*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
��.sambungan��.
Dalil yang ke 4 menunjukkan tentang kewajipan
membentuk kerajaan Islam :
d) Mula-mula ustaz Asri tanya; mana lebih penting
antara seorang ayah dengan seorang rasul?�Tentulah
kepada seorang rasul.Tetapi, antara tuan-tuan dengan
para sahabat; siapa lebih sayang kat rasul lagi?�Para
sahabat cukup punya sayang kat
Rasulullah,tuan-tuan.Menurut seperti kata Ibn
Kathir,�Keadilan sahabat itu dengan Quran/sunnah
Rasul.� Contohnya, kita lihat dalam Perang Badar,
macamana para sahabat sanggup membunuh kaum keluarga
sanak saudara mereka sendiri demi kerana
mempertahankan Rasul.
[ Sebelum kedatangan Islam, tuan-tuan nak tau ka bahwa
orang-orang Arab lah yang paling extreme dengan kaum
keluarga depa.Pantang jangan sapa dok kata apa kat
depa,kerana semangat kabilah orang dulu-dulu cukup
punya kuat.Kalau sekiranya kerana sedikit penghinaan
kepada mak bapak depa, sanggup depa berperang
bermati-matian.Tapi tuan-tuan lihat lah, bila
datangnya Rasul,dan bila iman masuk dalam dada, mereka
bunuh pula kaum keluarga sanak saudara mereka yang
datang dan ingin membunuh Rasul. ]
( Jangan kata Arab, kita Melayu ni pun waktu tahun
50an/60an,iaitu sebelum berlakunya curfew.Sepertimana
yang diceritakan oleh orang-orang lama kita, di Pulau
Pinang ni, perasaan berpuak-puak ni cukup punya
kuat.Bukan kata orang P.Pinang dengan orang Kedah ka
apa ka, tapi diantara kawasan-kawasan saja pun sudah
kuat permusuhannya iaitu eg, antara geng Sg Ara dengan
geng Sg Nibong atau geng Sg Nibong dengan geng
Sg.Gelugoq.Saya bukan kata Melayu dengan Cina, tapi
saya dok cerita Melayu dengan Melayu sendiri ni.
Dulu mana ada motor, melainkan kena naik basikal lah
kalau nak pi tanjung.Time nak pi tanjung ni lah, kalau
geng Sg. Nibong lalu saja kot Gelugoq, siap geng
Gelugoq nanti sebat dia.Dan macam tu lah juga jadi
sebaliknya.Tapi bila jadi saja 13 Mei, semua Melayu
tak kira lah hang kawasan mana ka, semua pakat bersatu
pi pukoi cina pula�.Yang ni bukan apa, saja bagi
selingan sikit.Seronok juga bila ternganga dengaq
cerita daripada orang lama-lama perihal sejarah depa.)
Sepertimana firman ALLAH,�Kamu tak akan dapati wahai
Muhammad, orang yang cinta pada ALLAH dan Rasul,dalam
masa yang sama mereka juga sayang kepada orang-orang
yang menentang ALLAH/Rasul.Walaupun
penentang-penentang ALLAH/Rasul itu ialah emak ayah
mereka sendiri, sanak saudara mereka sendiri,
kabilah-kabilah mereka sendiri.Maka mereka itulah yang
telah Tuhan tulis iman dalam hati mereka,dan roh yang
menguatkan iman itu.�
[ Inilah dia yang dikatakan para sahabat tu.Seperti
Abu Ubaidah Amir al-Jarrah,yang sanggup belah kepala
bapa dia sendiri kerana mempertahankan
ALLAH/Rasul.Yang kita pulak macamana tuan-tuan; sampai
anak tak sembahyang pun,kita tak boleh nak kata
apa.Bapa apa kita ni tuan-tuan? ]
Dalam kita dok cerita tentang terlalu sayangnya para
sahabat kepada Rasul ni, tapi tiba-tiba bila Nabi
wafat, depa pakat tinggai jenazah Nabi dan pi
berhimpun di Bani Sa`idah untuk melantik orang yang
patut menggalang ganti kerja Nabi.Apa maknanya ini
tuan-tuan?�Inilah yang menunjukkan bahwa kerja
melantik orang yang nak galang ganti Nabi adalah lebih
penting daripada urus jenazah Nabi.Bukan kah urus
jenazah orang yang dipanggil �Nabi� itu adalah satu
tugas yang sangat besar tuan-tuan? Sebab inilah,
ulama-ulama ahli sunnah diatas dasar waraknya mereka,
membuatkan mereka rasa macam segan sikit nak sebut
kata sahabat telah meninggalkan jenazah Nabi kerana pi
bincang isu politik nak lantik sapa jadi
�khalifah�.Mereka rasa berat lidah nak bagitau,padahal
peristiwa para sahabat berpusu-pusu datang ke Bani
Sa`idah untuk menunaikan satu kewajipan agama yang
sangat penting itu, benar-benar berlaku.Sebab itu,kata
ulama yang bernama al-Alamah al-Baztawi dalam
usulnya,�Sesungguhnya sahabat selepas wafatnya Nabi;
sibuk mereka itu dalam menentukan siapakah Imam.Mereka
dahulukan tanggungjawab menentukan siapakah Imam
ini,mengatasi diatas segala kewajipan yang lain.��Ini
menunjukkan pada mata para sahabat bahwa isu melantik
pengganti Nabi ini adalah sangat besar.�
[ Tapi kita hari ini, bila orang panggil kita pi
mengundi saja, masa tu lah kita pulak pakat sibuk nak
pi sembahyang jenazah.Mau tak sibuk, kot-kot boleh kat
dia RM5 ka atau RM2 pun jadi lah (hadiah daripada
pewaris kepada siapa yang sembahyangkan jenazah). ]
Diatas alasan-alasan inilah, maka ulama ahli
sunnah menyatakan wajibnya masalah Imam.Dan al-Quran
sendiri berulang-ulang kali menyebut tentang masalah
ini.Seperti firman ALLAH,�Hendaklah kamu hukum
dikalangan mereka dengan apa yang ALLAH turunkan.�
[ Bolehkah kita berhukum dengan undang-undang ALLAH,
sedangkan kuasa hukuman tak dak kat tangan kita?
Tuan-tuan,kalau hari ini ada satu orang telah
melakukan zina; bolehkah tuan-tuan pi sebat dia
macamana hukum syara` kata?�Huh! silap-silap
haribulan,orang lain nanti sebat tuan-tuan.Sebab
itulah,Quran kata,�Kamu semua hendaklah
menyebatnya.��Makna ayat ini,bukanlah pi suruh kita
ramai-ramai pakat sebat tengah belakang orang yang
berzina tu (mau hancuq belakang dia tu).Tapi maksudNya
ialah kamu semua mesti memastikan undang-undang sebat
itu dijalankan.
Macamana kita nak pastikan apa yang ALLAH haram itu
diharamkan dan apa yang ALLAH halal itu
dihalalkan?�Yang ni, kita kena lantik �qadi�.Tapi
macamana pula kita nak melantik qadi?�Jawabnya ialah
hendaklah kita mewujudkan Imam kerana Imamlah yang
menentukan qadi. ]
Dengan dalil-dalil yang lain, yang mana Rasulullah
telah dijanjikan oleh ALLAH, seperti
firmanNya,�Sesungguhnya ALLAH berjanji kepada orang
beriman dan beramal soleh, yakni ALLAH akan melantik
mereka menjadi khalifah di atas mukabumi.�
[ Tuan-tuan, bila Rasul dah wafat, orang yang pertama
menggalang ganti kerja Rasul ialah Abu Bakr
as-Siddiq.Kemudian diikuti oleh Umar,Osman dan
Ali.Lalu kesemua mereka ini kita namakan sebagai
�al-Khulafaq ar-Rashidin al-Mahdiyun�.Oleh kerana
pemimpin pertama orang Islam ialah Rasulullah, maka
pemimpin-pemimpin yang kemudian yang menggalang ganti
kerja Rasul hendaklah melakukan kerja serupa macam
Rasul buat.
Yang dikatakan al-Khulafaq ar-Rashidin ini, mereka
mendapat bimbingan daripada ALLAH SWT dan mereka juga
memimpin orang lain ke arah jalan ALLAH SWT.Selepas
daripada al-Khulafaq ar-Rashidin, dunia orang Islam
dipimpin dalam satu tempoh yang panjang oleh kerajaan
Bani Umaiyyah dan kemudian diikuti pula oleh kerajaan
Bani Abbasiyyah.Selepas daripada al-Khulafaq
ar-Rashidin inilah, pemerintahan di dalam Islam ada
cacatnya.Tetapi kecacatan-kecacatan yang timbul adalah
bersifat peribadi sahaja,yakni tidak melibatkan
terpindanya hukum.Hukum kekal dengan hukum
Islam.Undang-undang kekal dengan undang-undang
Islam.Pada ketika itu, apa yang ALLAH kata haram,masih
lagi semua orang kata haram.Apa yang ALLAH kata
halal,semua penduduk kata halal.Ulama-ulama ketika
itu, tak dak kata undang-undang yang mereka cipta
sendiri, melainkan undang-undang kitab/sunnah juga
yang mereka gunakan.Qadi-qadi yang dilantik, mereka
menguruskan hukum, yang mana hukumnya mestilah
kitab/sunnah.Bahkan semua orang Islam ketika itu, tak
tau kata ada undang-undang selain daripada
Islam.Kerana sejak mereka kenal dunia, yang mereka
tahu hanyalah kitab/sunnah.Yang ni, kita mau clear
tentang orang dulu-dulu.Iaitu peribadi masing-masing
mungkin ada masalah, tetapi dari segi hukum, depa tak
kenai melainkan hukum kitab/sunnah.
Dikalangan pemerintahan Bani Umaiyyah, ada juga yang
cemerlang,seperti tokoh Umar bin Abdul Aziz.Yang lain
pun hebat juga, seperti Harun al-Rashid dari kalangan
Bani Abbasiyyah.Selepas daripada itu, muncullah
kerajaan seperti Ayyubiyyah dan lain-lain lagi.Tapi
yang pentingnya disini ialah kesemua mereka ini ada
kelemahan-kelemahannya,tetapi undang-undang syariatnya
tetap lah Islam.Sehinggalah 13 kurun lamanya,
sebahagian daripada bumi ini di bawah pemerintahan
Islam.
Cumanya, orang Islam pernah menghadapi suatu zaman
yang mana ketika itu orang Islam sangat cuai hingga
mengundang bala ALLAH, yakni dengan ALLAH hantar
tentera-tentera Tartar masuk menghancurkan
Baghdad.Sapa lalu saja,depa sembelih.Habih semua
kitab-kitab ulama Baghdad dimusnahkan.Ini semua bukan
saja-saja orang-orang Tartar nak buat, tapi ini adalah
salah satu perancangan untuk menjatuhkan khilafah
Islam.
Apabila orang-orang Tartar/Mongol ini berjaya
menakluki Baghdad keseluruhannya, maka mereka pun
mencipta dan memperkenalkan satu undang-undang baru
iaitu yang dinamakan undang-undang �yasakh�.Inilah
kali pertama kata Muhammad Shakir bahwa masuknya
sekular dalam Islam.Yang dikatakan undang-undang
yasakh ni, dia adalah cantuman daripada undang-undang
yahudi sikit, campur dengan undang-undang kristian
sikit, ambik daripada Islam sikit dan kemudian ambik
sama hujah daripada tok nenek depa (orang-orang
Mongol) sikit.Lalu apabila ini berlaku, maka apakah
yang ulama-ulama kata? Adakah ulama-ulama ketika itu
mengatakan bahwa ini adalah satu undang-undang yang
bagus kerana boleh buat manusia membangun? Adakah
ulama-ulama kata macam tu?�Tapi sebenarnya ulama
bangun dengan tegas mengatakan sepertimana yang
dikatakan oleh al-Imam Ibn Kathir; dimana kata
beliau,�Orang jahiliyyah dulu buat hukuman pakai hawa
nafsu dan undang-undang kesesatan mereka.Oleh itu,
samalah juga dengan orang-orang Tartar ni.Iaitu mereka
ambik undang-undang daripada Genghis Khan yang
dinamakan �yasakh� itu, yang terdiri daripada
berbagai-bagai syariat, yakni yahudi,nassara,Islam dan
berbagai-bagai lagi yang merupakan pandangan
mereka.Lalu mereka menjadikan undang-undang ini
didahulukan melebihi undang-undang daripada kitab
ALLAH.Sapa-sapa yang berbuat demikian, maka kafirlah
ia.Maka wajiblah ia kembali berhukum dengan kitab
ALLAH.��Tuan-tuan,dahsyat tak reaksi para ulama
menghadapi situasi ketika itu.Mereka bangkit bagi
memperbetulkan balik bagi jadi undang-undang Islam.
Samalah juga kalau sesiapa menggunakan kitab Taurat
setelah Nabi s.a.w. ada; ataupun masih lagi pakai
kitab Injil setelah Nabi mai; pun ALLAH menghukum
mereka sebagai kufur.Inikan pula orang yang pakai
undang-undang yang bukan daripada ALLAH, maka mereka
lebih kufur daripada itu.
Muslimin/muslimat yang dihormati sekelian.Ini adalah
sejarah umum tentang latar-belakang hukum hakam
syara`.Yakni orang dulu-dulu tak pernah berhukum
selain daripada hukum Islam. ]
��.bersambung��
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>