Kita harus faham, Islam bukan hanya agama yang menyeru kebaikan sahaja dengan mengenepikan aspek mencegah kemungkaran dan kejahatan: tetapi ianya bersifat "yad'u na ilal khair, waya'murunabilma'ruf wayanhau na 'anilmunkar", iaitu dalam masa yang sama kita disuruh menyeru kepada beramal dengan hukum dan akhlak Islam, menggalakkan berbuat baik dan serentak dengan itu menghalang, mencegah dan melarang sebarang unsur dan bentuk kemunkaran, kezaliman dan kejahatan. Islam tidak mengajar umatnya dengancukup hanya bersembahyang, berpuasa, dan zikir tahlil sahaja, tetapi merelakan berkembangnya maksiat dan kekufuran berlaku di sekelilingnya dalam erti kata, buat yang baik dan wajib mencegah yang jahat.
Tetapi sayangnya hasil daripada kealpaan dan kejahilan kita sendiri menyebabkan kita rasa Islam habis reng kerana sudah bersembahyang, sudah buat maulud, sudah naik haji dan sebagainya, dalam pada itu kekufuran kefasikan dan kejahatan masih bebas bermaharajalela dalam diri, fikiran, dan budaya hidup kita seharian. Begitu juga pemerintah sekular, mereka sudah merasakan negara ini sudah menjadi negara Islam habis reng, kerana sudah buat masjid, surau, jalanraya, lebuhraya, universiti Islam, bank Islam, jabatan agama Islam, jabatan kemajuan Islam, sudah ada hakim syari'e, mahkamah syari'e, mufti, qadhi dan sebagainya yang pemimpin negara sendiri tidak mengikutinya, walhal disana di seluruh pelusuk negara, ratusan bahkan ribuan kegiatan maksiat dan kekufuran sedang beroperasi dengan megah dan mendapat perlindungan, undang-undang negara masih bergelumang dengan kekufuran, pemimpin negara masih bergelumang dengan kezaliman dan kefasikan, dan seribu satu macam kemunkaran dan kejahatan yang sedang bermaharajalela. Inikah ciri-ciri negara Islam? atau itukah sifat-sifat pemimpin Islam? atau masyarakat sedemikiankah yang dikatakan masyarakat madani?...
bersambung...
