*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Nanti selepas pilihan raya 2004 dan apabila Perlis/Kedah ditadbir
oleh PAS(InsyaAllah), maka statement yang sama akan kita dengar lagi. Ini
lah kerja sebenar 'Bapa Pembohong/Fitnah' Malaysia.
2. Agak nya ada agenda lain tentang royalty minyak ini. Dari diberi kepada
Trengganu, munkin hendak diagih-agihkan kepada kroni mereka atau
keparat-keparat negara.
WalLahu'alam.
>From: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Negeri Termiskin: Terengganu!
>Date: Thu, 29 Jun 2000 22:18:37 +0800
>
>Assalamualaikum,
>Cuba perhatikan petikan dari akhbar Utusan bertarikh 27/6/2000 mengenai
>kenyataan Dr. M berkataan dengan pembayaran royalti kepada kerajaan
>Terengganu:
>1) Dr.M akui Terengganu adalah negeri termiskin sekali !!!!
>2) Kemungkinan royalti yang akan diberi tak melebihi RM50 juta iaitu
>berkurangan drpd jumlah yang sepatutnya & kebiasaannya diberi.
>3) Kerajaan pusat akan meneliti penggunaan wang royalti oleh Terengganu.
>
>How ironic!!!
>Dr.M sudah semakin nyanyuk ke???
>Kenyataan yang memakan diri sendiri, sendiri pecah tembelang. Terengganu
>menjadi negeri termiskin disebabkan oleh siapa? Bukankah selama ini Umno/BN
>yang kuasai!!! Oleh itu secara langsung kemiskinan Terengganu adalah
>angkara
>Umno/BN!!! Tak gitu???
>Apa yang Umno/BN buat selama itu??? Kemana perginya kekayaan hasil bumi
>Terengganu dibawah kekuasaan Umno/BN?
>Kenapa tak diteliti penggunaan royalti semasa Umno/BN perintah Terengganu
>dulu?
>Sudahlah Terengganu negeri termiskin, nak dikurangkan lagi pulak wang
>royalti untuk rakyat Terengganu? Sebagai negeri termiskin sudah sepatutnya
>menjadi alasan dan sebab yang lebih kukuh untuk memberi royalti yang lebih
>kepada kerajaan Terengganu... Tak gitu????
>
>Petikan dari Utusan:
>Peruntukan hak royalti minyak akan dikaji
>SUBANG 26 Jun - Kerajaan Pusat akan mengkaji sama ada peruntukan
>undang-undang memberikan hak kepada Terengganu untuk mendapatkan royalti
>minyak dan jika tiada peruntukan sedemikian maka bantuan tertentu boleh
>diberikan.
>Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir berkata, bantuan tersebut boleh
>diberikan dalam bentuk peruntukan khas atau bantuan lain yang sesuai.
>Bagaimanapun katanya, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu sama ada
>pemberian royalti itu menjadi sebahagian daripada perjanjian dengan
>Terengganu sebelum ini.
>''Setahu saya tidak ada hak bagi Terengganu mendapat royalti sementara
>Sabah
>dan Sarawak memang berhak daripada awal lagi tetapi Terengganu dan negeri
>lain tidak mempunyai hak seperti itu.
>''Sebab itu kita perlu kaji sama ada perlu bayar atau tidak,'' katanya
>kepada pemberita sekembalinya dari menghadiri Sidang Kemuncak ke-10
>Negara-Negara Membangun (G15) di Kaherah di sini, hari ini.
>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berita muka depan Utusan
>hari ini mengenai kerajaan Terengganu pimpinan Pas akan menerima royalti
>minyak sebanyak RM810 juta daripada kerajaan Pusat pada tahun ini.
>Jumlah tersebut adalah 75 peratus lebih tinggi daripada apa yang diberikan
>semasa negeri itu diperintah oleh Barisan Nasional. Tahun lepas kerajaan
>Terengganu dibayar RM426 juta.
>Difahamkan pembayaran royalti RM810 juta itu akan dibuat sebelum November
>tahun ini.
>Utusan yang memetik sumber juga menjelaskan kerajaan Terengganu tidak
>mempunyai sebarang hak ke atas royalti kerana petroleum yang diperoleh
>selama ini adalah dari kawasan 100km atau lebih dari kawasan perairan
>negeri.
>Kawasan ini ditakrifkan sebagai Continental Shelf yang tidak termasuk dalam
>kawasan hak milik negeri.
>Dr. Mahathir mengakui, keuntungan Petronas pada tahun ini adalah lebih
>tinggi berbanding tahun sebelumnya kerana pengurusannya yang baik.
>Begitupun, jelas beliau, pembayaran royalti kepada Terengganu perlu dikaji
>semula.
>Ditanya jika royalti tidak dibayar akan menimbulkan masalah kepada
>pembangunan negeri Terengganu, kata Dr. Mahathir: ''Undang-undang adalah
>undang-undang.''
>Dr. Mahathir mengakui pada mulanya kerajaan bersetuju untuk membayar
>royalti
>minyak kepada Terengganu setelah mengambil kira Terengganu adalah negeri
>yang termiskin sekali.
>''Jumlah royalti yang akan didapati oleh Terengganu mungkin tidak lebih
>daripada RM50 juta,'' katanya.
>Selain daripada itu, menurut Perdana Menteri, Kerajaan Pusat perlu meneliti
>penggunaan wang royalti oleh Terengganu dan negeri-negeri lain agar wang
>itu
>tidak tidak disalahgunakan.
>Beliau juga berkata, pihaknya kurang berpuas hati dengan pengurusan
>kewangan
>termasuk royalti minyak yang dilakukan oleh negeri-negeri.
>Sehubungan itu, tegas Dr. Mahathir, Kerajaan Pusat perlu menjalankan audit
>dengan lebih teliti mengenai perbelanjaan-perbelanjaan yang dilakukan oleh
>kerajaan negeri.
>
>� UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
>Lumpur.
>
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "ghazali yusof" <[EMAIL PROTECTED]>