*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum…..kengkawan.

Baru lagi menempuh hari isnin….dah isnin pulak. Tu la….kitaran hidup, umur 
meningkat seminggu-seminggu. Biar mencelah bual-bual sikit.

Nak kata pepatah melayu pun bukan....nak kata peribahasa pun bukan, tapi 
kalau pepatah cina ye kot.Tapi,ia adalah satu kenyataan yang kita sebagai 
orang melayu memang tak boleh menafikannya.Pernah mencelah dengar orang cina 
kata "kalau tak bohong bukan cina, kalau tak berhutang bukan melayu".Jadi, 
dari sini kita boleh kenal yang macam mana cina dan yang macam mana 
melayu.Mencelah bukan nak mengata orang melayu….sebab mencelah sendiripun 
orang melayu, bukan orang eskimo.

Dari Abu Hurairah ra katanya; “Rasulullah saw melarang dua macam cara jual 
beli iatu , ‘mulamasah’ dan ‘munabadzah’.Mulamasah, ialah menjual dengan 
cara menyentuh barang dagangan tanpa di teliti oleh pembeli.Munabadzah ialah 
menjual dengan cara melemparkan barang dagangan kepada si pembeli tanpa 
meneliti barang itu.

Orang melayu ni....memang mudah di percayai oleh orang bangsa asing...tu 
sebabnya dia orang berani bagi hutang. Kalau yang melalui agreement....itu 
satu hal, ini yang main lepas gitu pun ada. bayangkan orang pakistan berani 
lepas karpet mudah-mudah....aje dekat melayu dalam kampung, tanpa surat! 
cuma janji bayar banyak kali......”tiap-tiap bulan saya sini mari”.Tapi 
perangai sesetengah orang melayu ni....kalau dengan melayu sendiri kalau dia 
berhutang, liat sungguh nak bayar.Bila talipon ke rumah....dengar mak dia 
bisik kat telinga anak....sosek-sosek " bagi tau...mak tak ada di rumah" 
.....le " Bagi tau mak dok mandi" .....le "bagi tau mak demam"….le.(pak 
jarang sosek-sosek, sebab tak pandai buat hutang) Ada satu kes tu.....ada 
kawan mencelah nak gi kutip hutang, sampai saja rumah kawan tu....macam 
sendiwara pulak, "minta maaf la..cik, mak saya kena sawan (nampak dok 
gelepar). Beredar saja kawan mencelah dari situ, elok nampak mak dia dok 
endap kot tingkap.....masyaAllah, orang macam ni...pun ada dalam dunia.

Dari Ibnu Umar ra dari Rasulullah saw sabdanya; “Dua orang yang berjual beli 
, masing-masing mempunyai ‘hak pilih’ (di teruskan atau tidak jual beli itu) 
selama keduanya belum berpisah, kecuali dalam jual beli itu telah di 
tentukan sebelumnya satu pilihan tertentu”.

Bila cakap soal jual beli ni.... mencelah ada dengar guru agama kata, selagi 
ada kedai orang islam, haram kita gi beli kat kedai orang bukan islam. 
Sebenarnya mencelah tidak menyangkal kenyataan dia, tapi buat masa ini 
mencelah belum terjumpa....lagi hadith ke....yang mengatakan begitu! 
Walaubagaimana pun memang ada baiknya kita pergi kedai 
melayu.....sekurang-kurang sebagai sokongan moral. Kengkadang niat di hati 
kita ni memang baik…nak tolong sesama kita, tapi ada saja yang tak sempurna. 
Orang melayu ni…semangat meniaga tu memang berkhobar-khobar, tapi bila kita 
masuk dalam kedai dia….macam ‘gigi mak tok’, barang ada ser ba sedikit…..nak 
yang ni tak dak, nak yang tu tak dak. Jadi pergi la pulak kita ni ke kedai 
lain….ada lagi yang tak cukup! Kalau kita pergi kedai cina….sekali berhenti 
saja ….semuanya beres. Soal harga memang tak di nafikan, di kedai cina murah 
sikit……nak buat macam mana?! Member mencelah buka kedai borong keperluan 
rumah…..modal habis beratus ribu, akhirnya bengkrap.Macam mana tak 
bengkrapnya……cina beli ambil dari kelang yang sama juga  tapi, harga tak 
sama. Lepas tu bila jual sampai bila-bila orang dok kata …..di kedai cina 
murah sikit.

Dari Hakim bin Hizam ra, dari Rasulullah saw, sabdanya; “Dua orang yang 
berjual beli, masing-masing mempunyai ‘hak pilih’ (untuk meneruskan jual 
beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika kedua-duanya 
berlaku ‘jujur’ dan ‘terus-terang’ menjelaskan (keadaan barang yang di 
perjual belikan) maka mereka di beri berkat dengan jual beli mereka, tetapi 
jika mereka berdusta dan menyembunyikan (cacat masing-masing) hlanglah 
berkat jual beli mereka”

Baru-baru ni mencelah bual-bual dengan pegerusi sebuah sekolah agama milik 
pas. Dia kata sesetengah ibubapa….hantar anak kesekolah agama kerana ikhlas 
inginkan anak mereka menjadi insan yang bertaqwa tapi, yang 
mendukacitakan……yuranpun nak ikhlas juga! Rasa nak bayar…bayar….tidak 
berbulan-bulan tertunggak. Masalahnya , pehak sekolah sukar untuk 
menggajikan tenaga pengajar yang tetap untuk matapelajaran tertentu. Itu le 
mencelah ingat kalau dah tak mampu nak hantar ke sekolah swasta…….hantar 
saja le ke sekolah gomen.

Dari Ibnu Umar ra katanya “ Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah saw 
bahwa dia di tipu orang dalam jual beli.Maka bersabda Rasulullah saw, 
“Katanya kepada si penjual “jangan menipu! Maka sejak itu, apabila dia 
melakukan jual beli selalu diingatkannya “jangan menipu”!.

Ok……..bye jumpa lagi.

[EMAIL PROTECTED]
(Hakcipta terpelihara)



________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke