Hasil dpd hilangnya budaya taqwa ini, kita dapat saksikan kemungkaran berada di mana-mana, maksiat semakin hari semakin luas pengaruhnya, kelancangan mulut setengah pemimpin negara yang mengaku dirinya Islam semakin berani menghina Islam. Sebaliknya sebahagian besar masyarakat ulama' membutakan mata memekakkan telinga, sikap mencegah mungkar sudah tidak diminati lagi, kerana boleh mengempiskan perut yang tak pernah kenyang. Inilah budaya yahudi dan kristian yang dilaknat oleh Allah ta'ala sebagaimana kenyataan Allah melalui ayat-ayat 78 dan 79 Surah Al-Maidah:
"Orang-orang kafir yahudi dari bani Israel telah dilaknat (didalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa anak Maryam, disebabkan mereka derhaka dan selalu menceroboh. Mereka juga tidak berminat untuk saling cegah-mencegah (sama sendiri) dari perbuatan munkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amatlah keji apa yang mereka lakukan."
Sidang Jumaat sekelian!
Mutakhir ini wabak pemimipin sekular suka menghina Islam semakin menjadi-jadi. Kalau dulu mereka memecat hakim yang sanggup menentang ketidakadilan perundangan negara, mereka membuang mufti kerana menentang pertandingan ratu cantik, mereka menafikan hak ulama' untuk menggunakan radio TV untuk menyampaikan risalah Islam. Mereka memenjarakan siapa sahaja yang tidak sebulu dengannya, mereka menghalang badan-badan yang dikatakan bebas untuk menyiasat kes-kes rasuah dan salahguna kuasa, mereka memfitnah golongan-golongan yang ingin menegak dan beramal dgn Islam dan berbagai-bagai gejala nifaq golongan atasan yang berselindung yang berselindung disebalik tabir undang-undang peninggalan penjajah kufar untuk melindungi perbuatan jahat mereka, tetapi dalam masa yang sama menggunakan undang-undang la rimba tersebut untuk mengenakan orang bawahan yang tidak berupaya...
bersambung...
