*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum…kengkawan.

Sorry ye kengkawan…..mencelah nak sembang ringan-ringan sikit, sebab dah 
seminggu mencelah banyak kerja, jadi otak dah isi berat-berat. Senang 
kata…nak rilek-rilek.

Ada seorang kawan mencelah dia ni mengajar mathematik di sekolah swasta 
cina. Jadi satu hari dia tanya dekat mencelah, sebab apa pelajar melayu di 
kalangan pelajarnya lemah math berbanding anak-anak cina?! Lantas mencelah 
kata dekat dia “kau kena buat soal selidik….tak dak grant pun tak apa. Kau 
check tengok dia orang punya pemakanan.” Jadi esok tu dia bagi tahu mencelah 
yang mana hampir kesemua pelajar melayu anti sayur!

Bila kita cakap tentang sayur ni, memang betul anak-anak melayu kurang makan 
sayur. Kalau kanak-kanak….itu sepasal, ini bapak budakpun ada yang anti 
sayur. Ada yang mencelah tengok bila makan mee……dia boleh kutip taugeh satu 
persatu, kemudian di aturnya comel……di sekeliling pinggan.

Ada ibu bapa apa bila order makanan….sengaja tak membenarkan si tuan kedai 
memasukkan sayur….contohnya burger. “Salat tak mau…..timun tak mau…..sebab 
anak saya tak suka sayur” Sepatutnya memakan sayur oleh anak-anak perlu di 
latih….baru le orang kata…alah bisa, tegal biasa.

Kalau kita tengok orang cina…makan sayur umpama wajib ada dalam menu harian 
dia orang. Sebenarnya mencelah selalu intai cina-cina makan, nampak sedap 
bukan main….tapi bukannya ada apa sangat dia punya lauk…tapi mesti ada. Depa 
makan moi….(nasi lembek) lepas tu ada ikan masin dan sayur kailan. Kau orang 
tengok dia orang punya jolok-jolok telan….jolok-jolok telan…jolok-jolok 
telan.

Bila orang melayu ni dah malas sangat nak mengonyah makan sayur…jadi lahir 
le…..jus-jus sayur, seperti jus pegaga. Yang mencelah tahu, jus pegaga di 
keluarkan oleh syarikat HPA (Al-Wahida). Walaubagaimanapun pengambilan sayur 
melalui minum….bukannya ada uummppp sangat. Kita dah biasa ….kalau orang 
perak makan dengan sambal nyur, kalau orang kl cicah sambal belacan, kalau 
orang kelantan….cicah dengan budu, tapi  kalau orang melaka cicah dengan 
cincaluk kot?

Bila cakap tentang jus ni , mencelah teringat ada syarikat dari luar negara 
mengeluarkan liquid chlorofil. Ia ada lah ektrak daripada tumbuhan yang 
bernama Alfalfa. Yang menariknya tumbuhan ini ialah kerana ia adalah 
tumbuhan yang mempunyai kandungan iron dalam chlorofil yang paling tinggi 
berbanding tumbuhan lain di muka bumi ni. Jadi ada baiknya kalau syarikat 
al-wahida tu….ektrakkan chlorofil pegaga, daripada membuat jus daun yang di 
kisar sahaja.

Dari sebuah jurnal yang mencelah baca, ada mengatakan bahawa apabila kita 
mengambil sayur dalam bentuk asal, hanya 50% sahaja chlorofil yang di serap 
oleh usus. Berbanding dengan pengambilan ektrak klorofil…..90% ianya di 
serap diusus kerana dalam bentuk chlorofil ia tidak disaluti oleh 
lemak….jadi ini memudahkan usus untuk menyerapkannya. Yang menariknya, 
chlorofil mempunyai morforlogi dan fungsi yang sama seperti sel darah merah 
dengan masing-masing ada iron iaitu dalam sel darah merah ferem dan 
chlorofil pula magnesium.

Penemuan bahawa chlorofil menyerupai darah manusia telah membawa kepada 
chlorofil menjadi bantuan pemakanan yang berguna bagi badan manusia. Ia 
diketahui berupaya membesihkan badan dan terutamanya menguatkan tindakan 
pengedaran, sistem usus dan sistem saluran peranakan wanita.Kalau orang 
pompuan yang mari period sangkut-sangkut...cukup bagus, hari ni 
minum....esok dia mari macam paip bocor.Jadi ahli-ahli sains juga telah 
mendapati bahawa chlorofil "menebalkan dinding-dinding sel badan haiwan yang 
hidup".Mencelah ingat, itu sebabnya lembu dan kambing tak pakai baju. 
Rasanya dah panjang mencelah merapu…..berhenti dulu ye.

[EMAIL PROTECTED]
(Hak cipta terpelihara)

p/s:  my stewe-mate, demo gi bekwah kena ngele ko? Ombo haghi ni tok cekak 
benar, semaleme gi deghat di wakaf cek yeh sampa je tigo pagi. Mato pedih 
tok leh nok buko. Mote anok sekoloh …5 kelo tigo ghrial, petai seratus 
pape…43 ghrial, pauh siku…..sekelo 3 ghrial, timun 10 bate….seghrial, duye 
selonggok…..10 ghrial, haga hok lain nok tahu gi deghat seneri lo 
weeee…..piteh kena belanar.



________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke