*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam.

I missed the first part boleh tolong resend kan?
wassalam



Omar AlKhatab wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
> …….sambungan…….
>
> Dalil yang ke 4 menunjukkan tentang kewajipan
> membentuk kerajaan Islam :
> d) Mula-mula ustaz Asri tanya; mana lebih penting
> antara seorang ayah dengan seorang rasul?…Tentulah
> kepada seorang rasul.Tetapi, antara tuan-tuan dengan
> para sahabat; siapa lebih sayang kat rasul lagi?…Para
> sahabat cukup punya sayang kat
> Rasulullah,tuan-tuan.Menurut seperti kata Ibn
> Kathir,“Keadilan sahabat itu dengan Quran/sunnah
> Rasul.” Contohnya, kita lihat dalam Perang Badar,
> macamana para sahabat sanggup membunuh kaum keluarga
> sanak saudara mereka sendiri  demi kerana
> mempertahankan Rasul.
> [ Sebelum kedatangan Islam, tuan-tuan nak tau ka bahwa
> orang-orang Arab lah yang paling extreme dengan kaum
> keluarga depa.Pantang jangan sapa dok kata apa kat
> depa,kerana semangat kabilah orang dulu-dulu cukup
> punya kuat.Kalau sekiranya kerana sedikit penghinaan
> kepada mak bapak depa, sanggup depa berperang
> bermati-matian.Tapi tuan-tuan lihat lah, bila
> datangnya Rasul,dan bila iman masuk dalam dada, mereka
> bunuh pula kaum keluarga sanak saudara mereka yang
> datang dan ingin membunuh Rasul. ]
>
> ( Jangan kata Arab, kita Melayu ni pun waktu tahun
> 50an/60an,iaitu sebelum berlakunya curfew.Sepertimana
> yang diceritakan oleh orang-orang lama kita, di Pulau
> Pinang ni, perasaan berpuak-puak ni cukup punya
> kuat.Bukan kata orang P.Pinang dengan orang Kedah ka
> apa ka, tapi diantara kawasan-kawasan saja pun sudah
> kuat permusuhannya iaitu eg, antara geng Sg Ara dengan
> geng Sg Nibong atau geng Sg Nibong dengan geng
> Sg.Gelugoq.Saya bukan kata Melayu dengan Cina, tapi
> saya dok cerita Melayu dengan Melayu sendiri ni.
> Dulu mana ada motor, melainkan kena naik basikal lah
> kalau nak pi tanjung.Time nak pi tanjung ni lah, kalau
> geng Sg. Nibong lalu saja kot Gelugoq, siap geng
> Gelugoq nanti sebat dia.Dan macam tu lah juga jadi
> sebaliknya.Tapi bila jadi saja 13 Mei, semua Melayu
> tak kira lah hang kawasan mana ka, semua pakat bersatu
> pi pukoi cina pula….Yang ni bukan apa, saja bagi
> selingan sikit.Seronok juga bila ternganga dengaq
> cerita daripada orang lama-lama perihal sejarah depa.)
>
>
> Sepertimana firman ALLAH,“Kamu tak akan dapati wahai
> Muhammad, orang yang cinta pada ALLAH dan Rasul,dalam
> masa yang sama mereka juga sayang kepada orang-orang
> yang menentang ALLAH/Rasul.Walaupun
> penentang-penentang ALLAH/Rasul itu ialah emak ayah
> mereka sendiri, sanak saudara mereka sendiri,
> kabilah-kabilah mereka sendiri.Maka mereka itulah yang
> telah Tuhan tulis iman dalam hati mereka,dan roh yang
> menguatkan iman itu.”
> [ Inilah dia yang dikatakan para sahabat tu.Seperti
> Abu Ubaidah Amir al-Jarrah,yang sanggup belah kepala
> bapa dia sendiri kerana mempertahankan
> ALLAH/Rasul.Yang kita pulak macamana tuan-tuan; sampai
> anak tak sembahyang pun,kita tak boleh nak kata
> apa.Bapa apa kita ni tuan-tuan? ]
>
> Dalam kita dok cerita tentang terlalu sayangnya para
> sahabat kepada Rasul ni, tapi tiba-tiba bila Nabi
> wafat, depa pakat tinggai jenazah Nabi dan pi
> berhimpun  di Bani Sa`idah untuk melantik orang yang
> patut menggalang ganti kerja Nabi.Apa maknanya ini
> tuan-tuan?…Inilah yang menunjukkan bahwa kerja
> melantik orang yang nak galang ganti Nabi adalah lebih
> penting daripada urus jenazah Nabi.Bukan kah urus
> jenazah orang yang dipanggil ‘Nabi’ itu adalah satu
> tugas yang sangat besar tuan-tuan? Sebab inilah,
> ulama-ulama ahli sunnah diatas dasar waraknya mereka,
> membuatkan mereka rasa macam segan sikit nak sebut
> kata sahabat telah meninggalkan jenazah Nabi kerana pi
> bincang isu politik nak lantik sapa jadi
> ‘khalifah’.Mereka rasa berat lidah nak bagitau,padahal
>  peristiwa para sahabat berpusu-pusu datang ke Bani
> Sa`idah untuk menunaikan satu kewajipan agama yang
> sangat penting itu, benar-benar berlaku.Sebab itu,kata
> ulama yang bernama al-Alamah al-Baztawi dalam
> usulnya,“Sesungguhnya sahabat selepas wafatnya Nabi;
> sibuk mereka itu dalam menentukan siapakah Imam.Mereka
> dahulukan tanggungjawab menentukan siapakah Imam
> ini,mengatasi diatas segala kewajipan yang lain.”…Ini
> menunjukkan pada mata para sahabat bahwa isu melantik
> pengganti Nabi ini adalah sangat besar.”
> [ Tapi kita hari ini, bila orang panggil kita pi
> mengundi saja, masa tu lah kita pulak pakat sibuk nak
> pi sembahyang jenazah.Mau tak sibuk, kot-kot boleh kat
> dia RM5 ka atau RM2 pun jadi lah (hadiah daripada
> pewaris kepada siapa yang sembahyangkan jenazah). ]
>
>      Diatas alasan-alasan inilah, maka ulama ahli
> sunnah menyatakan wajibnya masalah Imam.Dan al-Quran
> sendiri berulang-ulang kali menyebut tentang masalah
> ini.Seperti firman ALLAH,“Hendaklah kamu hukum
> dikalangan mereka dengan apa yang ALLAH turunkan.”
> [ Bolehkah kita berhukum dengan undang-undang ALLAH,
> sedangkan kuasa hukuman tak dak kat tangan kita?
> Tuan-tuan,kalau hari ini ada satu orang telah
> melakukan zina; bolehkah tuan-tuan pi sebat dia
> macamana hukum syara` kata?…Huh! silap-silap
> haribulan,orang lain nanti sebat tuan-tuan.Sebab
> itulah,Quran kata,“Kamu semua hendaklah
> menyebatnya.”…Makna ayat ini,bukanlah pi suruh kita
> ramai-ramai pakat sebat tengah belakang orang yang
> berzina tu (mau hancuq belakang dia tu).Tapi maksudNya
> ialah kamu semua mesti memastikan undang-undang sebat
> itu dijalankan.
> Macamana kita nak pastikan apa yang ALLAH haram itu
> diharamkan dan apa yang ALLAH halal itu
> dihalalkan?…Yang ni, kita kena lantik ‘qadi’.Tapi
> macamana pula kita nak melantik qadi?…Jawabnya ialah
> hendaklah kita mewujudkan Imam kerana Imamlah yang
> menentukan qadi. ]
>
> Dengan dalil-dalil yang lain, yang mana Rasulullah
> telah dijanjikan oleh ALLAH, seperti
> firmanNya,“Sesungguhnya ALLAH berjanji kepada orang
> beriman dan beramal soleh, yakni ALLAH akan melantik
> mereka menjadi khalifah di atas mukabumi.”
> [ Tuan-tuan, bila Rasul dah wafat, orang yang pertama
> menggalang ganti kerja Rasul ialah Abu Bakr
> as-Siddiq.Kemudian diikuti oleh Umar,Osman dan
> Ali.Lalu kesemua mereka ini kita namakan sebagai
> ‘al-Khulafaq ar-Rashidin al-Mahdiyun’.Oleh kerana
> pemimpin pertama orang Islam ialah Rasulullah, maka
> pemimpin-pemimpin yang kemudian yang menggalang ganti
> kerja Rasul hendaklah melakukan kerja serupa macam
> Rasul buat.
> Yang dikatakan al-Khulafaq ar-Rashidin ini, mereka
> mendapat bimbingan daripada ALLAH SWT dan mereka juga
> memimpin orang lain ke arah jalan ALLAH SWT.Selepas
> daripada al-Khulafaq ar-Rashidin, dunia orang Islam
> dipimpin dalam satu tempoh yang panjang oleh kerajaan
> Bani Umaiyyah dan kemudian diikuti pula oleh kerajaan
> Bani Abbasiyyah.Selepas daripada al-Khulafaq
> ar-Rashidin inilah, pemerintahan di dalam Islam ada
> cacatnya.Tetapi kecacatan-kecacatan yang timbul adalah
> bersifat peribadi sahaja,yakni tidak melibatkan
> terpindanya hukum.Hukum kekal dengan hukum
> Islam.Undang-undang kekal dengan undang-undang
> Islam.Pada ketika itu, apa yang ALLAH kata haram,masih
> lagi semua orang kata haram.Apa yang ALLAH kata
> halal,semua penduduk kata halal.Ulama-ulama ketika
> itu, tak dak kata undang-undang yang mereka cipta
> sendiri, melainkan undang-undang kitab/sunnah juga
> yang mereka gunakan.Qadi-qadi yang dilantik, mereka
> menguruskan hukum, yang mana hukumnya mestilah
> kitab/sunnah.Bahkan semua orang Islam ketika itu, tak
> tau kata ada undang-undang selain daripada
> Islam.Kerana sejak mereka kenal dunia, yang mereka
> tahu hanyalah kitab/sunnah.Yang ni, kita mau clear
> tentang orang dulu-dulu.Iaitu peribadi masing-masing
> mungkin ada masalah, tetapi dari segi hukum, depa tak
> kenai melainkan hukum kitab/sunnah.
> Dikalangan pemerintahan Bani Umaiyyah, ada juga yang
> cemerlang,seperti tokoh Umar bin Abdul Aziz.Yang lain
> pun hebat juga, seperti Harun al-Rashid dari kalangan
> Bani Abbasiyyah.Selepas daripada itu, muncullah
> kerajaan seperti Ayyubiyyah dan lain-lain lagi.Tapi
> yang pentingnya disini ialah kesemua mereka ini ada
> kelemahan-kelemahannya,tetapi undang-undang syariatnya
> tetap lah Islam.Sehinggalah 13 kurun lamanya,
> sebahagian daripada bumi ini di bawah pemerintahan
> Islam.
> Cumanya, orang Islam pernah menghadapi suatu zaman
> yang mana ketika itu orang Islam sangat cuai hingga
> mengundang bala ALLAH, yakni dengan ALLAH hantar
> tentera-tentera Tartar masuk menghancurkan
> Baghdad.Sapa lalu saja,depa sembelih.Habih semua
> kitab-kitab ulama Baghdad dimusnahkan.Ini semua bukan
> saja-saja orang-orang Tartar nak buat, tapi ini adalah
> salah satu perancangan untuk menjatuhkan khilafah
> Islam.
> Apabila orang-orang Tartar/Mongol ini berjaya
> menakluki Baghdad keseluruhannya, maka mereka pun
> mencipta dan memperkenalkan satu undang-undang baru
> iaitu yang dinamakan undang-undang ‘yasakh’.Inilah
> kali pertama kata Muhammad Shakir bahwa masuknya
> sekular dalam Islam.Yang dikatakan undang-undang
> yasakh ni, dia adalah cantuman daripada undang-undang
> yahudi sikit, campur dengan undang-undang kristian
> sikit, ambik daripada Islam sikit dan kemudian ambik
> sama hujah daripada tok nenek depa (orang-orang
> Mongol) sikit.Lalu apabila ini berlaku, maka apakah
> yang ulama-ulama kata? Adakah ulama-ulama ketika itu
> mengatakan bahwa ini adalah satu undang-undang yang
> bagus kerana boleh buat manusia membangun? Adakah
> ulama-ulama kata macam tu?…Tapi sebenarnya ulama
> bangun dengan tegas mengatakan sepertimana yang
> dikatakan oleh al-Imam Ibn Kathir; dimana kata
> beliau,“Orang jahiliyyah dulu buat hukuman pakai hawa
> nafsu dan undang-undang kesesatan mereka.Oleh itu,
> samalah juga dengan orang-orang Tartar ni.Iaitu mereka
> ambik undang-undang daripada Genghis Khan yang
> dinamakan ‘yasakh’ itu, yang terdiri daripada
> berbagai-bagai syariat, yakni yahudi,nassara,Islam dan
> berbagai-bagai lagi yang merupakan pandangan
> mereka.Lalu mereka menjadikan undang-undang ini
> didahulukan melebihi undang-undang daripada kitab
> ALLAH.Sapa-sapa yang berbuat demikian, maka kafirlah
> ia.Maka wajiblah ia kembali berhukum dengan kitab
> ALLAH.”…Tuan-tuan,dahsyat tak reaksi para ulama
> menghadapi situasi ketika itu.Mereka bangkit bagi
> memperbetulkan balik bagi jadi undang-undang Islam.
> Samalah juga kalau sesiapa menggunakan kitab Taurat
> setelah Nabi s.a.w. ada; ataupun masih lagi pakai
> kitab Injil setelah Nabi mai; pun ALLAH menghukum
> mereka sebagai kufur.Inikan pula orang yang pakai
> undang-undang yang bukan daripada ALLAH, maka mereka
> lebih kufur daripada itu.
> Muslimin/muslimat yang dihormati sekelian.Ini adalah
> sejarah umum tentang latar-belakang hukum hakam
> syara`.Yakni orang dulu-dulu tak pernah berhukum
> selain daripada hukum Islam. ]
>
> …….bersambung……
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
> http://mail.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nur <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke