*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenyataan Akhbar
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli
Pengerusi Lajnah Perumahan dan Alam Sekitar PAS Pusat
27 Jun 2000


GOTONG-ROYONG PERDANA MEMBERSIHKAN MARKAZ TARBIAH PAS PUSAT, TAMAN
MELEWAR.

Sebagai menyahut seruan dan teguran dari berbagai lapisan masyarakat
amnya dan dari
berbagai golongan ahli-ahli dan kepimpinan PAS sendiri yang begitu
prihatin dan
mengambil berat tentang imej PAS yang ditonjolkan oleh pusat aktiviti
PAS  iaitu
Markaz Tarbiah Pusat, maka kami dari Lujnah Perumahan dan Alam Sekitar
serta Unit
Amal dan Unit Amal Nisa' Walbanat (UANWB), mengambil inisiatif untuk
mengadakan
program yang tersebut diatas.

Program tersebut akan diadakan pada hari Ahad 9 Julai 2000 bersamaan 7
Rabiulakhir
1421 bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

Pada masa yang sama UANWB Pusat akan mengadakan Jualan barangan terpakai
untuk
menghabiskan stok yang berada didalam Bilik 'Klinik Rufaidah'.

Pihak kami sangat berharap agar program ini dapat dihebahkan kepada
semua ahli dan
penyokong-penyokong PAS sebagai menunjukkan pengorbanan ikhlas terhadap
perjuangan
PAS itu sendiri. Suka diingatkan disini, sebagai memulakan budaya baru
dan sihat
dalam aktiviti PAS, hendaklah dimaklumkan juga bahawa makanan dan
minuman pada hari
tersebut dibawa dari rumah masing-masing ataupun dibeli sendiri. Ini
untuk
memudahkan pelaksanaan program dan juga tidak mahu membeban kepada pihak
tertentu
sahaja.

Sukarelawan-sukarelawan pada hari tersebut hendaklah lengkap
ber'senjata'kan
peralatan mencuci, peralatan membaiki, peralatan plumbing dan wiring
serta
sebagainya yang difikirkan perlu.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Agung Jalan
Pahang
Barat 03 40214735 (Dr Hatta), Pejabat DMPP 036877517, 03 6895612, Badrul
012
2785200 dan Abd Aziz 03 7374584.






Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke