> SIK, 23 Jun (Bernama) -- Sasterawan Negara Datuk
>> Shahnon Ahmad yang terbabit dengan kontroversi
>> peletakan jawatan sebagai anggota Parlimen Sik, hari
>> ini erikrar akan menyerahkan 80 peratus elaun wakil
>> rakyat yang diterimanya kepada lebih kurang 55,000
>> penduduk kawasan terbabit.
>>
>> Beliau melafazkan ikrar itu ketika mengadakan
>> pertemuan dengan pemimpin-pemimpin daripada 78
>> cawangan Pas di Sik, pertemuan pertamanya dengan
>> asyarakat setelah isu peletakan jawatannya
>> dipaparkan media tempatan.
>>
>> Elaun tersebut tidak termasuk 20 peratus untuk
>> disumbangkan kepada parti, akan diuruskan oleh Pusat
>> Pembangunan Komuniti dan Komunikasi Wakil Rakyat Sik
>> (PKWR), katanya.
>>
>> Beliau turut menjelaskan hasratnya untuk meneruskan
>> tugas sebagai wakil rakyat dan isu peletakan jawatan
>> yang digembar-gemburkan oleh media dalam pertemuan
>> itu yang berlangsung selama sejam di Markas Pas
>> Kawasan Sik, Sungai Pau di sini.
>>
>> Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Shahnon
>> berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai
>> anggota parlimen walaupun menghadapi masalah
>> kesihatan.
>>
>> "Memang kesihatan saya terganggu tetapi ia menuju ke
>> arah pemulihan," katanya yang kali terakhir
>> melakukan lawatan kerja ke kawasan Sik bulan lepas.
>>
>> Beliau berkata PKWR akan ditugaskan untuk
>> menggembeling usaha bagi mengatasi masalah
>> kemiskinan penduduk di Sik.
>>
>> Ia ditubuhkan selepas pilihan raya umum lalu dan
>> dianggotai oleh lapan petugas di dua buah pejabat
>> dan Shahnon membiayai segala aktiviti pentadbiran
>> dengan mengeluarkan RM2,500 sebulan.
>>
>> "Pusat ini juga menjalankan aktiviti ekonomi,
>> pendidikan, kewangan politik, sosial, kebajikan dan
>> kemudahan infrastruktur," katanya.
>>
>> Sementara itu, Shahnon berkata beliau tidak pasti
>> lagi akan menghadiri persidangan parlimen bermula 10
>> Julai ini dan ia bergantung kepada keadaan
>> esihatannya.
>>
>> "Jika sihat, saya akan hadir. Jika tidak sihat, saya
>> akan kemukakan surat cuti dengan disertai surat
>> sokongan doktor," katanya.
>>
>> -- BERNAMA
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
>http://mail.yahoo.com/
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: ibnu ahmad <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
-----------------------------------------------------------------------
FREE global voice/fax/e-mail in your mailbox at http://www.hotvoice.com