*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekarang ni semua benda dah jadi complicated!! jadi serabut... jadi tunggang terbalik.
Semua perkara mesti ada pelbagai teori..seperti...KONSPIRASI, tak pun apa nama "GRAND
DESIGN", ataupun 'SEBALIK TABIR' tak pun "BONEKA...etc..etc..
Saya rasa kita terlalu bergantung kepada internet, Internet secara tidak langsung
adalah saluran perdana (prime channel) untuk gabungan Alternatif.
Tidakkah kita sedar apa yang kita perlu ada sekarang adalah media TV dan radio,
newspaper yang bebas.... .Iaitu media yang telah sedia ada, atau media baru tetapi
platform yang sama. (i.e bukan internet)
Internet is good.. internet is great fun and has a remarkable future. BUT NOW all we
need is a RELIABLE SOURCES. Saluran yang benar-benar bertanggungjawab, di ketahui
penulis dan penyiar dan sumber-sumber berita.
Tapi disebabkan 'nature' atau sifat internet yang terbuka kepada semua orang, ia belum
sesuai untuk menggantikan/replace TV, RADIO, SURATKHABAR HARIAN.
Contoh yang mudah dan yang terdekat.... ialah isu Hajjah Marina dan Dr. Chandra. Kita
dengar itu dan ini kita percaya, kita rasa memang orang yang berkenaan yang buka
mulut, buat kenyataan.
Alih-alih, keesokkannya ada pula penafian dari pihak tersebut. Apa nih?? Bukan kita
tak percaya kewibawaan Hajah Marina atau Chandra, yang kita pertikaikan adalah
kesahihan berita yang disiarkan.
Kita juga bukan nak kritik sesiapa, kita hormat Hajah Marina dan juga Dr. Chandra.
Sebab rasa hormat inilah kita nak dengar 'kenyataan' dari mulut mereka sendiri, dan
seboleh-bolehnya kita nak tapis khabar angin dan fitnah dari pihak yang tak
bertanggungjawab.
Katakan lah semua yang tersiar di internet tak berlaku langsung, .....bayangkan berapa
banyak "DAMAGE CONTROL" pihak parti nak kena buat?? betapa susah pemimpin parti
tersebut nak beri penerangan dan tenteramkan penyokong??
Menyusahkan saja...., kerja yang tak sepatutnya kena buat dan jadi bertimbun-timbun.
Akhir sekali bukan umno yang memusnahkan kita ..tapi kita sendiri, melalui internet,
kita tak tahu yang mana realiti yang mana 'maya'(virtual). Kita susah nak bezakan yang
mana benar-benar dari mulut pemimpin dan yang mana propaganda jahat umno. Akhirnya
kita bercakaran sesama sendiri dan kita menghabiskan masa memberi penerangan yang tak
perlu kepada beberapa rakyat. Dah lah tu berapa kerat sahaja yang ada internet.
Saya secara peribadi amat yakin bahawa si mahadet dan umno sedar sangat-sangat ruang
kelemahan ini, kelemahan internet dan kita yang bergantung penuh. Mereka memang dah
ambil kesempatan dari kelemahan internet.
Sebenarnya, internet yang kita anggap wadah perdana secara tidak langsung dan ada
ketikanya memberi keuntungan kepada musuh. Sebab itu akhbar-akhbar rasmi dan media
rasmi yang sepatutnya beri ruang kepada semua piahk, ditutup rapat. Hanya 'orang
jahat' saja boleh guna. Supaya kita lebih banyak menggunakan internet sebagai wadah
rasmi. Maka makin bertambah serabut organisasi kita, semakin mudah mereka menabur
fitnah.
Akhir sekali, saya sebut kita perlukan Surat Khabar dan TV radio, supaya pemimpin
boleh beri kenyataan rasmi. Internet sekarang ini sepatutnya hanyalah wadah kedua.
Internet...is actually.... CURSE IN DISGUISE!!
Saya harap sangat-sangat ada orang beri komen!! Terutama bagaimana nak desak supaya
kita dapat tempat dalam TV, Radio dan surat khabar harian.
Kalau tidak samalah diri saya seperti ...'Tikus yang nak mengantung loceng di leher
kucing, supaya ada amaran bila kucing datang.....TETAPi tikus mana yang nak gantung
loceng tu??.."
--
mai cek oii..mai cek mai..
kita ke negeri kedah....
aloqstaq
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "aloq staq" <[EMAIL PROTECTED]>