Mungkinkah ada esok atau lusa orang JAIS diturunkan .... ..???
On Sunday, June 25, 2000 "michel mick" wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Sila rujuk Berita Minggu semalam,, dah mula dah tunjuk jaguh membela
>kemungkaran,,.........................
>
>Oleh WAN HAZMIR BAKAR dan AZRINA AHZAN
>KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
>menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangkap orang
>Islam yang berada di premis yang ada menjual minuman keras, sebagai tidak
>tepat.
>�Kehadiran mereka di tempat seperti itu tidak seharusnya dijadikan alasan
>untuk menahan mereka,� kata beliau.
>Di Kuala Lumpur, katanya ada banyak tempat seperti restoran dan sebagainya
>yang menyajikan hidangan yang tidak boleh dimakan orang Islam. Jadi,
>tindakan menahan orang Islam yang kebetulan berada di tempat itu adalah
>tidak tepat.
>�Saya tidak tahu mengapa tindakan itu diambil. Jais lebih tahu kenapa
>tangkapan itu dibuat dan adakah wajar dilakukan.
>�Kalau begitu susahlah kerana kita terpaksa menyediakan restoran untuk orang
>Islam saja, barulah kita berasa selamat,� katanya selepas merasmikan
>persidangan antarabangsa anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia dan CIPTA
>di sini, semalam.
>Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais menahan 25 orang Islam
>dalam satu operasi yang dijalankan di Restoran The Ship, Damansara Utama, 11
>Jun lalu.
>Mereka kemudian dibawa ke balai polis Damansara untuk disoal siasat atas
>kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di
>dalam premis yang menjual minuman keras.
>Keesokannya, mereka dibebaskan tetapi diminta hadir di pejabat agama daerah
>Petaling di Jalan Othman dan dikehendaki mengikuti kelas kaunseling anjuran
>Jais selama tiga hari.
>Bagaimanapun, 15 daripada mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Syariah pada
>13 September depan atas tuduhan menghina Islam kerana mereka berada di dalam
>premis yang menyediakan minuman keras.
>Ditanya mengenai tuduhan yang dikenakan oleh Jais terhadap kumpulan terbabit
>yang dikatakan menghina agama Islam, beliau berkata: �Kita tidak tahu apakah
>jenis penghinaan yang dimaksudkan oleh Jais, tetapi jika kehadiran seseorang
>itu di tempat yang menghidangkan makanan dan minuman yang diharamkan, ia
>tidak boleh menyebabkan seseorang itu ditangkap.�
>Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Abdul Hamid
>Othman, berkata beliau belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian
>berkenaan.
>Abdul Hamid berkata, tindakan Jais itu dibuat mengikut undang-undang dan
>enakmen yang tertakluk dibawah pentadbiran hukum syarak negeri Selangor.
>�Walaupun ada usaha untuk menyeragamkan undang-undang di setiap negeri,
>bidang kuasa negeri masih kekal seperti biasa. Setiap negeri mempunyai
>bidang kuasanya sendiri, jadi kita perlu tahu perkara sebenar mengenai
>tindakan penguatkuasaan oleh Jais itu,� katanya.
>Mengulas mengenai hukuman yang akan dikenakan terhadap kumpulan terbabit,
>beliau berkata, mahkamah akan menentukan hukuman yang sesuai mengikut
>undang-undang Islam.
>
>________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "michel mick" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
-----------------------------------------------------------------------
FREE global voice/fax/e-mail in your mailbox at http://www.hotvoice.com