*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullah,
Dari kenyataan orang #2 dalam M`sia ini, maka benarlah
apa yang Rasulullah s.a.w. bagitau kat kita 1400 tahun
dahulu bahwa akan datang satu zaman dimana yang benar
dituduh tak benar dan yang tak benar dikata benar.
Inilah juga yang dikatakan sunnah para-para
rasul.Sepertimana yang dikatakan oleh Ustaz Hassan
Razak dalam ceramah Maulid di Masjid Jelutong,P.Pinang
baru-baru ini, bahwa sekiranya kalau kamu bawa ajaran
yang Rasulullah tinggalkan ini dengan
sebenar-benarnya, maka kamu juga akan menimpakan
kesusahan sepertimana Rasulullah kena.Jadi, apa kita
nak heran dengan kenyataan seperti ini.Kalau apa yang
kita bawa, ditentang /ditohmah / dicerca, maka
sesungguhnya kita benar-benar berada satu route dengan
apa yang Rasulullah bawa.

Dan daripada kenyataan seperti ini juga, mengundang
kepada tidak bersyukurnya rakyat kepada pemerintah
yang ada.Kerana yang keluarkan kenyataan itu adalah #2
kepada si pemerintah.Daripada apa yang diberitahu oleh
al-ustaz Siddiq Noor, kita hanya perlu bersyukur
kepada pemerintah yang memberi keyakinan tentang
baiknya Islam.Tetapi dari kenyataan di bawah,
statement yang di beri boleh meragukan rakyat kepada
Islam.Jadi, apa perlu kita bersyukur kepada mereka
yang menanam keraguan dalam hati rakyat. 

Jadi, kita sebagai orang Islam, dengan ilmu lah yang
membolehkan kita menilai yang mana Haq dan yang mana
Bathil.Oleh itu,jangan lah malas pi mengaji.Tak
kiralah masjid mana pun, ustaz mana pun , ustaz yang
deras ka , ustaz yang slow sikit ka, tapi janji mau pi
mengaji.

Wassalam.


--- michel mick <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Sila rujuk Berita Minggu semalam,, dah mula dah
> tunjuk jaguh membela 
> kemungkaran,,.........................
> 
> Oleh WAN HAZMIR BAKAR dan AZRINA AHZAN
> KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
> Abdullah Ahmad Badawi, 
> menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor
> (Jais) menangkap orang 
> Islam yang berada di premis yang ada menjual minuman
> keras, sebagai tidak 
> tepat.
> �Kehadiran mereka di tempat seperti itu tidak
> seharusnya dijadikan alasan 
> untuk menahan mereka,� kata beliau.
> Di Kuala Lumpur, katanya ada banyak tempat seperti
> restoran dan sebagainya 
> yang menyajikan hidangan yang tidak boleh dimakan
> orang Islam. Jadi, 
> tindakan menahan orang Islam yang kebetulan berada
> di tempat itu adalah 
> tidak tepat.
> �Saya tidak tahu mengapa tindakan itu diambil. Jais
> lebih tahu kenapa 
> tangkapan itu dibuat dan adakah wajar dilakukan.
> �Kalau begitu susahlah kerana kita terpaksa
> menyediakan restoran untuk orang 
> Islam saja, barulah kita berasa selamat,� katanya
> selepas merasmikan 
> persidangan antarabangsa anjuran Institut Kefahaman
> Islam Malaysia dan CIPTA 
> di sini, semalam.
> Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan
> Jais menahan 25 orang Islam 
> dalam satu operasi yang dijalankan di Restoran The
> Ship, Damansara Utama, 11 
> Jun lalu.
> Mereka kemudian dibawa ke balai polis Damansara
> untuk disoal siasat atas 
> kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat
> persembahan atau bekerja di 
> dalam premis yang menjual minuman keras.
> Keesokannya, mereka dibebaskan tetapi diminta hadir
> di pejabat agama daerah 
> Petaling di Jalan Othman dan dikehendaki mengikuti
> kelas kaunseling anjuran 
> Jais selama tiga hari.
> Bagaimanapun, 15 daripada mereka dikehendaki hadir
> di Mahkamah Syariah pada 
> 13 September depan atas tuduhan menghina Islam
> kerana mereka berada di dalam 
> premis yang menyediakan minuman keras.
> Ditanya mengenai tuduhan yang dikenakan oleh Jais
> terhadap kumpulan terbabit 
> yang dikatakan menghina agama Islam, beliau berkata:
> �Kita tidak tahu apakah 
> jenis penghinaan yang dimaksudkan oleh Jais, tetapi
> jika kehadiran seseorang 
> itu di tempat yang menghidangkan makanan dan minuman
> yang diharamkan, ia 
> tidak boleh menyebabkan seseorang itu ditangkap.�
> Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
> Datuk Paduka Abdul Hamid 
> Othman, berkata beliau belum menerima sebarang
> laporan mengenai kejadian 
> berkenaan.
> Abdul Hamid berkata, tindakan Jais itu dibuat
> mengikut undang-undang dan 
> enakmen yang tertakluk dibawah pentadbiran hukum
> syarak negeri Selangor.
> �Walaupun ada usaha untuk menyeragamkan
> undang-undang di setiap negeri, 
> bidang kuasa negeri masih kekal seperti biasa.
> Setiap negeri mempunyai 
> bidang kuasanya sendiri, jadi kita perlu tahu
> perkara sebenar mengenai 
> tindakan penguatkuasaan oleh Jais itu,� katanya.
> Mengulas mengenai hukuman yang akan dikenakan
> terhadap kumpulan terbabit, 
> beliau berkata, mahkamah akan menentukan hukuman
> yang sesuai mengikut 
> undang-undang Islam.
> 
>
________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at
> http://www.hotmail.com
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "michel mick" <[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke