*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-KENYATAAN MEDIA-
DATO’ FADZIL MOHD. NOOR
PRESIDEN PAS
27 JUN 2000

‘PEMIMPIN UMNO  PERSENDA ISLAM’

PAS memandang serius perbalahan yang sedang berlaku antara pemimpin Umno
dengan
Jabatan Agama Islam Selangor, berikutan langkah pegawai dan kakitangan
Jabatan
tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam
sebuah pub
di Damansara Utama, Selangor.

Tindakan JAIS adalah selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam enakmen
kerajaan
Negeri Selangor yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional sendiri.
Kita
dimaklumkan bahawa tindakan yang diambil oleh JAIS adalah berikutan
banyak aduan
daripada orang ramai dan hasil siasatan pihak JAIS sendiri. Malah
serbuan ini tidak
dilakukan oleh JAIS sahaja tetapi disertai oleh pihak Pegawai Kerajaan
Negeri dan
Rela.

Maklumat lain juga menunjukkan bahawa tangkapan yang dibuat hanya
melibatkan mereka
yang mencemarkan imej Islam yang bekerja sebagai ‘Guest Relation
Officer’ (GRO) dan
pelayan pub yang menghidangkan minuman keras. Pengunjung dari kalangan
orang awam
tidak ditahan. Akibat laporan berita yang tidak tepat oleh media perdana
pro-Umno,
rakyat menjadi keliru dan mendapat gambaran salah terhadap tindakan
pegawai JAIS
tersebut. Berdasarkan maklumat baru ini, kita mendapati bahawa tindakan
JAIS itu
adalah bersesuaian dengan kehendak Islam dan perlu diberi sokongan oleh
segenap
lapisan masyarakat Islam.

Kenyataan melulu Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi
memberi
tamparan hebat kepada usaha-usaha memelihara imej Islam di negara ini.
Sepatutnya
beliau mendapatkan laporan lengkap daripada pihak berkenaan sebelum
membuat
sebarang kenyataan. Ini menunjukkan sikap sebenar pemimpin Umno terhadap
Islam,
yang cepat melenting tanpa usul periksa apabila sesuatu isu berkait
dengan Islam
ditimbulkan, sehingga memberikan imej yang amat negatif terhadap Islam
pada
pandangan masyarakat bukan Islam. Cara Timbalan PM itu mengingatkan kita
tindakan
sama yang dibuat oleh Dr. Mahathir dalam menentang tangkapan Ratu Cantik
dalam
tahun 1997 yang akhirnya menyebabkan Mufti Selangor ketika itu dipecat.

Setiap kali pemimpin-pemimpin Umno berbicara tentang Islam, mereka
menimbulkan
perkara-perkara yang boleh menakut-nakutkan rakyat terutama orang bukan
Islam.
Dengan cara inilah mereka boleh beralasan bahawa negara ini tidak boleh
mengguna-pakai hukum dan undang-undang Islam. Dalam isu ini kenyataan
susulan yang
dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Melaka jelas

membuktikan hakikat ini.

PAS bersimpati dengan pegawai dan kakitangan JAIS yang diserang oleh
ahli politik
yang berkepentingan bagi kali yang kedua selepas isu ratu cantik pada
tahun 1997.
Kami yakin umat Islam yang cintakan agamanya pasti bersama mereka untuk
menegakkan
kebenaran.


DATO’ HAJI FADZIL MOHD. NOOR.
PRESIDEN PAS







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke