*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh;
…….sambungan…….

Kemudian pengarang mengatakan lagi bahwa syariat Islam
membawa kebenaran yang jelas dan bebas daripada
sebarang pengaruh dan kepentingan daripada pihak-pihak
yang tertentu.Kerana ALLAH mengutus para Nabi-nabi
ialah supaya mereka menghukumkan sesuatu perkara yang
timbul dan yang berlaku diantara umat manusia itu
secara adil, mengikut hukum-hukum ALLAH/rasulNya.
Firman ALLAH dalam Suratul Baqarah ayat 213 yang
bermaksud, “Maka ALLAH SWT telah mengutus para
nabi-nabi a.s. yang tugasnya sebagai pemberi berita
gembira dan juga berita-berita ancaman/amaran.Dan
menurunkan bersama-sama dengan mereka yakni
kitab-kitab.Kenapa ALLAH beri kitab-kitab suci ini
kepada nabi-nabi untuk diberitahu kepada manusia?
Ialah untuk menghukum diantara manusia dalam perkara
yang diperselisihkan oleh manusia.”

[ Maknanya, kalau kita ada masalah, maka al-Quran lah
tempat rujukan kita.Kalau kita tak reti baca al-Quran,
kat sapa kita nak pi tanya?…Ulama la jawapannya
tuan-tuan.Kita tak mau seperti apa yang berlaku hari
ini, dimana ulama pula kena refer kepada ahli
politik.Sebab ALLAH SWT dah ajar kepada kita bahwa
sekiranya sapa-sapa yang bergaduh , misal
kata,bergaduh dikalangan ahli perniagaan soal untung
rugi, soal haram ka halal ka dan sebagainya, maka
kenalah mereka rujuk kepada ulama.Kalau pendidik
bertelagah dalam soal sistem pendidikan, maka mereka
juga kena rujuk kepada ulama.Begitu jugalah dengan
ahli-ahli politik yang selalu mengharu-birukan
pergolakan semasa ,mereka inilah lebih-lebih lagi kena
refer kepada ulama; bukannya rujuk kepada kuasa lain
yang tak tahu menahu tentang al-Quran.Yang ni lah yang
kita nak perbetulkan sebab ini semua adalah arahan
daripada ALLAH SWT, supaya kita tahu ke mana kita nak
rujuk sekiranya berlaku perselisihan dalam masalah
sosial,politik,ekonomi dan sebagainya diatas mukabumi
ini.    
Lalu ustaz Ahmad Jailani bawa mai satu contoh, dimana
pada satu ketika dulu dalam masyarakat kita telah
timbul satu suara terutamanya daripada pergerakan
Islam yang tidak bersetuju dalam masalah pakaian
ahli-ahli sukan.Contohnya, dalam acara renang.Pasai
apa kena pakai swimming suit yang mendedahkan aurat?
Jadi bila ada suara-suara dalam pergerakan Islam
mengkritik penganjuran sukan-sukan bertaraf
antarabangsa mahupun kebangsaan seperti sukan Komanwel
umpamanya, yang mana tidak mematuhi kod etika
berpakaian secara Islam; maka ada satu suara lain pula
yang membalas suara daripada gerakan Islam ini dengan
mengatakan bahwa tak kan nak pakai tudung dalam kolam
renang…..Laaa, awat yang BANGANG sangat (kepada orang
yang keluar kenyataan lagu ni)? Sapa suruh hang pakai
tudung bila nak berenang?…Nie, kita bagi
pujian/tahniah kepada pelajar-pelajar ITM yang telah
berjaya mereka-cipta pakaian renang khusus untuk
wanita Islam.Ataupun pakailah setakat mana minima yang
Islam tentukan kepada kita.Ataupun tak payah pakai
tudung langsung, tapi dengan syarat satu stadium tu
mau tak dak sorang pun lelaki.Susah ka?…Tak susah aih!
Security kita ada, kan.Tapi kalau tergedik-gedik nak
berenang depan lelaki bukan mahram juga, tudung kena
pakailah, dan swimming suitnya hendaklah seminima yang
dibenarkan oleh syara`.
Bagi lelaki pula, pasai apa bila nak berenang kita
kena londeh sampai tinggai spender saja?…Bukan ka la
ni dah ada seluaq yang tutup pusat sampai ke lutut.Nak
main bola pula, la ni dah tarak masalah dah.Selain
daripada track suit, kita boleh seghelom seluaq tight
(apa ka nama pun tak tau) kot dalam seluaq bola
kita.Jadi, masalah sukan la ni kira tak timboi dah
aih; janji hang mau tutup aurat kira ok la tu.    
Kemudian ustaz Ahmad Jailani cerita lagi pengalamannya
,tapi kali ini masa dia pi mandi sauna kat
hotel.Beliau kata apa yang dia baca daripada majalah
kesihatan, mandi sauna ni kira bagus lah untuk
kesihatan kita.Lalu bila pihak hotel yang
dikunjunginya itu kata free, beliau pun pi try
la.Mula-mula kena register, kemudian ambik tuala dan
masuk tempat persalinan lelaki.Ustaz kata dia terkejut
hampir nak rebah bila tengok ada yang selamba saja
telanjang bulat dalam bilik tu.Kemudian bila dah salin
pakai tuala, masuk pi duduk dalam bilik yang ada wap
panas sampai kita pun berpeluh.Bila ustaz duduk-duduk
sat, tiba-tiba ada sorang cina masuk.Lalu ustaz pun
tanya la cina tu, “Mandi sauna ni, lagumana?”…Cina tu
kata, “Mula-mula kena duduk kat sini (mandi
wap).Kemudian bila dah berpeluh apa semua dalam 10-15
minit ,kita proceed pi masuk dalam satu kolam yang
mana bila tekan satu suis, kolam tu akan
berombak-ombak.”…Ustaz tanya lagi, “Masuk dalam kolam
tu, boleh pakai kain tuala ka?”…Cina tu kata, “Tak
boleh pakai apa-apa wooo.Mesti mau bukak semua kasi
telanjang.”…Ustaz kata, “Ish, I malu la.”…Cina tu
kata, “Nak malu apa.I lelaki, you pun lelaki jugak.Mau
malu apa?”…Kemudian bila ustaz keluar dari bilik wap
ikut cina tu, ustaz tengok cina tu buat apa yang dia
kata tadi.Lalu ustaz pun tak mau terlibat dengan benda
macam tu, dia pun melencong  pi masuk bilik shower
room, pi mandi senyap-senyap.
Apa yang ustaz nak bagitau ialah ada setengah orang
Islam kita yang terpengaruh dengan amalan orang-orang
bukan Islam lagumana yang diceritakan tadi.Yang
dipertikaikan ialah mandi telanjang tu.Tapi dalam soal
mandi sauna atau mandi kat mana-mana tempat public;
adakah Islam larang?…Ustaz kata bahwa Islam tak
melarangnya.Dan dalilnya, ustaz suruh kita refer pada
kitab Ihya Ulumuddin.Yang mana Imam Ghazali r.a. ada
mengatakan dalam kitabnya itu bahwa boleh kalau nak
mandi di tempat awam, tapi dia ada
adab-adabnya.Maknanya, kena tutup aurat.
Tapi yang kita tak boleh terima ialah pendapat
sesetengah orang hari ini yang kononnya belajar
tasawuf, yang kononnya belajar ilmu sufi dan
sebagainya; tapi tiba-tiba mai habag kat kita, nak
mandi kolam renang tak boleh, nak main bola tak boleh,
nak pakai topi cap pun tak boleh, yang kononnya
bercanggah dengan ilmu tasawuf.Kalau kita nak tau
boleh ka tak boleh ka benda-benda lagu ni; pi tengok
dalam kitab Ihya Ulumuddin.Yang mana tok guru dalam
ilmu sufi/tasawuf itu sendiri iaitu Imam Ghazali r.a.
menyatakan dengan jelas bahwa harus hukumnya bagi
orang Islam untuk mandi di tempat awam dengan
syarat-syarat yang dibenarkan oleh syara`.Diantara
syarat-syaratnya ialah kena tutup aurat dan lagi satu
ialah kita tak boleh join sekali dengan majlis orang
yang buat maksiat.Misal kata macam mandi sauna tadi,
bilamana ada saja cina atau mat salleh yang mandi
telanjang, maka kita kena belah buang.
Jadi, yang kita nak sebut ialah kebanyakan orang Islam
hari ini, depa cukup suka sangat nak ikut apa yang mat
salleh buat; seperti mandi sauna, main bola dan
sebagainya.Jika kita tengok pada asasnya, benda-benda
itu tidak dilarang oleh Islam, maka tak jadi masalah
lah.Tapi kita jangan pula terpengaruh dengan apa yang
mereka lakukan yang bertentangan dengan hukum
syara`.Contohnya; seperti pakai topi cap yang ada
pelindung matahari.Ada pendapat dikalangan orang Islam
hari ini yang mengatakan bahwa haram berdosa pakai cap
lagu tu kerana mengikut pakaian ala komunis.Inilah
contoh satu ilmu yang tidak ada asas dalam ajaran
Islam.Yang mana Islam tak pernah ajar kepada kita
bahwa pakai cap macam tu haram.Sementara contoh yang
haram yakni yang boleh bawa kepada terbatalnya aqidah
ialah yang kita buat benda yang khusus kepada aqidah
orang bukan Islam.Contohnya ialah berpakaian ala tok
sami.Hah! ini jelas.Sebab itu, kalau kita nak buat apa
pun, jangan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran
yang asing daripada ajaran-ajaran Islam.Contohnya;
setengah orang kita bila diajak belajar tasawuf atau
ilmu-ilmu sufi, depa nanti berkenan dekat benda yang
pelik-pelik.Misalnya, bila mereka ditanya A.L.L.A.H.
tu makna apa? Yakni ‘alif’ tu apa, ‘lam’ tu apa dan
‘ha’ tu makna apa? Atau Muhammad tu makna apa? Yakni
‘mim’ tu apa dan ‘ha’ tu apa dan ‘dal’ tu maknanya
apa?…Lalu apabila kita tak reti nak jawab, maka kawan
yang tanya tu nanti bagitau, “Hang tak cukup ilmu
lagi,syeikh.Jadi ,hang kena mai belajaq dekat
aku.”…Jadi, inilah yang buat kawan yang tak reti apa
tu pikiaq, “Aeiii ! sempoi juga ilmu syeikh ni.Dan
betoi juga apa yang dia kata yang aku ni tak cukup
ilmu lagi.” 
(Mungkin ilmu lagu ni la kot yang mana ada satu syeikh
mana ka hari tu bagi tau kat saya ,yang saya ni tak
kenai diri sendiri dan kenai ALLAH lagi.Mungkin dia
nak suruh saya pi belajaq kat dia la kot.)
…Lalu kawan yang tak tau apa pun ni, pi belajaq
benda-benda lagu ni yakni ilmu yang tidak ada asas
dalam ajaran Islam.Nabi tak pernah ajar kepada kita
,bahkan ALLAH SWT pun tak pernah ajar kepada kita ilmu
lagu ni.Oleh itu, kalau kita hari ini nak belajar ilmu
sufi/tasawuf dan sebagainya ,maka hendaklah belajar
daripada kitab-kitab/ulama-ulama yang muktabar, yakni
yang reliable, yang boleh kita berpegang. ]

Sebab itu, saudara/saudari serta muslimin/muslimat
sekelian; kita harap masyarakat kita akan mengerti
tujuan al-Quran diturunkan kepada kita, yakni supaya
menjadi tempat rujukan apabila timbul apa-apa masalah.

…….bersambung…….          



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke