Sepatutnya kerajaan dan kementerian pertahanan mesti bertanggung jawab. Saya suka lihat di barat dan dijepun konsep tanggung jawab. Contohnya apabila Holland kalah pada perlawanan semi final kepada italy walaupun holland secara keseluruhan adalah lebih baik dari Italy dan kesemua pasukan yang bertanding pada Euro 2000, tetapi apabila kalah, coach dan beberapa pemain telah bertanggung jawab dan meletak jawatan. Kes Hollang kalah adalah kes kecil sebab tak ada siapa yang mati dan negara tidak kehilangan duit tetapi ada orang yang mahu bertanggungjawab.
Jadi apabila ada kes yang berkali-kali lebih serious dari kes kalah bola iaitu kes kehilangan senjata dan ini mengancam kesemua nyawa orang termasuk nyawa boss Najib yang teramat Najib sayang iatu Mahathir, ..mengapa Najib sebagai boss tentera tidak mahu mengambil tanggung jawab ini dan meletakkan jawatan ?
ismail ahmad wrote:
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alaaaa....cerita ni sama jugak dengan cerita Abu
Sayyaf dulu tu...memangnya pertahanan Malaysia ni tak
kukuh...asyik bolos ajeeee....menteri todo, boss
tentera tido, semua tidooooooooooo.........--- Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> salam~
>
> Dulu, sempadan negara orang ceroboh masuk, bawa lari
> pelancung; sekarang
> pulak, kem Askar orang ceroboh, bawa lari senjata.
> Lepas ini apa pula?
>
>
=============================================================================
>
>
> BERITA MALAYSIA
>
> July 02 , 2000 20:48PM
>
>
> SENJATA DICURI DARI KEM TENTERA
>
> KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Sekumpulan
> lelaki yang
> menyamar anggota tentera melarikan sebilangan
> besar senjata api
> dari sebuah kem tentera berhampiran Gerik awal
> pagi ini, kata
> Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak.
>
> "Dalam satu kejadian pukul 4.15 pagi seramai
> 15 orang yang tidak
> dikenali yang menyamar berpakaian celoreng
> tentera Malaysia
> lengkap dengan pangkat dan beret telah
> memasuki kem wataniah
> 304 di Pengkalan Hulu Perak," katanya kepada
> pemberita selepas
> menyambut ketibaan Menteri Pertahanan
> Singapura Tony Tan di
> pangkalan udara Tentara Udara Diraja Malaysia
> (TUDM) di Subang
> dekat sini.
>
> Beliau berkata kesemua 15 mereka datang dan
> melarikan diri
> dengan tiga Pajero berwarna hijau dengan plet
> tentera.
>
> Laporan awal daripada Polis Gerik mengatakan
> lebih 90 senjata
> pelbagai jenis refal, termasuk refal M16 dan
> Steyr serta pelbagai
> peralatan persenjataan lain dilarikan dalam
> kejadian nekad itu.
>
> Najib berkata lelaki beruniform yang
> kebanyakannya menyamar
> berpangkat kapten hingga Lt-kolonel itu telah
> mendakwa kepada
> pengawal kem berkenaan kononnya mereka sedang
> membuat
> pemeriksaan mengejut.
>
> Tetapi, kata beliau, apabila pengawal
> berkenaan meminta untuk
> mengesahkan perkara itu daripada pihak atasan,
> kumpulan itu
> telah menggunakan tekanan kuasa pangkat
> terhadapnya dan
> memaksa supaya mereka dibawa ke setor senjata
> di mana mereka
> merampas sejumlah senjata dan peluru.
>
> Satu gerakan besar-besaran sedang dilancarkan
> oleh polis dan
> tentera bagi mengesan kumpulan itu, katanya.
>
> Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zahidi
> Zainuddin turut
> diterbangkan ke kem itu untuk mendapatkan
> maklumat lebih lanjut.
>
>
> Najib berkata kumpulan itu menggunakan elemen
> menipu dan
> menyamar sebagai pegawai tentera dan dengan
> tipu helah mereka,
> telah berjaya memperdayakan pengawal
> berkenaan.
>
> Beliau berkata ada di antara lelaki yang
> menyamar itu juga
> berpakaian polis tentera.
>
> Menurut Najib ketika kejadian, terdapat
> sembilan orang pengawal
> yang berada di kem itu, dan jumlah ini adalah
> mencukupi mengikut
> prosedur dan beliau menganggap kejadian itu
> sebagai satu
> perancangan secara profesional dan ianya tidak
> pernah berlaku di
> negara ini.
>
> "Ini menyebabkan pengawal itu tidak menyangka
> tentang
> kemungkinan itu," kata beliau.
>
> Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas sama
> ada kejadian itu
> ada hubung kaitnya dengan pergolakan yang
> berlaku di negara
> serantau.
>
> Najib berkata maklumat lanjut mengenai
> kejadian itu akan diberikan
> setelah mendapat maklumat yang lengkap.
>
> "Tentera dan polis sedang memburu kumpulan itu
> termasuk
> kawasan berhampiran dengan sempadan," katanya.
>
> -- BERNAMA
>
