OPERASI LALANG: PARLIMEN PERMATANG PAUH GEMPAR!!!


Adalah difahamkan oleh maklumat dari sumber yang rapat dengan UMNO
bahagian Kepala Batas menyatakan operasi lalang telah bermula sejak 29 Julai
(2 hari lalu) hingga ke satu tarikh yang tidak dapat ditentukan.

Pada malam 29 Julai, Ustaz Samsuri telah ditangkap jam 10.00 malam
dan kini berada dalam tahanan di Kamunting, Perak. Ustaz Samsuri merupakan
pendakwah bebas yang terkemuka di kawasan utara Semenanjung dan mempunyai
ramai anak murid. Manakala Ustaz Fahmi pula telah ditangkap jam 2.00 pagi 30
Julai. Sebelum itu beliau telah mengimamkan solat hajat untuk DSAI di Masjid
To'Kun.

Menurut maklumat itu lagi keseluruhannya, seramai 28 orang akan
ditangkap dalam satu operasi mirip Operasi Lalang. 5 orang kepimpinan BA
dari Taman Guar Perahu dipercayai akan menjadi sasaran operasi ini. Kekuatan
BA di Taman Guar Perahu diberitakan amat mantap justeru didokongi oleh kaum
wanita. PAS kawasan berkenaan telah mendidik kepimpinan yan! g mantap dan
mengutamakan program tarbiyah di peringkat kawasan mereka. Pimpinan PAS di
sini dibarisi oleh muka-muka baru penglibatan mereka di peringkat
professional yang berkerja dengan swasta. Kekuatan BA di sini dianggarkan
sekitar 85% walaupun mereka tidak menonjol oleh sebab tertentu kerana
berkhidmat dengan kerajaan

Sementara itu pada pagi Ahad (30 Julai) Saudara Ezam telah membuat
laporan polis atas salah laku Mahathir Mohamad, di Balai Polis Kepala Batas.
Laungan takbir telah bergema di kawasan balai polis kepala batas. Laporan BA
itu telah meminta pihak polis menjalankan siasatan serta tangkapan kerana
beberapa salah laku Mahathir!
Dalam perkembangan lain Timbalan Perdana Menteri, Pak Lah Badawi
kebelakangan ini begitu lantang mendesak pihak polis mengambil tindakan
terhadap kepimpinan BA. Fokus utama beliau kini ialah agar Amanat Haji Hadi
dijadikan satu kebencian rakyat untuk memberi laluan pihak polis menangkap
sam! a MB Terengganu dalam operasi ini.


Pemberita MR



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.

Kirim email ke