Kenyataan Akhbar (SUARAM) : 29hb. Julai 2000
OGOS 4 : Rakyat Ada Hak Untuk Berhimpun !


SUARA RAKYAT MALAYSIA (SUARAM) menolak kenyataan Dr Mahathir semalam yang
meminta antaranya orang ramai untuk tidak mengambil bahagian dalam satu
perhimpunan pada Ogos 4 .
Selain daripada itu, seperti biasa, Kementerian Pendidikan turut membuat
ugutan terhadap pelajar dan guru bahawa tindakan disiplin akan dikenakan
terhadap mereka sekiranya mereka terlibat dalam parhimpunan tersebut.
Kedua-dua kenyataan ini adalah bercanggah dengan pekara 10 Perlembagaan
Negara dan Deklarasi Hak Asasi Manusia.
Rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. SUARAM mennganggap
perhimpunan 4 Ogos adalah satu hak dan dan berharap pihak polis akan
bertindak secara rasional dan berkerjasama dengan rakyat yang berhimpun
dengan memberi perlindungan keselamatan dan mengawal lalu-lintas.
SUARAM juga khuatir bahawa kenyataan Perdana Menteri ini dilihat dan disalah
tafsir oleh sesetengah golongan sebagai tanda ataui arahan Perdana Menteri
untuk mempas! tikan perhimpunan adalah haram dan tidak aman. Kenyataan Perdana
Menteri harus dililhat sebagai kenyataan politik untuk menjaga masa depan
beliau dan tidak boleh disalah tafsir.
SUARAM juga menyokong kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
baru-baru ini yang menyatakan rakyat boleh berhimpun secara aman.
SUARAM juga ingin mengesa SUHAKAM untuk memantau perhimpunan tersebut dan
untuk memastikan hak berhimpun rakyat tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.
SUARAM dengan ini menyeru semua pihak termasuk pihak polis untuk membenarkan
demokrasi menyeri di Malaysia dan satu daripadanya inti demokrasi ialah hak
untuk rakyat berhimpun.


S. Arutchelven,
Penyelaras



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.

Kirim email ke