*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject:
        [sangkancil] Interview With Nik Aziz
   Date:
        Tue, 27 Jun 2000 18:18:26 +0800
   From:
        Robert Kee <[EMAIL PROTECTED]>
     To:
        [EMAIL PROTECTED]




This interview was published (thoroughly edited) in English in The Star


http://thestar.com.my/online/newsreport.asp?file=/2000/4/30/focus/30csaziz.asp&newspage=focus



http://thestar.com.my/online/newsreport.asp?file=/library/2000gen/29kelant.asp

Saturday, April 29, 2000

Interview with Nik Aziz

Full transcript of The Star journalist Nick Leong's interview with
Kelantan
Mentri Besar and PAS spiritual adviser Datuk Nik
Aziz Nik Mat. This exclusive interview was conducted in Bahasa Malaysia

Nick Leong: Tok Guru pandai berbahasa Inggeris?

Nik Aziz: Saya lompat-lompat sahaja, broken English. Dulu, sewaktu saya
di
Kaherah, saya boleh baca Egyptian Gazzette tapi
sekarang ini, tak boleh, rugi betullah.

Q: Saya diberitahu Tok Guru fasih dalam berjenis-jenis bahasa.

Nik Aziz: Saya fasih Bahasa Arab, Bahasa Urdu. Dulu Inggeris pun tahu,
boleh cakap, tapi tak ada praktis, hilang. Bahasa
Parsi sikit-sikit.

Q: Boleh beritahu sedikit latar belakang Tuan Guru?

Nik Aziz: Rumah saya sekarang adalah tanah tumpah darah saya, Kampung
Pulau
Melaka, Kota Baru.

Keluarga saya adalah keluarga guru agama dan juga puak tani, suka
menanam
pokok-pokok, buat kebun sendiri dan orang tua,
bapa saya ini yang beri semangat, jangan bergantung rezeki pada orang
lain.

Orang tua saya sendiri tanam kebun getah, ada kebun rambutan, kebun
durian.
Dia cukup marah kalau hanya bergantung pada
sedekah. Sedekah tahutak? Derma. Dia cukup marah.

Dia tidak minat dengan berniaga. Dia minat dengan berkebun. Sampai
sekarang
pun, saya dekat dengan tani, petang-petang saya
tanam pokok dulu.

Sekarang ini, pokok durian saya tanam, pokok kelapa saya tanam, pokok
pisang saya tanam, semua boleh berbuah semua boleh
makan. Tapi sekarang tidah sihat, tak boleh cangkul. Sekarang tembak
tupai
dan tebas rumput-rumput untuk berpeluh sahaja.
Tebas rumput dan pokok yang ganggu durian.

Q: Bagaimana dengan keluarga Tuan Guru?

Nik Aziz: Adik-beradik saya 17 atau 18. Orang tua saya kahwin empat,
jadi
adik-beradik saya ramai.

Semasa remaja habiskan masa saya untuk belajar. Orang tua saya ini,
disamping dia pergi berkebun, dia bawa saya pergi sama,
pagi-pagi belajar buku dulu, belajar kitab dulu. Malam dia kejut saya
sembahyang subur, baca Quran, terjemah Quran. Kemana
pergi pun dia bawa saya bukanuntuk buat kerja tapi untuk mengaji dengan
dia.

Kerja sikit-sikit tapi belajar banyak, dia suruh saya hafal syiar-syiar
dari Bahasa Arab bagi perkukuhkan Bahasa Arab dan
saya ini sekarang sedang menikmati kesan yang ditinggalkan oleh orang
tua
saya iaitu dalam kepala saya banyak ingat ayat-ayat
Quran yang menyebabkan dalam ucapan-ucapan saya selalu selit dengan
pantun-pantun Bahasa Arab, ayat-ayat Quran dan
hadith-hadith.

Q: Tuan Guru rasa tunjuk-ajar sedemikian tidak lagi dilakukan oleh
ibu-bapa?

Nik Aziz: Betul. Ibu-bapa dulu mementingkan akhlak anak-anak. Cukup jaga

akhlak anak-anak. Ibu-bapa sekarang umumnya turut
arus.

Kalau kerajaan suruh belajar, belajar. Kalau kerajaan suruh tinggi
akademik, tinggi akademik. Akhlak hampir tidak
dipedulikan langsung. Ini sungguh mendukacitakan.

Hasilnya, sekarang ini kita dapat lihat, anak-anak, belia-belia yang 20
tahun dahulu tidak dipedulikan akhlak dalam sukatan
pelajaran dan 20 tahun orang Melayu sudah mengenepikan tulisan Jawi,
sekarang kita sudah boleh tengok, anak-anak sudah tidak
boleh baca kitab agama, tidak boleh baca Quran.

Dan sekarang ini sudah menjadi bebanan keatas kerajaan membelanjakan
wang
begitu banyak untuk jaga belia-belia yang sudah
(ketagih) dadah dan sebagainya kerana agama mengajarkita bahawa semua
gerak
geri kita di muka dunia ini, kesannya dapat
dilihat pada hari akhirat nanti, the last day. Tekanan dari pelajaran
ini
dulu kuat. Sekarang tekanan itu sudah tidak ada.

Q: Apakah yang mendorong Tok Guru untuk berkecimpung dalam politik?

Nik Aziz: Puncanya begini. Bila saya balik daripada luar negeri pada
tahun
1962, saya menjadi guru.

Tahun 1962 ini, keganasan Parti Perikatan terhadap ahli ulamak begitu
mendukacitakan, selalu tangkap ulamak, tangkap tok
guru kampung, tangkap tok guru pondok.

Kerja ini bercanggah sekali-kali dengan Islam. Ia tidak pernah berunding

dengan orang ini, tidak pernah ajak muzakarah.
Tangkap dan sumbat, ISA terus.

Banyak ahli ulamak Kelantan kena ISA di Batu Gajah. Saya perhati ini
perbuatan tak betul. Saya tak kata apa, cuma
ucapan-ucapan saya pada tiap-tiap malam, cara Islam.

Masyarakat bila dia dengar, anggap saya ini orang PAS kerana ucapan
saya,
kata mereka, mirip dengan PAS. Saya tidak menjadi
orang PAS tapi penonton dengardan kata "Dia ni orang PAS." Bila berlaku
kematian seorang wakil rakyat, wakil parlimen
Kelantan Hilir, sekarang ini ditukar menjadi Pengkalan Chepa, namanya
Haji
Ahmad Prai.

Haji Ahmad ini orang Seberang Prai. Dia menjadi wakil rakyat parlimen
Kelantan Hilir. Bila mati hamba Allah ini, tahu-tahu
saya dipilih menjadi calun.

Saya tengah mengajar di Maahad Muhammadi datang wakil rakyat Panchor,
Pak
Nik Lah Arshad, dia kata "Ustaz, Datuk Asri minta
ustaz pergi kerumah dia sekarang."

Saya kata "Pasal apa?" "Entahlah" kata dia, "Orang ramai tengah tunggu
ustaz."

Saya pun berhenti daripada mengajar , terus pergi kerumah Datuk Asri,
tahu-tahu, ahli jawatankuasa agung PAS datang
mesyuarat sini, memilih calun baru untuk mengganti Allahyarham Haji
Ahmad
Prai.

Jadi Datuk Asri kata, "Ustaz, kami buat keputusan supaya ustaz menjadi
calun." Terus dia bagi kepada saya wang RM500 bayar
gaji sebulan.

Saya terus pergi ke Majlis Agama, kerana ketika itu Maahad Muhammadi
dibawah Majlis Agama, jumpa Tengku Seri Utama sebagai
pengerusi Majlis Agama Islam Kelantan beritahu saya terpaksa berhenti
kerana saya telah diminta oleh parti PAS untuk menjadi
calun. "Ini duit RM500."

Bila saya beri, terlebih tiga ringgit. Saya ambil duit RM3 dan beri
balik
pada Datuk Asri. Saya kata "Ini duit lebih." Dia
pun terima.

Mulai daripada situlah, saya menjadi orang PAS. Jadi ahli PAS tiga hari
sebelum daripada menjadi calun, tahun 1967. Kalau
tak silap saya bulan sepuluh (Oktober). Mulai dari situlah saya menjadi
orang PAS dan berkempen menjadi calun dan saya
menang.

Mulai dari situlah sampai hari ini saya tak berhenti-henti jadi wakil
rakyat, apa boleh buat, nasib saya. Itu cerita saya,
bukan saya masuk PAS tapi dimasukkan saya dalam PAS dan saya setuju.

Q: Sebab?

Nik Aziz: Saya setuju sebab PAS memperjuangkan Islam. Islam ini menjadi
agama yang dibawa oleh nabi-nabi. Sejak daripada
Nabi Muhammad naik ke Nabi Isa, naik ke Nabi Musa terus. Semua nabi-nabi

bawa Islam.

Kita sebagai orang Islam, Melayu baik Cina baik India baik mana-manapun,

mesti jaga Islam. Melayu tak payah dijaga kerana
Melayu ini, jaga pun Melayu, tak jaga pun Melayu.

Bangsa Melayu serupa juga bangsa Cina, orang jaga bangsa ini tak betul.
Kita jaga benda yang boleh jadi hilang, barulah kita
perlu jaga.

Bangsa Melayu, dia tidak akan hilang. Bangsa Cina pun dia tidak akan
hilang. Bangsa eskimo, bangsa asli pun dia tidak akan
hilang. Perlu apa kita jaga?

Yang jaga ini ialah benda yang boleh jadi hilang. Islam ini boleh jadi
hilang. (agama) Kristian boleh jadi hilang, (agama)
Yahudi boleh jadi hilang. Hak ini yang kita kena jaga.

Bila jaga Islam, Melayu juga terjaga sama, Cina juga terjaga sama, India

juga terjaga sama kerana Islam mengajar bahawa
Melayu, Cina, India, seluruh manusia dunia ini hanya daripada seorang
bapa.
Bapa orang Melayu Adam, bapa orang Cina juga
Adam, bapa orang Inggeris juga Adam. Jadi ia (Islam) satu ajaran yang
cukup
baik, ajaran yang penuh dengan perpaduan.

Bila bapa kita satu, ibu kita pun satu, ertinya kita ini adik-beradik.
Cumanya dua pupu, seribu pupu, sepuluh ribu pupu tapi
darah manusia semuanya satu dari Adam waalaisalam.

Satu ajaran yang cukup penuh dengan keamanan, dan kesaudaraan. Melayu
walaubagaimana miskinpun Melayu, bagaimana kuruspun
Melayu. Cina juga, kurus pun Cina, gemuk pun Cina, kecil pun Cina, tua
pun
Cina, tak perlu dijaga. Bangsa tak perlu dijaga.

Q: Apakah pengaruh politik Tok Guru?

Nik Aziz: Ilham politik ini pertama dari ajaran, didikan, kedua daripada

Quran, yang ketiga daripada guru-guru yang saya
terima di India, terima di Pakistan, terima di Mesir. Guru-guru dan
bacaan-bacaan serta alam sekitar yang berlaku, semuanya
memberi ilham pada saya untuk memperjuangkan Islam.

Q: Apakah peristiwa yang meninggalkan kesan paling dalam pada Tok Guru?

Nik Aziz: Sebelum saya dilantik menjadi wakil rakyat, saya juga sebagai
wakil rakyat kerana saya selalu berceramah.

Orang tua saya, dia suruh saya, tiap-tiap hari Jumaat, dia tidak beri
saya
sembahyang di satu tempat. Dia suruh saya pergi
merata-rata.

Saya guna motosikal Honda 70cc, semasa saya jadi guru, saya guna inilah
kemana-manapun.

Oleh kerana saya menjadi guru, ramai murid-murid saya bertaburan
diseluruh
Kelantan. Kemana saya pergi, umumnya ada anak
murid. Anak murid itu beritahu bapanya, "Ini guru kita pak" atau "Ini
guru
kita mak."

Jadi akhir sekali tiap-tiap hari Jumaat, saya pergi sembahyang Jumaat
ada
orang kenal saya kerana kampung itu juga ada satu
dua anak murid, kampung ini juga ada satu dua murid. Ini menyebabkan
saya
semakin popular.

Saya tak cadang langsung jadi wakil rakyat, tapi sebagai orang Islam,
menjadi kewajipannya sebar ilmu. Dimana saya pergi,
imam masjid minta saya berkhutbah. Bila orang tahu saya belajar di
India,
Mesir dan Pakistan, dia suka dengar ucapan saya,
sampai sekarang pun alhamdulilah. Mungkin kerana sambutan ini, ilham
saya
sebagai pemimpin semakin mendalam.

Lebih-lebih lagi, Parti Perikatan zaman dulu nampak sangat kesilapannya.

Kesilapannya pertama, guna kekerasan. Selalu guna polis ugut orang
kampung,
sedangkan polis ini anggota kerajaan. Perikatan
ini parti. Bagaimana mereka mempergunakan alat kerajaan untuk menegakkan

parti. Ini saya belajar di universiti. Ini salah.

Masa pilihanraya juga mereka mempergunakan jentera kerajaan,
kereta-kereta
kerajaan, radio, TV. Ini harta kerajaan, bukan
harta parti mereka guna sedangkan apa yang kita belajar di universiti
lain.
Sekarang ini, semakin ramai pelajar keluar dari
universiti tiap-tiap tahun, beribu-ribu. Makin orang lagi orang marah
pada
Umno yang mempergunakan harta kerajaan.

Saya tertarik dengan ucapan Datuk Shahrir (Samad), ketua Umno Johor
Bahru,
dalam sebulan lepas. Dia marah kepada Umno kerana
Umno sudah tidak tahu beza antara kerajaan dengan parti. Dia
mempergunakan
harta kerajaan untuk parti.

Sebarang masaalah dalam Umno, dia kata, gunakan kekerasan, gunakan
undang-undang. Sedangkan kebijaksaan parti perlu
dipergunakan, bukan dengan undang-undang. Dia semakin parah sekarang
penyakit dalam Umno.

Bila kita terang benda itu pada masyarakat, masyarakat terima. Sebab itu

masyarakat makin menyingkirkan Umno kerana Umno
membawa jalan yang salah, dari segi demokrasi pun tak betul, dari segi
Islam pun tak betul. Sebab itu, NGO semakin ramai pada
alternatif.

Sekarang ini di Taiwan, kerajaan yang memerintah 54 tahun tumbang dan
sebelum itu Suharto juga tumbang, itu menambahkan
semangat masyarakat disini dan Umno tidak boleh sekat benda ini kerana
tv,
internet semua sekali sebut.

Q: Ada yang berkata Tok Guru mempunyai pandangan serong terhadap wanita.

Nik Aziz: Perkataan serong ini diguna oleh Umno pada saya bagi
menyingkirkan saya dari masyarakat.

Macamana saya nak memandang serong kerana ibu saya ini wanita, isteri
saya
pun wanita, anak-anak saya pun ramai yang wanita,
dan Nabi Muhammad pesan kepada orang ramai supaya belajar sebahagian
daripada agama daripada isterinya sendiri.

Oleh yang demikian, tak timbul masaalah pandang serong pada wanita. Apa
yang ada ialah saya nak baiki, saya nak baiki
kerosakan masyarakat memperalatkan wanita untuk tujuan seks yang semakin

berkembang sekarang dan untuk tujuan melariskan
kommoditi mereka dalam iklan-iklan.

Ini saya kata tak betul, mempergunakan wanita, gambar-gambar wanita
dalam
iklan kommoditi perniagaan, ini tak betul. Ini
memperlekehkan wanita, meletakkan wanita sebagai satu barangan untuk
perniagaan. Banyak lagi cara lain untuk tarik pelanggan
membeli baranga kita. Ini semua propaganda Umno.

Umno tak ada modal selain daripada berbohong. Berbohong ini, kalau ada
tekniknya, memang orang percaya tetapi tidak semua
masa, tidak semua tempat, tidak semua orang, not everyone, not every
place,
not every time.

Q: Kenapakah Tok Guru selalu dibayangi kontroversi? Contohnya isu
Raja-raja
dan komen Tok Guru mengenai orang Cina.

Nik Aziz: Cakapan saya diakui benar. Kalau orang Cina terima Islam, maka

dengan sendiri orang Cina tidak akan buat benda
benda seperti arak, sebagai tauke arak. Orang Cina yang berugama Buddha,

berugama Kristian, semua tahu. (Ugama) Buddha tak
mahu bagi orang mabuk, Kristian pun tak mahu bagi orang mabuk, ugama
manapun tak mahu bagi orang mabuk. Jadi percakapan saya
itu betulkah salah?

Kalau cakap saya salah, apa boleh buat, tarik balik, tak apa. Tapi kalau

cakap saya betul, nak marah juga, itu tak betul.

Yang keduanya, boleh jadi orang Cina tersentuh hatinya kerana saya kata
kalau orang Cina masuk Islam.

Boleh jadi tersentuh kerana Islam ini di momok-momokkan, diperlekehkan
oleh
golongan orientalis, diperlekehkan pula oleh
orang Umno. Umno selalu sebut, "Islam ni melampau, Islam ni extremis."

Maka boleh jadi sebahagian orang Cina ini terpengaruh dengan cakap-cakap

Islam ini melampau. Jadi bila saya kata, "Kalau
orang Cina masuk Islam," (orang Cina berfikir)"Apa itu Tok Guru suruh
saya
jadi orang extremekah?" Boleh jadi begitu agaknya.

Sebab itu ada orang Cina rasa tak sedap dengan cakap saya tetapi
sekali-sekala saya kena sebut benda baru. Saya sebagai
pemimpin mesti ada idea. Takkan saya nak sebut benda yang sama
puluh-puluh
tahun. Mesti ada satu, lepas satu, satu, lepas
satu. Itu kewajipan saya sebagai pemimpin.

Soalnya betul atau tidak percakapan saya bahawa kalau orang Cina terima
Islam, banyak benda benda yang macam mabuk, macam
arak, orang Cina bila masuk Islam, mesti tidak minum arak.

Dalam Kristianpun, orang Kristian tidak minum arak, kalau orang Kristian

benar-benar, bukan? Begitu juga masaalah disko,
perempuan. Kebanyakan kedai-kedai disko, tari-menari, nightclub dipunyai

oleh orang Cina. Kalau orang Cina itu juga, tauke
Cina, masuk Islam, adakah dia nak terus dengan disko atau pob (pub).
Masaalahnya, benda yang saya cakap itu salahkah betul.

Sampai sekarangpun saya tak nampak percakapan saya salah, cuma boleh
jadi
pendedahan, cara saya dedah itu boleh jadi kasar
sikit. Kalau hak itu, saya minta maaflah. Pendedahan kasar itu apa boleh

buat. Sekali-sekala takkanlah saya tak mahu dedah
benda-benda yang baru-baru. Barulah ucapan saya itu menambahkan ilmu
pengetahuan kepada pendengar-pendengar.

Q: Ada yang berpendapat pandangan simplistic Tok Guru tidak realistic
kerana masaalahnya rumit. Memasuki Islam sahaja tidak
akan dapat menghapuskan segala dosa-dosa didunia. Terdapat juga orang
yang
berugama Islam yang melakukan dosa-dosa. Kalau
bukan dengan arak atau berjudi, dengan melakukan dosa-dosa lain.

Nik Aziz: Baik, soalnya adakah ucapan saya 100% simplistic begini.
Jarang-jarang sekali saya sebut. Tidak tiap-tiap kali
saya guna syurga dan neraka.

Saya, kalau tuan check balik ucapan saya, hampir 80% saya tidak guna
sistem
itu tetapi sekali-sekala saya kena sebut bagi
membolehkan masyarakat, khasnya masyarakat Melayu didunia ini ingat akan

akhirat.

Misalnya begini, saya kata, "Jangan berniaga dadah, jangan hisap dadah,"

nanti kamu kena gantung sampai mati. Adakah salah
ucapan saya begitu? Tak salah.

Polis pun sebut, mahkamah pun sebut, wartawan pun sebut. Jadi kalau saya

guna simplistic mengenai dengan dadah orang tak
marah pada saya tapi kenapa kalau saya guna simplistic dengan akhirat,
dengan syurga, orang marah kerana apa? Ini kerana kita
tipis semangat beragama.

Kristian juga tipis, orang Islam juga tipis, orang Buddha juga tipis.
Adakah saya akan biarkan tipis semangat berugama ini
berterusan? Ataupun saya mesti tebalkan? Orang Kristian juga mengaku
neraka
ada, orang Buddha juga mengaku neraka ada. Jadi
bagaimana hendak mengejutkan masyarakat neraka itu ada kalau saya tidak
sekali-sekala mengaku neraka itu ada.

Saya tidak sebut tiap-tiap hari, tiap-tiap ucapan saya tidak sebut.
Sekali-sekala saya kena sebut tali gantung atas dunia
ini, saya sebut rotan, "Kamu buat begini, kamu kena rotan 40 kali."
Adakah
saya salah dari segi undang-undang?

Semua hakim setuju, semua polis setuju. Jadi kenapa ini setuju, itu tak
setuju? Ini menunjukkan mereka marah kepada saya
(kerana) menebalkan semangat agama. Agama Buddha pun setuju, Kristian
pun
setuju.

Oleh kerana penceramah-penceramah politik banyak menggunakan isu
semata-mata, tidak sebut masaalah akhirat, saya mesti ada
panduan saya sendiri. Tak boleh saya turut orang lain. Kesimpulannya,
saya
mahu tebalkan semangat agama. Semua agama tahu
neraka dan syurga ada, tapi orang tak mahu cakap.

Pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur tak sebut sebut dan neraka. Adakah saya
juga
tak akan sebut begitu sedangkan benda itu ada?
Soalan ini bagus. Saya berpuas hati jawab.

Q: Masaalah-masaalah politik yang dihadapi oleh negara kita sekarang.
Adakah ia semakin rumit atau sama sahaja dengan 50
tahun lalu?

Nik Aziz: Sebagai seorang (dari) parti pembangkang, yang mahu sebarkan
Islam melalui parti politik, bagi saya sekarang
semakin mudah jalan ke politik kerana usaha menyebarkan Islam melalui
ilmu,
bukan melalui kekerasan, bukan melalui ugutan,
bukan melalui ilmiah.

Dan saya nampak, tiap kali kemana saya pergi pun pendengarnya ramai
berbanding dengan penceramah Umno. Orangnya tak ramai
dan orang kampung nak jual air batu pun tak ada. Tak ada satu gerai yang

dibuka ditepi jalan untuk jual makanan ringan atau
air, tempat ceramah Umno tak ada.

Tapi orang PAS, petang-petang lagi orang datang ramai-ramai untuk
menjual
barang kerana orang tahu ramai. Bukannya kerana
kena kerah, dia datang sendiri. Orang tua, orang muda bawa anak.
Soalnya,
kenapa orang suka dengar ceramah PAS, khasnya saya
sendiri?

Semakin suratakhbar pro-Umno ini tuduh saya, semakin orang benci dan
semakin banyak kerusi-kerusi Umno kalah, kerana orang
tahu ini membohong. Saya kalau orang Umno marah, tulis dalam suratkhabar

Umno tulis berat-berat, saya kata "Bagus, ini
menimbulkan kemarahan orang." Sebab itu saya tak jawab, saya tak marah.

Baru-baru ini, Berita Minggu, seorang bernama Said, tulis teruk-teruk
pada
saya. Saya senyap, saya kata "Ini menambahkan
populariti aku. Orang akan benci dia, orang akan benci Umno automatik."
Macam dalam demonstrasi di Kuala Lumpur baru-baru
ini. Tak pasal-pasal suratkhabar besar-besarkan.

Akhir sekali, publisiti Keadilan (Parti Keadilan Nasional) bertambah.
Seminggu sebelum (demonstrasi) dia sudah bagi dah,
warning sana warning sini. Orang tak tahu pun sudah tahu. Ini publisiti
free pada Keadilan. Padahal kalau dia buat
senyap-senyap begitu, kalau orang buat demonstrasi, dia pergi suruh
balik,
sselesai masaalah. Tapi dua minggu sebelum, dia
sudah besar-besarkan.

Q: Mengapa ramai orang beranggapan PAS adalah seperti Taliban di
Afghanistan, negara mundur, tiada pembangunan, tiada hak
untuk wanita. Apakah komen Tok Guru tentang persepsi ini?

Nik Aziz: Kita tahu mengenai Taliban melalui suratkhabar. Tak ada orang
Malaysia pergi sendiri ke Afghanistan.

Usahkan kita nak dengar Taliban melalui suratkhabar, hak mengenai PAS
diKelantan pun orang tak boleh percaya. Hak yang
berlaku diKelantan pun tak serupa.

Hak lepas pilihanraya baru-baru ini, orang Cina dari luar negeri yang
datang ke Kelantan, dia kata "Hak yang kami lihat tak
serupa dari hak yang kita baca." Jadi apa yang berlaku beribu-ribu
kilometerkan?

Di Kelantan yang dua jengkal pun dia boleh berbohong. Dia Kata kami
tolak
pembangunan, kami buat huru-hara, barang-barang
disini mahal, banyak yang kena potong tangan. Itu bohong.

Sewaktu komunis berperang dengan Amerika, kita dengar semua
masjid-masjid
di negeri Cina diroboh, ahli ulama semua kena
bunuh, Al-Quran semua kena bakar. Ini yang kita baca dari suratkhabar
Amerika, propaganda.

Tapi yang saya pergi sendiri, negeri Cina, ke Beijing, ke Chengkiang,
tiga
tempat saya pergi, masjid-masjid masih ada, tok
imam masih ada. Ini propaganda Amerika memburukkan komunis kerana dia
berperang dengan komunis. Ini kenyataan.

Jadi suratkhabar kini sudah tidak bebas. Suratkhabar sekarang sudah
begitu
dikongkong, rakyat terpaksa baca satu jenis
suratkhabar sahaja. Bagi kami orang PAS nak jawab balik melalui
suratkhabar, tak boleh. Kalau dua kali seminggu, sekarang dua
kali sebulan.

Banyak isu-isu yang perlu diperjelaskan dah jadi basi. Jadi kita hidang
benda basi. Umno nak sangat PAS hidang benda basi,
sampai orang tak boleh terima. Cuba beri peluang untuk suratkhabar ini
bebas.

Orang parti pembangkang ini juga ada suratkhabar, orang parti kerajaan
juga
ada suratkhabar. Ketika itu rakyat nak
terpengaruh lagikah PAS itu Taliban atau rakyat berpandangan second
opinion.

Sekarang ini rakyat terima PAS macam Taliban kerana kami nak jawab tak
boleh. Bukan kerana kami macam Taliban tapi kerana
apa yang disebut mengenai PAS, kami tak boleh jawab. Nak ceramah dua
tiga
kali bolehlah cermah tapi kami pun sakit-sakit
demam juga.

Kesimpulannya, PAS tidak macam Taliban dan PAS tidak macam Saudi, PAS
juga
tidak macam Iran. PAS ialah seperti yang
tuan-tuan lihat sekarang. Kami ada pegawai wanita, pejabat saya pun
pegawai
wanita. Kami lantik wanita menjadi senator,
lantik wanita menjadi wakil perbandaran, lantik wanita menjadi
guru-guru,
jadi professor. Adakah ini macam Taliban?

Kami tidak minta wanita pakai tudung muka, apa yang kita minta ialah
tutup
aurat. Dia nak pakai macam India pun tak apa, nak
pakai macam Melayu pun tak apa, nak pakai macam Pakistan pun tak apa,
asalkan aurat ditutup, sudah.

Cukup lemah-lembut, dan cukup simple dan sederhana. Beri peluang kepada
kami juga untuk kebebasan. Kami menuntut hak
kebebasan untuk bersuara yang Umno sekarang tutup kami dan kalau perlu
kami
akan angkat kes ini ke PBB. Kami boleh sebut
bahawa Barisan Nasional ialah sebuah kerajaan yang begitu kuku besi,
menyekat kebebasan rakyat bersuara.

Q: Bolehkah dasar-dasar PAS dipraktikkan diseluruh negara?

Nik Aziz: Dulu dalam tahun 1951, waktu PAS di wujud dulu, PAS di
perlekeh.
Tapi saudara tengok sekarang ini banding dengan
tahun 1951 dulu, perbezaan terlalu banyak.

Kalau pertama, ketika itu orang tak faham Islam selain daripada
sembahyang-puasa, itulah suasana yang dibentuk oleh penjajah
bagi mengenepikan Islam daripada masyarakat.

Penjajah Inggeris tafsirkan Islam ini sebagai religion, tidak sebagai
addin, way of life. Religion pun orang Melayu panggil
ugama, addin pun orang panggil ugama. Tapi tafsiran lain-lain. Sekarang
PAS
mahu mendedahkan Islam kepada masyarakat dalam
bentuk addin, tidak dalam bentuk religion.

Dan ini memang dimarahi oleh Umno kerana Umno ni kepala dia bahawa Islam

ini religion, bukan addin, sedangkan Nabi Muhammad
sebagai orang pertama mentafsirkan Islam, Dia mentafsir Islam ini dalam
bentuk addin, dalam ibadat juga Islam, dalam aqidah
juga Islam, dalam ekonomi juga ada Islam, dalam rumahtangga ada Islam,
dalam budaya ada Islam, dalam sosial ada Islam, dalam
sukan juga ada Islam, semua sekali terlibat dengan Islam.

Itu yang kami hendak, itu yang kami tengah dedah dan itu yang
menimbulkan
kemarahan Umno, yang menjadi penganut setia bagi
penjajah Eropah, penganut setia bagi religion bukan addin.

Q: Apakah wawasan PAS untuk Kelantan dan Malaysia khasnya?

Nik Aziz: Wawasanini terletak diatas keaadaan. Saya tidak boleh sebut
benda
hak akan datang sekarang ini. Yang saudara lihat
sekarang mula dari saya pegang dulu berbanding dengan sekarang ini, baru
10
tahun telah banyak benda yang kami buat, sedikit
demi sedikit.

Yang pentingnya, saya berusaha bersungguh-sungguh nak memperkenalkan
Islam
kepada masyarakat, baik Melayu, baik Cina, baik
India, "Ini dia Islam, bukan sebagaimana yang disebut oleh Umno."

Islam yang saya bawa sekarang ini Islam sebagai addin yang menyebabkan
NGO
pun terima PAS, DAP pun terima PAS, PRM pun boleh
terima PAS, Keadilan juga terima PAS, Abim juga sekarang jadi calun PAS,

JIM pun jadi calun PAS. Ini sekarang baru ujud tapi
50 tahun dulu, mana kita boleh fikir DAP boleh terima sekali dengan PAS.

Sekarang DAP tengok dengan dia mata sendiri, dengar dengan telinga dia
sendiri bahawa Islam yang dibawa sekarang tak serupa
dengan fahaman masyarakat. Ini yang memarahkan Umno.

Umno sendiri tengok orang Melayu 70% pergi kepada alternatif, Cina juga
mari kepada alternatif, India juga, Siam juga mari
kepada alternatif. Ini benda yang menimbulkan kemarahan bukan kerana
pepecahan, kerana orang tak sokong Umno.

Saya tertarik dengan tulisan Azizi Abdullah dalam Harakah. Dia marah
pada
(Datuk Dr) Rais Yatim, sibuk nak buat
undang-undang baru asingkan ugama dengan politik sedangkan tak ada lebih

lagi pada orang Islam suka pada Umno, dia suka pada
PAS. Kenapa nak marah?

Kerana rakyat sendiri dulu pun tak suka pada Umno, masuk Barisan
Nasional.
Dia (Rais) bakar jambatan, kemudian juga tukar,
masuk Umno balik. Jadi kalau Rais Yatim boleh tukar parti begitu-begini,

kenapa dia marah orang lain tukar dari Umno kepada
alternatif.

Saya harap orang Cina tidak dikongkong oleh Barisan Nasiona. Orang Cina,

saya selalu sebut, lebih cerdik dari orang Melayu.
Kesihatan orang Cina lebih tinggi dari orang Melayu, kekayaan orang Cina

lebih dari orang Melayu. Orang yang begini kalau
boleh bimbing Islam, saya kata, "Lebih Baik."

Biar orang Cina memimpin Islam diMalaysia ini, biar orang Melayu turut.
Bagi saya tak apa. Bagi saya orang Cina, orang
Melayu, adik-beradik semua, anak (Nabi) Adam semua. Tak ada dalam kepala

saya Cina, Melayu, tak ada. Saya jalan tengok Islam,
masyarakat Cina, Melayu . . . Cina yang mempunyai pengalaman lebih
banyak
dari orang Melayu, kesihatan yang lebih baik,
kekayaan dia lebih tinggi, pengalaman dia lebih luas, orang yang macam
inilah memimpin Islam.

Q: Apakah pendapat Tok Guru bahawa orang bukan Islam menjadi ahli PAS?

Nik Aziz: Benda ini telah timbul dalam zaman Allahyarham Ustaz Zulkifli
Mohamed. Semasa dia masih hidup, sudah timbul
persoalan bolehkah tidak orang bukan Islam menjadi anggota bersekutu.
Tapi
kerana masa itu terlalu kehadapan soalan begini,
maka soalan itu tidak dibahas, bimbang Umno akan serang, Umno akan kata
macam-macam perkara.

Tapi sekarang ini, kalau timbul balik juga, boleh jadi boleh dibahas.
Sekarang ini, kalau orang bukan Islam tidak masuk PAS
pun dia sudah ada parti alternatif. Tak timbul masaalah dah, boleh atau
tidak orang bukan Islam masuk PAS.

Peringkat sekarang ini, dengan (Barisan) Alternatif, dia beri sokongan
pada
Keadilan, DAP atau PRM. Serupa saja, sama-sama
kita halau fahaman karut-marut yang dibawa oleh Barisan Nasional.

Q: Apakah pendapat Tok Guru tentang pemimpin Umno sekarang?

Nik Aziz: Saya sebut bahawa Dr Mahathir orang yang cerdik, orang yang
pintar. Tapi dukacitanya, dia gunakan kecerdikan dia
untuk memperjuangkan sekular.

Saya nak ulang jawapan saya yang lepas-lepas. Kalau dia ni, ubah dasar
parti dia, daripada sekular kepada Quran (dan)
Hadith, dan ubah dasar negara daripada sekular kepada Islam, saya dah
kata
dalam stadium (dalam satu ceramah) saya boleh
terima dia sebagai Perdana Menteri, saya boleh sokong dia terus-menerus
dan
syapun tak payah jadi Mentri Besar Kelantan.

Kalau dia kata Quran (dan) Hadith ini tak boleh diterima oleh orang
Cina,
kita bincang.

Kita panggil orang Cina yang tak setuju Quran ini, tak kena dimana. Itu
cara Islam dan sekarang ini tak payah bincang dah,
orang Cina sendiri pun boleh terima PAS memalui (Barisan) Alternatif.

Orang Cina di bandar Kota Baru sekarang pun undi Haji Anuar Tan
(Abdullah)
bukan kerana (Barisan) Alternatif tapi kerana
PAS. Dia tengok sendiri dengan mata dia, 10 tahun saya memerintah
Kelantan,
saya tidak pernah bezakan Melayu dengan Cina.

Semua duit-duit kerajaan saya bagi, kepada sekolah-sekolah Cina milik
tanah
kepada Sekolah Chung Hwakan? Saya beri milik
tanah dalam tanah rizab Melayu ditukar kepada sekolah Cina.

Saya tengok rakyat Kelantan ni, Cina baik, Melayu baik, orang yang
berpelajaran. Bila orang berpelajaran, dia tidak
mengarut. Orang lain nak tipu dia pun susah, dia pun tak kacau orang.

Q: Apakah pada pandangan Tok Guru, akan keadaan masyarakat dan negara
pada
tahun 2020?

Nik Aziz: Saya tak mahu jadi Pak Nujum tetapi saya harap rakyat tidak
terpengaruh dengan dakyah yang dibuat oleh Barisan
Nasional melalui menyekat kebebasan bersuara, suratkhabar baik, radio
baik,
TV baik, mereka pajak sebagai hak bapa mereka
sendiri.

Kalau sistem ini jalan terus, akan timbul bermacam-macam masaalah. Saya
bawa satu contoh. Dalam 30 tahun dahulu, berlaku
pembunuhan ahli ulama di selatan Thailand. Haji Sulung kena bunuh.

Kelmarin saya pergi ke selatan Thai dan saya tengok rakyat Thai begitu
sekali seronok hidup dengan kerajaan sekarang. Orang
Islam sendiri seronok hidup kerana kerajaan Thai memberi kebebasan
kepada
rakyat Thai untuk memilih siapa-siapa dan speaker
parlimen dia pun orang Islam, menteri luar pun Islam. Benda ini tak
berlaku
30 atau 40 tahun lalu.

Orang sana pun sebut, kalau Haji Sulung kemuka dia punya cadangan untuk
mencari keadilan sekarang ini, tetap kerajaan terima
dan tidak bunuh. Tapi zaman itu, zaman diktator.

Kerajaan zaman itu diperintah oleh diktator, maka tak boleh cakap. Siapa

cakap akan dibunuh. Jadi benda ini sama, nak
berlaku di Malaysia. Semua pembangkang buat tak betul semua, sedangkan
saya, peribadi saya sebagai mentri besar dan sebagai
anggota jawatankuasa PAS pusat dan mursyidul aam, sewaktu krisis ekonomi

negara, CNN memberi gembar-gembur kepada dunia
supaya Dr Mahathir berhenti, kalau tidak hancur ekonomi.

Bila wartawan datang pada saya, saya beritahu, "Saya tak setuju. Kalau
nak
suruh Dr Mahathir berhenti, serah pada kami.
Jangan kamu orang luar ganggu." Ini menunjukkan politik saya bukan
politik
hentam buta, politik saya ada panduan.

Saya parti pembangkang, nak suruh Dr Mahathir berhenti, beri pada saya,
beri pada PAS. Orang lain jangan ganggu, Amerika
jangan ganggu, CNN jangan ganggu, George Soros janggan ganggu. Dan Dr
Mahathir semacam beri hormat pada saya walaupun tidak
sebut nama saya, sebut, "Ada pembangkang yang menyokong saya."

Dalam masaalah raja-raja, bila dia ubah perlembagaan, mahu tarik balik
immuniti raja-raja, saya sokong, sedangkan saya
seorang mentri besar, dibawah seorang raja di Kelantan.

Tapi kerana benda dia buat itu betul, saya sokong tetapi dia memalukan
raja, ini saya tak sokong. Boleh baca balik
suratkhabar pada bulan September 1993. Banyak perkara-perkara yang
memalukan raja, ini saya tak sokong tapi tarik immuniti
daripada raja, saya sokong. Pada saya, manusia tiada yang kebal, kalau
yang
kebal yang ujud di muka dunia ini, tiada raja
yang lain selain daripada "Raja Muhammad."

Kalau Nabi Muhammad juga tidak kebal, bagaimana Raja-Raja Melayu boleh
kebal? Memang pahit tapi saya telan tapi memalukan
raja-raja, saya tak sokong. Usahkan memalukan raja, memalukan orang
kampung
pun tak boleh. Inilah sebabnya orang Cina pun
mula tertarik pada PAS.

Tokoh-tokoh Umno Kelantan sendiri, Haji Abdul Hamid yang menjadi ketua
penerangan 40 tahun dalam Umno sekarang masuk PAS
seumur hidup, bayar wang RM100. Jangan semua ucapan kami dipandang
lekeh,
itu tak betul. Itu bukan politik, itu gangster.

Saya masih ingat ucapan guru saya dalam kuliah undang-undang di Al-Azhar

University. Dia kata "Mu kena faham, gangster dan
kerajaan serupa sahaja. Gangster pun ada sistem dia, peraturan dia,
ketua
dia. Baki lagi, haram atau tidak, sah atau tidah
sah. Gangster tidak sah, kerajaan sah.

Kalau kita selalu ketepikan nasihat orang, apakah jaminan kita ini boleh

betul? Sedangkan kita bukan malaikat. Nabi pun,
Allahtaalah ajar supaya minta nasihat sedangkan Dia ada Jibrail
Allaisalam.
Ini tak boleh kritik sikit, demonstrasi sikit pun
tak boleh sedangkan demonstrasi ini hak kebebasan manusia. PBB pun boleh

terima. Tahun lepas di Seattle, pun ada demonstrasi.
Yang tak boleh pukul sini, bakar sana. Ini bukan demonstrasi, ini jahat.

Q: Tok Guru adakah teringat hendak bersara?

Nik Aziz: Saya tak ada rancangan untuk bersara dan saya tak ada
rancangan
untuk meneruskan kerja. Bersara pun tak ada
rancangan, meneruskan kerja pun tak ada rancangan. Terletak atas
keadaan.
Selagi Umno terus kacau, saya akan teruskan kerja
saya. Bila Umno insaf, sedar, perbetulkan kedudukan dia, maka saya fikir

tak payahlah saya duduk disini.




--------------------------------------------------------------------------------

To unsubscribe, send a blank message to
<[EMAIL PROTECTED]>
or go to <http://www.malaysia.net/lists/sangkancil>









 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nur <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke