*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelik betullah..... kenapa kita 'JUDGEMENTAL" sangat-sangat dengan orang yang nak 
practice agama??

Orang yang nak dirikan agama.. kita persoalkan sangat-sangat betul- salah niat mereka.

Orang yang nak turuti perintah agama, kita question, selidik sapai ke akar umbi sama 
ada tindakan mereka ikhlas atau tidak.

Memang nampak remeh-temeh pada sesetengah antara kita, contohnya, bila JAIS tangkap 
orang kat kedai arak, kita condemn betul-betul, selidik habis-habisan .. procedure 
ikut tak?? salah guna kuasa ke?? cari segala mak bapak alasan untuk menyusahkan orang 
yang nak amal makruf, nahi munkar!!

apa ni??

Kalau ada antara orang sekeliling kita yang berserban, isteri berpurdah, anak-anak 
dilatih menutup aurat, bertudung berkupiah...... kita komen habis-habisan, "Extreme" 
lah, "Fanatik" lah, "Malampau"lah, "conservative, fundamentalist"?? "kesian kat 
anak-anak... panas.."  dan lain-lain.

yang lagi dahsyat... tu .."entah-entah sesat....tak pun AL-Maunah.. agaknya??"

Hodoh saja pakaian, perbuatan, tingkah laku mereka di mata kita.

Apa yang kita tak puas hati sangat kat orang yang nak amalkan perkara yang Tuhan restu 
dan redho ni??


Samalah bila ada antara sahabat yang bersemangat sikit, bertakbir, bertahmid .... bila 
mendengar ceramah, mendengar  seruan agama. Kita..tengok dengan rasa jelek.... rasa 
jijik.

Betul ke tidak apa yang aku cakap ni?? betul lah... sebab aku sendiri rasa macam tu!!

Tapi orang yang terang-terang melangar hukum agama kita tak JUDGEMENTAL pulak. Yang 
jelas perbuatan haram, yang jelas boleh membawa kekufuran.... kita diam. 

Kalau ada antara kita yang baik dan cerdik sikit, kita akui perbuatan mereka salah... 
but... "IT IS NOT A BIG DEAL", dosa??... semua orang buat.

Kita tak bising-bising, kita rela jadi syaitan bisu.... kita tak approve perbuatan 
mungkar.. ..tapi kita tak larang.

Engkau nak tunggang botol.."Bottoms UP", ke engkau nak berpeluk-peluk kat khalayak 
ramai ke, raba-raba ke... nak masuk ratu cantaik swimming suit ke...engkau punya 
pasal. Dosa sendiri tangggung..!! Tapi bila ada tok imam dan penguatkuasa agama 
tangkap.... kita ketuk habis-habisan.

Terburu-burulah, salah guna kuasa..etc..etc....tak percaya?? tanya si mahathir!!

Samalah, bila PAS kat Kelantan nak haramkan judi, haram kan arak.... amboi bukan main 
garang mempertikaikan usul tersebut, macam lah kita ni pagi petang dok 'cheers" dengan 
anakbini kita, macamlah rumah tangga kita runtuh bila tak boleh berjudi. Mengalahkan 
kaki botol, dan kaki judi...kita mengamuk.

Nak asingkan kaunter supermarket kepada lelaki dan perempuan pun jadi isu, nak 
galakkan orang berkahwin pun jadi isu,  apa ni??

Tapi bila, kerajaan pusat dan negri lain buat perkara yang terang-terang bercanggah 
dengan Islam, konsert itu ini tengah malam sapai ke pagi, bagi kondom kat 
pemuda-pemudi Islam (assuming tak kahwin lagi) untuk galakakan "SAFE SEX", amboi... 
amboi.. puji lagi ada.

kerjaaan tangkap dan tahan guna ISA, yang bercanggah ddengan Islam dan hak-hak asasi 
manusia.... kita tak heran..kita tak kisah.

Kemudian dalam diri kita,...Kita lebih syak wasangka dengan wanita yang berpurdah,, 
dari wanita yang berskirt!!

kita kata.."Berpurdah... tak semestinya hati baik.."
nampak orang pakai skirt takat lutuk..belah sampai ke paha...emmmm... tak apalah asal 
kan pandai jaga diri. ??

Orang yang tadi peka dan sesnsitif sangat dengan extremist agama...tak bersuara 
langsung.... tak ada langsung kejantanan!!!!

Kemudian.. kalau lah ada anatara kita yang timbulkan atau nak tegur, minta pandangan 
kita dengan harapan kita akan support bila dia tegur perkara maksiat.. dia...nak nahi 
munkar. 

Kita akan kata kat dia  "Alah... jangan nak mengumpat, jangan suka bercerita keburukan 
orang lain, jangan nak dedahkan kesalahan orang.."

amboi..amboi..amboi.... kita larang orang yang nak tegur maksiat. Besar sungguh 
pengorbanan kita kepada orang yang buat maksiat.



Memanglah ada orang Islam yang guna Islam untuk kepentingan diri. Kenalah kita 
berhati-hati....


Tapi bagi aku.. masalah kita yang sebenar, OUR REAL PROBLEMS ARE!!!

Kita judgemental sangat..sangat..sangat..sangat..sangat dengan orang yang  amal maaruf 
dan nahi munkar. TETAPI kita tutup mata.. rapat..rapat..rapat.. rapat.., pekakkan 
telinga dengan perkara yang benar-benar haram!!!


Kemudian kita mengaku kita hamba ALLAH!!!




-- 
mai cek oii..mai cek mai..
kita ke negeri kedah....
aloqstaq 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "aloq staq" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke