*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Satu majlis ceramah perdana dan solat hajat telah
diadakan di bandar baru Kubang Krian, berhampiran HUSM
malam tadi (30.7.2000). Penceramah terdiri dari Sdr
Husam Musa MP Kubang Krian, Dato' Fadhil Md Noor
Presiden PAS dan Tuan Guru MB Kelantan.
Intisari ucapan:
Dato' Fadil Md. Noor,
PAS tidak pernah menganggap peristiwa SAUK ( Pengerusi
majlis Ustaz Baihaqi ADUN Pasir Tumbuh mengistilahkan
SAUK = Selagi Ada UMNO Kacau ), satu sandiwara, itu
hanya tohmahan UMNO dan oleh yang demikian menuntut
dari kerajaan BN terhadap 3 tuntutan:
a) menubuhkan satu suruhanjaya diraja menyiasat secara
keseluruhan peristiwa hitam tersebut dan yg perlu
disiasat termasuklah YB Datok Najib sendiri kerana dia
bertanggungjawab atas soal ketenteraan. Ustaz Fadzil
memberitahu PAS kurang percaya terhadap hasil siasatan
oleh j/kuasa penyiasat yg ditubuhkan oleh tentera
kerana tentera siasat tentera macam juga polis siasat
polis dalam kes Datok Sri Anuar Ibrahim ditumbuk.
Sejarah telah membuktikan siasatan sebegini tidak akan
mendatangkan hasil kecuali suruhanjaya diraja
dibentuk.
b) PM dan pemimpin BN mengadakan perbincangan dengan
pemimpin BA mengenai soal keselamatan negara kerana
tanggungjawab menjaga keselamatan negara bukan sahaja
dipikul oleh pemerintah tetapi juga rakyat keseluruhan
termasuk pemimpin parti pembangkang. Surat jemputan
telah diserahkan oleh Ustaz Fadhil kepada s.usaha PM
di bangunan parlimen. Sehingga malam tadi, belum ada
apa-apa jawapan dari PM dan ustaz Fadhil memberi
tempuh seminggu untuk PM memberi jawapannya.
c) menuntut supaya pihak atasan polis dan tentera
memberi taklimat tentang peristiwa di SAuk kepada
semua ahli parlimen BA kerana taklimat yg sama telah
diadakan kepada hanya MP dari BN sahaja dengan tidak
dijemput sama MP BA. Ustaz Fadhil menyatakan kenapa
harus ada diskriminasi dalam hal ini kerana MP BA juga
ingin tahu apa yg sebenarnya terjadi dalam peristiwa
tersebut. Sebagai wakil rakyat yg dipilih secara sah
mereka juga patut mengetahui hal ini.
Dalam ceramahnya Ustaz Fadhil menyatakan selepas
peristiwa SAUK, semakin ramai rakyat menghadiri majlis
ceramah PAS samada di Kel, Trengganu dan negeri
-negeri lain. Ini kerana rakyat tidak percaya di atas
tohmahan UMNO bahawa PAS terlibat dalam isu Almaunah
ini. Beliau kesal kerana PM memberi amaran untuk
bertindak terhadap sesiapa yg cuba menimbulkan isu ini
tetapi dalam masa yg sama PM telah membuat kesimpulan
100% terhadap peristiwa SAUK walaupun mengikut
siasatan tentera, mereka baru menyiasat sehingga 25%
sahaja. PM menuduh PAS yg menjadi punca berlakunya
peristiwa SAUK padahal mengikut Datok Fadhil PAS tidak
ada kena mengena malah tidak tahu pun tentang kegiatan
alMaunah. Bukan PAS sahaja yg tak tahu , Datok
Abdullah Badawi Menteri Dalam Negeri pun tidak tahu
juga.
Datok Hj. Nik Aziz: bersyukur kepada Allah kerana
rakyat mahu mempercayai apa yg kita ceramahkan
sebaliknya rakyat sudah tidak percaya lagi akan
dakwaan musuh-musuh kita ( BN/UMNO) sehingga
menyebabkan PM sendiri gelisah dan terpaksa menjadi
jurucakap dalam hal Al maunah dan peristiwa SAUK. Ini
semua kerja Allah dan bukan kerja kita katanya. Beliau
mengaitkan dgn kisah Samiri dalam sejarah nabi Musa yg
telah diberi bala oleh Allah akibat memalsukan ajaran
nabi MUsa di mana sesiapa yg datang bersentuh dgn
Samiri samada bersalam dsb nya akan demam, naki kudis
dll. Nampaknya penyakit seperti ini kata Datok Nik
Aziz, semacam sudah kena atas pemimpin negara di mana
apa yg dicakapkannya rakyat sudah tidak percaya.
Beliau juga memberi amaran kepada pemimpin UMNo yg
cuba berusaha nak hapuskan Islam dalam parti politik
supaya sedar diri dgn kekuasaan yg terlalu sedikit yg
diberi oleh Allah berbanding dgn kuasa Allah swt. Kita
jangan begitu takbur hingga kita lupa bahawa kita
semua dijadikan oleh Allah dari tanah, tanah yg mana
kita semua kencing dan buang air besar di atasnya dan
bukanlah kita ni dibuat dari permata, intan dll.
Ingatlah kepada Allah dan bacalah sejarah nabi-nabi
dan para sahabat yg terdahulu selain kita baca sejarah
Inggeris dan Eropah. Sejarah nabi -nabi banyak memberi
iktibar kepada kita. Datok Nik Aziz juga menyatakan,
oleh kerana kita tidak ada siapa lagi atas dunia kita
nak mengadu, kerana pemimpin negara pun tak boleh
disoal nanti kena tindakan,ancaman dgn ISA dan
sebagainya maka jalan terakhir kita mengadu kepada
Allah taala, Tuhan sekalian alam.
Sekian, sekadar yg saya ingat dan dapat dicatat,
semoga ada manafaat.
azrinah.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: azrinah rahman <[EMAIL PROTECTED]>