*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sila rujuk Berita Minggu semalam,, dah mula dah tunjuk jaguh membela 
kemungkaran,,.........................

Oleh WAN HAZMIR BAKAR dan AZRINA AHZAN
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 
menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangkap orang 
Islam yang berada di premis yang ada menjual minuman keras, sebagai tidak 
tepat.
�Kehadiran mereka di tempat seperti itu tidak seharusnya dijadikan alasan 
untuk menahan mereka,� kata beliau.
Di Kuala Lumpur, katanya ada banyak tempat seperti restoran dan sebagainya 
yang menyajikan hidangan yang tidak boleh dimakan orang Islam. Jadi, 
tindakan menahan orang Islam yang kebetulan berada di tempat itu adalah 
tidak tepat.
�Saya tidak tahu mengapa tindakan itu diambil. Jais lebih tahu kenapa 
tangkapan itu dibuat dan adakah wajar dilakukan.
�Kalau begitu susahlah kerana kita terpaksa menyediakan restoran untuk orang 
Islam saja, barulah kita berasa selamat,� katanya selepas merasmikan 
persidangan antarabangsa anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia dan CIPTA 
di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais menahan 25 orang Islam 
dalam satu operasi yang dijalankan di Restoran The Ship, Damansara Utama, 11 
Jun lalu.
Mereka kemudian dibawa ke balai polis Damansara untuk disoal siasat atas 
kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di 
dalam premis yang menjual minuman keras.
Keesokannya, mereka dibebaskan tetapi diminta hadir di pejabat agama daerah 
Petaling di Jalan Othman dan dikehendaki mengikuti kelas kaunseling anjuran 
Jais selama tiga hari.
Bagaimanapun, 15 daripada mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Syariah pada 
13 September depan atas tuduhan menghina Islam kerana mereka berada di dalam 
premis yang menyediakan minuman keras.
Ditanya mengenai tuduhan yang dikenakan oleh Jais terhadap kumpulan terbabit 
yang dikatakan menghina agama Islam, beliau berkata: �Kita tidak tahu apakah 
jenis penghinaan yang dimaksudkan oleh Jais, tetapi jika kehadiran seseorang 
itu di tempat yang menghidangkan makanan dan minuman yang diharamkan, ia 
tidak boleh menyebabkan seseorang itu ditangkap.�
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Abdul Hamid 
Othman, berkata beliau belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian 
berkenaan.
Abdul Hamid berkata, tindakan Jais itu dibuat mengikut undang-undang dan 
enakmen yang tertakluk dibawah pentadbiran hukum syarak negeri Selangor.
�Walaupun ada usaha untuk menyeragamkan undang-undang di setiap negeri, 
bidang kuasa negeri masih kekal seperti biasa. Setiap negeri mempunyai 
bidang kuasanya sendiri, jadi kita perlu tahu perkara sebenar mengenai 
tindakan penguatkuasaan oleh Jais itu,� katanya.
Mengulas mengenai hukuman yang akan dikenakan terhadap kumpulan terbabit, 
beliau berkata, mahkamah akan menentukan hukuman yang sesuai mengikut 
undang-undang Islam.

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "michel mick" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke