*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Dulu, sempadan negara orang ceroboh masuk, bawa lari pelancung; sekarang 
pulak, kem Askar orang ceroboh, bawa lari senjata. Lepas ini apa pula?

=============================================================================


BERITA MALAYSIA

July 02 , 2000 20:48PM


         SENJATA DICURI DARI KEM TENTERA

      KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Sekumpulan lelaki yang
      menyamar anggota tentera melarikan sebilangan besar senjata api
      dari sebuah kem tentera berhampiran Gerik awal pagi ini, kata
      Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak.

      "Dalam satu kejadian pukul 4.15 pagi seramai 15 orang yang tidak
      dikenali yang menyamar berpakaian celoreng tentera Malaysia
      lengkap dengan pangkat dan beret telah memasuki kem wataniah
      304 di Pengkalan Hulu Perak," katanya kepada pemberita selepas
      menyambut ketibaan Menteri Pertahanan Singapura Tony Tan di
      pangkalan udara Tentara Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang
      dekat sini.

      Beliau berkata kesemua 15 mereka datang dan melarikan diri
      dengan tiga Pajero berwarna hijau dengan plet tentera.

      Laporan awal daripada Polis Gerik mengatakan lebih 90 senjata
      pelbagai jenis refal, termasuk refal M16 dan Steyr serta pelbagai
      peralatan persenjataan lain dilarikan dalam kejadian nekad itu.

      Najib berkata lelaki beruniform yang kebanyakannya menyamar
      berpangkat kapten hingga Lt-kolonel itu telah mendakwa kepada
      pengawal kem berkenaan kononnya mereka sedang membuat
      pemeriksaan mengejut.

      Tetapi, kata beliau, apabila pengawal berkenaan meminta untuk
      mengesahkan perkara itu daripada pihak atasan, kumpulan itu
      telah menggunakan tekanan kuasa pangkat terhadapnya dan
      memaksa supaya mereka dibawa ke setor senjata di mana mereka
      merampas sejumlah senjata dan peluru.

      Satu gerakan besar-besaran sedang dilancarkan oleh polis dan
      tentera bagi mengesan kumpulan itu, katanya.

      Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zahidi Zainuddin turut
      diterbangkan ke kem itu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.


      Najib berkata kumpulan itu menggunakan elemen menipu dan
      menyamar sebagai pegawai tentera dan dengan tipu helah mereka,
      telah berjaya memperdayakan pengawal berkenaan.

      Beliau berkata ada di antara lelaki yang menyamar itu juga
      berpakaian polis tentera.

      Menurut Najib ketika kejadian, terdapat sembilan orang pengawal
      yang berada di kem itu, dan jumlah ini adalah mencukupi mengikut
      prosedur dan beliau menganggap kejadian itu sebagai satu
      perancangan secara profesional dan ianya tidak pernah berlaku di
      negara ini.

      "Ini menyebabkan pengawal itu tidak menyangka tentang
      kemungkinan itu," kata beliau.

      Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas sama ada kejadian itu
      ada hubung kaitnya dengan pergolakan yang berlaku di negara
      serantau.

      Najib berkata maklumat lanjut mengenai kejadian itu akan diberikan
      setelah mendapat maklumat yang lengkap.

      "Tentera dan polis sedang memburu kumpulan itu termasuk
      kawasan berhampiran dengan sempadan," katanya.

      -- BERNAMA


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke