*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Cuba perhatikan petikan dari akhbar Utusan bertarikh 27/6/2000 mengenai
kenyataan Dr. M berkataan dengan pembayaran royalti kepada kerajaan
Terengganu:
1) Dr.M akui Terengganu adalah negeri termiskin sekali !!!!
2) Kemungkinan royalti yang akan diberi tak melebihi RM50 juta iaitu
berkurangan drpd jumlah yang sepatutnya & kebiasaannya diberi.
3) Kerajaan pusat akan meneliti penggunaan wang royalti oleh Terengganu.

How ironic!!!
Dr.M sudah semakin nyanyuk ke??? 
Kenyataan yang memakan diri sendiri, sendiri pecah tembelang. Terengganu
menjadi negeri termiskin disebabkan oleh siapa? Bukankah selama ini Umno/BN
yang kuasai!!! Oleh itu secara langsung kemiskinan Terengganu adalah angkara
Umno/BN!!! Tak gitu???
Apa yang Umno/BN buat selama itu??? Kemana perginya kekayaan hasil bumi
Terengganu dibawah kekuasaan Umno/BN?
Kenapa tak diteliti penggunaan royalti semasa Umno/BN perintah Terengganu
dulu?
Sudahlah Terengganu negeri termiskin, nak dikurangkan lagi pulak wang
royalti untuk rakyat Terengganu? Sebagai negeri termiskin sudah sepatutnya
menjadi alasan dan sebab yang lebih kukuh untuk memberi royalti yang lebih
kepada kerajaan Terengganu... Tak gitu????

Petikan dari Utusan: 
Peruntukan hak royalti minyak akan dikaji
SUBANG 26 Jun - Kerajaan Pusat akan mengkaji sama ada peruntukan
undang-undang memberikan hak kepada Terengganu untuk mendapatkan royalti
minyak dan jika tiada peruntukan sedemikian maka bantuan tertentu boleh
diberikan. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir berkata, bantuan tersebut boleh
diberikan dalam bentuk peruntukan khas atau bantuan lain yang sesuai. 
Bagaimanapun katanya, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu sama ada
pemberian royalti itu menjadi sebahagian daripada perjanjian dengan
Terengganu sebelum ini. 
''Setahu saya tidak ada hak bagi Terengganu mendapat royalti sementara Sabah
dan Sarawak memang berhak daripada awal lagi tetapi Terengganu dan negeri
lain tidak mempunyai hak seperti itu. 
''Sebab itu kita perlu kaji sama ada perlu bayar atau tidak,'' katanya
kepada pemberita sekembalinya dari menghadiri Sidang Kemuncak ke-10
Negara-Negara Membangun (G15) di Kaherah di sini, hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berita muka depan Utusan
hari ini mengenai kerajaan Terengganu pimpinan Pas akan menerima royalti
minyak sebanyak RM810 juta daripada kerajaan Pusat pada tahun ini. 
Jumlah tersebut adalah 75 peratus lebih tinggi daripada apa yang diberikan
semasa negeri itu diperintah oleh Barisan Nasional. Tahun lepas kerajaan
Terengganu dibayar RM426 juta. 
Difahamkan pembayaran royalti RM810 juta itu akan dibuat sebelum November
tahun ini. 
Utusan yang memetik sumber juga menjelaskan kerajaan Terengganu tidak
mempunyai sebarang hak ke atas royalti kerana petroleum yang diperoleh
selama ini adalah dari kawasan 100km atau lebih dari kawasan perairan
negeri. 
Kawasan ini ditakrifkan sebagai Continental Shelf yang tidak termasuk dalam
kawasan hak milik negeri. 
Dr. Mahathir mengakui, keuntungan Petronas pada tahun ini adalah lebih
tinggi berbanding tahun sebelumnya kerana pengurusannya yang baik. 
Begitupun, jelas beliau, pembayaran royalti kepada Terengganu perlu dikaji
semula. 
Ditanya jika royalti tidak dibayar akan menimbulkan masalah kepada
pembangunan negeri Terengganu, kata Dr. Mahathir: ''Undang-undang adalah
undang-undang.'' 
Dr. Mahathir mengakui pada mulanya kerajaan bersetuju untuk membayar royalti
minyak kepada Terengganu setelah mengambil kira Terengganu adalah negeri
yang termiskin sekali. 
''Jumlah royalti yang akan didapati oleh Terengganu mungkin tidak lebih
daripada RM50 juta,'' katanya. 
Selain daripada itu, menurut Perdana Menteri, Kerajaan Pusat perlu meneliti
penggunaan wang royalti oleh Terengganu dan negeri-negeri lain agar wang itu
tidak tidak disalahgunakan. 
Beliau juga berkata, pihaknya kurang berpuas hati dengan pengurusan kewangan
termasuk royalti minyak yang dilakukan oleh negeri-negeri. 
Sehubungan itu, tegas Dr. Mahathir, Kerajaan Pusat perlu menjalankan audit
dengan lebih teliti mengenai perbelanjaan-perbelanjaan yang dilakukan oleh
kerajaan negeri. 

© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke