*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,



"Kebijaksanaan paling benar adalah ketetapan hati yang pasti.  "
NAPOLEON BONAPARTE
(patut lah beliau dapat menjajah banyak negara�beliau ada ketetapan hati�
satu daripada sumber untuk berjaya)

Sesorang yang sering memberi gambaran yang tak jelas tentang masa depannya
harapan, hasrat dan impian (malap lagi tak bersinar�) 

Kenapa lah sampai begitu sekali�Hal ini terjadi kerana begitu sedikit orang
mengetahui tentang nilai hidup sehingga cita-cita ini tidak cukup kuat pada
kebanyakan orang.

Jadi untuk itu marilah kita ubah sekarang.Untuk mendapatkan hal-hal yang
berharga dalam hidup ini, kita harus teguh membuat keputusan (ketetapan
hati) yang tidak kenal menyerah kalah.  Kita harus mengarahkan pandangan
kita kepada objek hasrat hati kita dan tidak pernah menyeleweng dari jalan
untuk mencapainya.  Kita harus terus memusatkan perhatian pada tugas kita
sehingga tercapainya sasaran kita.
Hasrat kita harus menjadi hasrat membara iaitu kehendak pasti yang hanya
terarah pada kemajuan.  Hasrat yang biasa itu lemah dan tidak bertenaga. 

 Hasrat biasa kurang disertai keghairahan iaitu suatu gangguan kepada
hasrat membara. jika kita membuat ketetapan dengan keghairahan seperti ini,
tidak ada yang boleh menghalang kita dari pencapaian tempat tertinggi. 
Kalau kita menemui halangan, kita dapat membuangkan dan melepasinya.  Kalau
kita berhadapan dengan kekalahan, kita hanya perlu menambahkan arus dan
terus bertahan.  Kegagalan tidak ada dalam kamus orang-orang yang mempunyai
ketetapan hati.  Hanya kemenangan yang boleh memuaskan orang-orang yang
memiliki hasrat membara.

Pada saat-saat untuk membuat keputusan, orang-orang yang mempunyai
ketetapan hati akan melihat pada diri sendiri untuk mencari jawapannya,
bukannya mencari orang lain.  "Maju tak gentar adalah motto mereka.  "Tidak
ada halangan yang boleh menghalangku," adalah janji mereka.  Kehendak untuk
menang seperti inilah yang menjadi satu rahsia semua kejayaan.

Ciptakan hidup dengan cara anda sendiri dan bukan menunggu peranan
diberikan kepada anda.  Putuskan sekarang juga apa yang anda inginkan dari
hidup ini.  Rumuskan rancangan yang boleh diterapkan untuk memenuhi tujuan
itu.  Pastikan bahawa semuanya boleh menjadi milik anda dengan ketetapan
hati anda dan dengan semangat anda itu muncullah cahaya kemenangan anda.

(Lepas ni..berhentilah daripada memandang lemah masa depan anda�tanamkan
ketetapan hati�anda PASti berjaya�.dengan izin Allah )


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke