*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bukankah Umno Itu Satu Ajaran Sesat?
Pimimpin-pimimpin UMNO kini sibuk dengan ajaran sesat. Apakah mereka tidak
sedar UMNO itu sendiri ajaran sesat? Bila
kita kira perkara-perkara berikut , pasti kita akan yakin bahawa
sesungguhnya UMNO itu ajaran sesat.
UMNO sudah memerentah Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia selama 43 tahun
sejak merdeka tahun 1957. Setiap
pemerentah bertanggungjawap ke atas apa yang dia perentah. Dalam masa itu,
perkara-perkara berikut telah berlaku:
1. Jumlah orang Islam, Melayu dan bukan Melayu, murtad meningkat, sedangkan
jumlah orang bukan Melayu yang menganut
Islam sedikit. Ini berbeda dengan di Barat, khususnya di Amerika Syarikat,
di mana Islam merupakan agama yang paling pesat
berkembang sekarang.. Kini jumlah orang Islam di A.S melebihi sepuluh juta
dan sudah menjadi golongan kedua terbesar
selepas orang Kristian, mengatasi golongan Yahudi. Sebaliknya, di Malaysia,
jumlah orang Islam kini telah menurun sehingga
lebih kurang 52%. Dalam pilihanraya tahun 1957, terdapat hanya dua kawasan
yang majoriti pengundinya bukan Islam, tetapi
dalam pilihanraya tahun 1999, calun-calun bukan Islam memenangi hampir 50%
kerusi. Bandingkan dengan Nabi Muhammad
saw. Baginda saw bermula dengan seorang diri tetapi selepas 13 tahun berjaya
menubuhkan sebuah negara Islam dan bila dia
wafat selepas 23 tahun menyebarkan Islam, dia menguasai seluruh bumi Arab.
2. Tujuan pendidikan ialah menjadi manusia terbaik dari segala makhluk
Allah. Antara sifat-sifat manusia terbaik ialah:
2a. Bertaqwa kepada Allah, iaitu takut kepala Allah dengan membuat
suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. ( Al
Hujuraat: 13)
2b.Menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran ( Al Imran : 110)
UMNO ajaran sesat kerana dalam masa 43 tahun pemerentahannya:
i. Kian ramai orang Islam berani kufur kepada Allah dengan murtad.
ii Orang Islam, khususnya orang Melayu, kian ramai menagih dadah, benda yang
Allah telah haram. Malah kini di Malaysia,
jumlah penagih dadah Islam/Melayu mengatasi jumlah penagih dadah bukan Islam
sedangkan Nabi saw berjaya menghapus
wabak penagih arak dalam masa 20 tahun..
iii. Majoriti bohsia ialah remaja Islam iv. Majoriti bayi-bayi, laki-laki
dan perumupan, baru lahir yang dibuang ialah bayi-bayi
Islam/Melayu, menyerupai tabiat Arab jahiliyah. Malah tabiat Melayu ini
lebih teruk dari tabiat Arab jahiliyah yang hanya
membunuh anak perumpuan saja.
iv. UMNO melahirkan seorang presiden yang jelas tidak takut kepada Allah.
Mahathir telah diberitahu secara resmi di dalam
dewan parlimen oleh Tok Guru Haji Hadi bahawa salah mengikut undang-undang
Allah menuduh orang zina/liwat tanpa
mengadakn empat saksi yang melihat sendiri kejadian itu. Jika sabit
kesalahan ini, pesalah sepatutnya didakwa di mahkamah
syariat. Sekiranya orang yang menuduh gagal memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan Allah, maka penuduh itu:
1) ialah pendusta (An Nuur: 13 )
2) Tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya
3) disebat 80 kali( An Nuur : 4) dan
4) dijanji Allah azab pedih di dunia dan akhirat. (An Nuur: 19)
v. Mahathir tetap dengan pendiriannya menuduh Anwar liwat tampa mengadakan
empat saksi malah melawan arahan untuk
memberi penerangan di mahkamah dalam pembicaraan Anwar. Melainkan segelintir
saja, majoriti pemimpin-pemimpin UMNO
dan alim ulama berdiam diri dan tidak menasihati dan mencegah Mahathir dari
melakukan kemungkaraan ini.
Pemimpin-pemimpin dan alim ulama jenis ini terdidik dalam masa 43 tahun UMNO
memerentah malaysia.
Atas sebab-sebab di atas jelas bahwa UMNO ialah ajaran sesat. Ia patut di
haramkan segera, sebelum Allah menurunkan bala
ke atas Malaysia umumnya dan ke atas masyarakat Melayu khasnya.
Sekian.
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>HAPUSKAN PELAMPAU AGAMA
>
> ANCAMAN gerakan pelampau di negara
>ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak kerana ia
>membabitkan masalah
> keselamatan rakyat.
>
> Kita perlu menganggap ancaman
>gerakan pelampau sebagai soal keselamatan dan bukannya
>isu politik yang boleh
> didebatkan mengikut sentimen
>kepartian.
>
> Justeru, rakyat perlu mengambil
>perhatian serius terhadap amaran Perdana Menteri,
>Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
> bahawa kerajaan tidak akan bertolak
>ansur dalam soal ancaman keselamatan oleh gerakan
>pelampau.
>
> Soal keselamatan bukan masalah UMNO
>atau Pas, tetapi ia merupakan tanggungjawab semua
>pihak termasuk
> parti-parti politik kerana
>membabitkan nyawa dan keamanan negara.
>
> Dalam hal ini, keganasan kumpulan
>Al-Ma'unah perlu dilihat bukan semata-mata dari sudut
>ajaran sesat dan sentimen
> pembangkang tetapi juga lebih berat
>lagi ialah ancaman kepada keselamatan negara.
>
> Sebagai negara demokrasi, Malaysia
>mengamalkan cara hidup toleran kepada pelbagai
>pandangan agama, budaya,
> kaum, politik, ideologi dan
>seumpamanya.
>
> Tetapi tidak ada mana-mana golongan
>yang berhak untuk bersifat pelampau dalam pegangan
>mereka hingga
> mendorong kepada tindakan ganas bagi
>memaksa sesuatu fahaman terhadap orang lain.
>
> Sesiapa saja yang mahu mengubah
>bentuk pemerintahan negara, mereka harus menggunakan
>cara demokratik iaitu
> pilihan raya, dan bukannya
>keganasan.
>
> Sesungguhnya apa saja jenis
>pelampau, sama ada berbentuk agama, kaum mahupun
>ideologi membahayakan
> keselamatan rakyat dan negara dan
>mesti dibanteras.
>
> Malaysia sendiri pernah mengalami
>ancaman keganasan pelampau ideologi komunis hingga
>ramai rakyat terkorban
> sepanjang zaman Darurat dahulu.
>
> Kini jika ancaman pelampau agama
>tidak dihalang secara serta-merta, ia akan
>memporak-perandakan negara
> lebih-lebih lagi Malaysia mempunyai
>penduduk berbilang agama dan kaum.
>
> Peristiwa di Sauk yang menyaksikan
>keganasan pelampau agama hingga mengorbankan nyawa
>boleh mencetuskan
> perkelahian antara kaum dan agama
>yang hanya memusnahkan perdamaian dan kemakmuran
>negara.
>
> Jika sudah tercetus kekacauan,
>seperti yang terlihat di negara-negara lain, amat
>sukar untuk menghentikan pergaduhan
> dan segala kemakmuran dan kemajuan
>yang dibina selama ini akan musnah dengan sekelip
>mata.
>
> Dunia sendiri telah menyaksikan
>pergaduhan kaum dan agama ini di Bosnia dan
>Herzegovina, Croatia, Kosovo,
> Lebanon, Sri Lanka, Rwanda dan di
>beberapa wilayah Indonesia seperti Maluku, Kalimantan
>dan Nusatenggara.
>
> Kita percaya rakyat Malaysia yang
>telah mengecapi nikmat kemakmuran adalah lebih waras
>berbanding dengan
> negara-negara lain yang termakan
>dengan hasutan sentimen pelampau.
>
> Begitu juga, kita mahu parti-parti
>politik tidak turut membela sebarang gerakan pelampau
>semata-mata kerana
> kepentingan politik sempit mereka.
>
> Mana-mana parti politik yang
>terpengaruh dengan sentimen pelampau dan membenarkan
>tindakan-tindakan keganasan
> mesti dianggap sebagai golongan yang
>tidak bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan.
>
> Sesungguhnya rakyat dan negara
>memerlukan kepimpinan daripada parti politik yang
>bertanggungjawab terhadap
> keselamatan negara. Tanpa
>keselamatan, apa saja yang ada akan hancur dan
>kewujudan negara ini tidak bermakna.
>
> Semua agama dan kaum akan turut
>musnah, termasuk parti-parti politiki itu sendiri.
>
>(C) UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan
>Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
> E-mail: [EMAIL PROTECTED]
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Get Yahoo! Mail � Free email you can access from anywhere!
>http://mail.yahoo.com/
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Dzun Nun <[EMAIL PROTECTED]>
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "rumzi matsaad" <[EMAIL PROTECTED]>