*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenyataan akhbar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Mengenai Perhimpunan
Aman 4 Ogos, 2000
(Jumaat, 8:15 pagi, Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur)
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengiktiraf bahawa perbicaraan Dato'
Seri Anwar Ibrahim membangkitkan sentimen yang kuat di kalangan semua parti dan semua
lapisan masyarakat. Suhakam berhasrat merayu agar semua pihak mengawal keadaan dengan
baik. Untuk tujuan itu, Suhakam suka menegaskan:
(1) Mereka yang ingin pergi ke Mahkamah Tinggi bagi mengetahui sendiri keputusan
perbicaraan liwat sewajarnya dibenarkan berbuat demikian. Kes ini pastinya menarik
perhatian seluruh negara dan mempunyai kepentingan nasional.
(2) Semua mereka yang pergi berhimpun mestilah sedar bahawa akan ada provokasi
daripada pihak-pihak tertentu yang bertujuan menimbulkan keganasan dan malah, merusuh.
Mereka (penyokong Anwar) sepatutnya berwaspada pada golongan yang bertujuan jahat
tersebut dan jangan sekali-kali melayan mereka (agen provokasi).
(3) Polis sepatutnya memastikan kumpulan orang ramai dikawal dengan cara yang mesra
dan bukannya berkonfrontasi.
(4) Mereka yang hadir juga mestilah tidak menimbulkan provokasi dan menahan diri
daripada sebarang jeritan, kata-kata menghina dan mengeluarkan sebarang slogan.
Suhakam suka mengingatkan semua, pihak berkuasa dan orang ramai, bahawa adalah
tanggungjawab mereka semua untuk memastikan hak-hak asasi untuk berhimpun secara aman
terjamin pada 4 Ogos nanti.
Suhakam menekankan bahawa perhimpunan tersebut dikendalikan secara aman.
Suhakam akan menghantar beberapa orang pegawai Suruhanjaya di tempat perhimpunan
sebagai pemerhati.
Tan Sri Musa Hitam,
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)
31 Julai, 2000 (Isnin)
** Diterjemahkan secara bebas daripada teks asal berbahasa Inggeris seperti dikirim
kepada semua media. Stesen NTV7 pada jam 12 tengah malam tadi melaporkan kenyataan
ini. Teks penuh berbahasa Inggeris adalah muktamad.
http://mahafiraun.tripod.com
Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>