*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidak adil meyalahkan parti pembangkang bila murid bakar sekolah
Semalam di TV Dr Mahathir telah memberi pandangan bahawa murid sekarang bertindak liar
dan membakar sekolah adalah disebabkan perbuatan parti pembangkang yang mendidik
mereka supaya jadi begitu di sekolah-sekolah tadika mereka.
Yang menambah pelik kepada kita kejadian membakar rumah guru adalah berlaku di Johor
dan kejadian membakar sekolah pula berlaku di Selangor, sedangkan kita tahu Johor dan
Selangor adalah negeri yang parti pembangkangnya tidak kuat.
Kalaulah parti pembangkang yang mendidik anak-anak ini supaya melanggar dan tidak
menghormati undang-undang, tentulah kejadian bakar sekolah ini akan berlaku di
Terengganu, Kedah atau Kelantan.
Nampaknya ini satu lagi fitnah yang nyata yang dibuat oleh Dr Mahathir kepada parti
pembangkang negara ini.
Bila kita menuding satu jari kepada orang lain maka banyaklah jari lain yang akan
menuding semula kepada kita. Dr Mahathir begitu terkilan dengan parti pembangkang yang
telah mengambil budaya asing yang telah menyebabkan orang ramai tidak lagi menghormati
undang-undang.
Samada sedar atau tidak semasa beliau mengeluarkan kenyataan itu, bahawa sebenarnya
saban hari kita telah didedahkan dengan budaya asing dan liar melalui media elektronik
seperti TV dan media cetak. Bertahun lamanya kita telah dididik dengan budaya liar
ini, cerita-cerita ganas, unsur-unsur sex yang mengghairahkan, kekasih yang bercumbu
rayu dipaparkan hampir setiap hari di kaca TV kita. Usahkan budak-budak mentah, kita
yang dewasa ini pun senang-senang boleh terpengaruh. Wallahualam.
http://www.geocities.com/aliasof/islam.htm
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]