*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Nak cerita sikit satu benda kecil yang mungkin tak berapa mustahak
sangat bagi sesetengah orang tapi mustahak juga bagi segelintir
orang terutamanya warga korporat.
Kekadang kita jadi serba-salah. Nak cakap takut orang silap faham
dan kita mungkin hilang kawan2. Tak cakap, takut jadi pekerja tak
bertanggungjawab.
Satu senario: Organisasi kita tak berapa efficient. Ada kekawan
kita pun buat proposal perubahan struktur organisasi. Sambil tu
mereka ambil kesempatanlah merubah struktur organisasi dimana ada
diantara mereka berkemungkinan naik pangkat disebabkan ramainya
kakitangan dibawahnya dan besarnya tanggungjawab. Side effect
perubahan itu ialah ada sebahagian kekawan lain yang tidak termasuk
dalam organisasi baru itu walaupun mereka pakar dan berpengalaman.
Mereka yang tak termasuk dalam struktur baru nampak, satu hari nanti
organisasi baru itu akan menghadapi masaalah kerana tak cukup bantuan
kakitangan berpengalaman. Mereka juga nampak syarikatlah yang
akhirnya rugi kerana tak mendapat sumbangan maksima dari seluruh
kakitangan mahir. Mereka yang termasuk dalam carta organisasi baru
akan rasa seronok kerana pangkat mungkin naik, kuasa sudah bertambah,
sedangkan masaalah belum ketara sangat. Bila masaalah besar timbul
satu hari nanti, when all eyes and fingers are on them, when
solutions to problems are not in sight, mungkin mereka akan berkata
dalam hati mereka; "how I wish I am not here". Masa itu syarikat
sudah parah.
Untuk yang tak termasuk dalam organisasi baru, nak bersuara sekarang
takut orang kata hati tak BERSIH - dengki. Membiarkan syarikat menuju
ke point of no return adalah satu tindakan yang tak CEKAP. Nak
membawa masaalah ini secara terbuka kepada pihak pengurusan atasan,
mereka bukan ada keberanian AL-MAUNAH (berani ambil risiko).
Maka jadilah ini satu persoalan pengurusan yang mana jawapannya
mungkin datang bila keadaan dah parah.
Sekian.
__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>