*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

Malam ini Jumaat di TV1 dalam ruangan Gemilang Malaysia...Mid Man
(Hamid bin Osman- Menteri di lantik tanpa sokongan orang Sik) telah diwawancara dalam 
program tersebut berkaitan ajaran sesat. Kata Mid Man di zaman dulu seorang lelaki 
telah bertemu dengan seekor anjing kurus ,kerana kesihan ia mencedok air dan memberi 
minum anjing kelaparan tersebut. Menurutnya lagi Baginda nabi s.aw. menyatakan balasan 
bagi lelaki tersebut adalah syurga. Semua kita faham cerita tersebut terutama yang 
mempelajari Islam. 

Tetapi Mid Man dengan gayanya yg tersendiri dan gaya solonya telah memutarbelitkan 
cerita tersebut dengancontoh perbandingan di zaman moden ini ialah petikan -katanya 
iaitu: " Kerajaan telah membina Empangan Bakun yang besar bagi membekalkan air untuk 
minuman rakyat, maka tidaklah salah Kerajaan juga akan dimasukkan ke syurga".
Kah...kah..kah ! Kelakor habis. Tidakkah Mid Man tahu siapa itu "Kerajaan" dan siapa 
itu "rakyat"?Tidakkah Mid Man tahu pembinaan tersebut merosakkan lagi ekologi alam?? 
Tidakkah Mid Man tahu siapakah kroni yang kaya disebalik pembinaan Bakun? Siapa itu 
Lim Pek Kim..saudagar Ekran Bhd. yang meminta wang pampasan berbilion sedangkan Price 
Waterhouse membuat tafsiran jauh lebih kecil dari jumlah pampasan tersebut. Apa jadi 
dengan balak-balak di hutan Bakun yang telah di rogol dan di gondolkan oleh 
Ekran???Apa jadi dengan suku Penan? Jawabnya anda sediri pembaca lebih maklum.

Saya rasa Mid man ni sudah melalut. Lebih baik la dok kat rumah jaga cucu atau pegi 
dusun saja le tembak tupai kat hutan Sik. Mid Man dulu telah membuat cerita paling 
klasik iaitu dalam satu majlis perasmian surau: "Adakah tuan -tuan tahu siapakah yang 
paling utama masuk syurga antara seorang Imam, Qari, dan drebar bas?" Jawabnya 
tuan-tuan tentulah drebar bas. Sebabnya tuan-tuan, drebar bas lah yang membantu dalam 
mengurangkan kesesakan lalulintas di bandar, seperti bawak anak-anak tuan ke sekolah, 
bandar dan pasar serta ke tempat kerja."
Kah...Kah..Kah. Sekali lagi kelakor. Tahukah mid Man seorang Imam, qari atau syuhada' 
adalah orang yang keutamaan diberi syurga. Sekali lagi anda pembaca lebih arif tentang 
hal ini- tak perlu hurai ok!
Inikah kualiti seorang yg bertaraf ulamak ada Phd pulak tu. Mid Man ni dapat Phd kat 
Universiti of Temple USA dalam bidang perbandingan ugama.Professornya seorang Yahudi 
dan atheist . Sewaktu dia buat Phd dulu tesisnya ia menulis tentang kesan-kesan 
kemerosotan tamaddun Islam di Asia Tenggara dan proses Kristianisasi dalam pelbagai 
budaya kehidupan. Jadi senanglah dia dapat Phd., Tuan-tuan sendiri boleh 
pikiak'(fikir). 

Kesimpulannya: Mid Man mulanya ditanya tentang ajaran sesat tapi dia cerita Kerajaan 
dapat masuk syurga sebab bina Bakun untuk beri orang Penan Sarawak minum 
ayor...keduanya, bila cerita tentang masuk syurga Mid Man kata drebar bas paling dulu 
masuk syurga. Lagi satu ajaran sesat Mid Man sampaikan. Tidakkah Mid Man tahu di KL 
kalau hari Jumaat waktu Imam sampaikan khutbah...waktu itulah drebar bas Metro, Park 
May, Intrakote atau drebar teksi ke (sudah tentu Melayu bukan nya Islam) berkejaran 
memandu bas di tengah KL. Ada yang tak solat pun.

Sekali lagi syabas untuk Mid man kerana memberi kuliah malam Juamat untuk ajaran sesat 
yang terbaru.

Untuk Mid Man bertaubatlah dan istiighfar banyak banyak sebelum nak bercakap. Jangan 
setan menghasut pulak. 









Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke