*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,
Idea Psikologi
(Hari ini hari sabtu�jadi saya rasa minat untuk menulis tentang idea
psikologi. Tokoh yang saya akan pilih kali ini ialah Covey�tokoh motivasi
Amerika yang terkenal..(kalau anda tak kenal pun bukan silap saya ya�)idea
beliau ok juga�kalau dia seorang muslim lagi ok..tapi hidayah itu milik
Allah)
Tiada kecemerlangan sejati di dunia ini yang dapat dipisahkan daripada
kehidupan yang wajar. - DAVID STARF JORDAN
(maknanya kalau kita dapat hidup dengan baik sebagai mana yang dikehendaki
Allah dan Rasul maka kita tak dapat dipisahkan dengan kecemerlangan sejati
(hamba-Nya bertaqwa)
Covey telah berkerja selama 25 tahun, bekerja dengan orang dalam
perniagaan, universiti, dan perkahwinan dan keluarga, beliau telah
berhubungan dengan ramai orang yang telah mencapai tahap kejayaan luaran
yang menakjubkan, ( setakat dunia saja lah kalau nak akhirat kena ada iman
) tetapi sedang bergelut dengan kelaparan dalaman, keperluan besar untuk
mencapai kongruensi dan keberkesanan peribadi serta perhubungan yang sihat
dan berkembang dengan orang lain.
(nampaknya pemikiran seperti ini nak bantu orang�memanglah tolong orang
tu�ada nikmat yang tersendiri )
Beliau berpendapat antara masalah yang mereka nyatakan kepada beliau, ada
yang pernah saya dan anda temui.
(apa dia..kita tengoklah nanti )
Covey telah menentukan dan mencapai matlamat kerjaya dan sedang mengalami
kejayaan profesional yang cemerlang. Namun ini telah mengorbankan
kehidupan peribadi dan keluarga beliau. Beliau tak kenal lagi isteri dan
anak beliau. Beliau tak pasti beliau kenal diri sendiri dan apa yang
penting bagi beliau. Covey pernah tanya diri sendiri - wajarkah semua itu?
(macam saya bila menaip nih..lupa sekejap isteri, tapi tak apa saya beckup
dengan cara lain�pandai-pandailah bagi masa ya)
Covey telah mulakan diet baru - buat kali kelima tahun ini. Beliau tahu
beliau ini terlalu gemuk, dan beliau memang mahu berubah. Beliau baca
semua maklumat baru, beliau tentukan matlamat, beliau yakinkan diri dengan
sikap mental yang positif dan memberitahu diri beliau boleh berubah.
Tetapi beliau tak boleh. Lepas beberapa minggu, beliau gagal. Beliau tak
dapat menunaikan janji yang beliau buat kepada diri sendiri.
(ini menunjukkan bukan senang nak tunai janji sendiri�sapa tahu kita
berjanji�kalau tak buat pun bukan masuk penjara�oleh itu kita perlukan
motivasi dalam�.cuma macam mana pula Covey boleh gagal..)
(itu kegagalan pertama beliau mana kala yang ini pula kegagalan
kedua�maknanya beliau pun belajar dari kegagalan�.saya pun banyak kali dah
gagal�.anda saya tak tahulah�kalau tak pernah gagal pelek(aneh)lah sikit�)
Bersambung�apa cerita Covey seterusnya
Jumpa lagi Sabtu depan....
__________________________________
RENUNGAN
Kalau saya (anda pun samalah) bertemu dengan buah hati ..tak kiralah kekasi
atau isteri tersayang ..alangkah seronoknya...dalam fikiran kita nak
berjumpa siapa..Covey atau ( Siti Nurhaliza/Shah Rukh
Khan/PM/GusDur/sapa-sapa lah yang ada minat)....tapi jarang kita berfikir
untuk bertemu dengan Allah ..kenapa ya. Sedangkan Nabi pernah bersaba :
Siapa yang ingin bertemu dengan Allah, nescaya Allah ingin pula ingin
bertemu dengannya. dan siapa yang benci bertemu dengan Allah , nescaya
Allah benci pula bertemu dengannya. Sedangkan mati itu terjadi sebelum
bertemu dengan Allah". Oleh itu mulai saat ini rancanglah untuk bertemu
dengan Allah. Bayangkan betapa 'agongnya' Allah ingin bertemu dengan kita.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>