MGG Pillai
Siapakah Dia Abu Hassan bin Tan Abdullah?
(And Who is Abu Hassan bin Tan Abdullah)
Apabila perayaan sambutan Merdeka dimulakan pada 31 Ogos di Stadium
Shah Alam, ia akan merupakan temasya yang mencerminkan satu trend di mana
masyarakat kita menjadi semakin berkecamuk. Duli Yang Di Pertuan Agong ialah
Sultan Selangor, sedangkan mantan Menteri Besar, Dato Seri Abu Hassan Omar
telah disingkirkan kerana sabit kesalahan yang termaktub di bawah hukum
syariah. Inilah satu kisah yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka
mengikut kehendak Perdana Menteri yang mahu melupakan sahaja perkara ini
sebagai satu kisah peribadi. Perdana Menteri memang tidak ikhlas dalam hal
ini. Dalam satu kes yang melibatkan kisah homoseks dia telah menunjukkan
minatnya dengan menentukan agar pihak pendakwaraya dan juga hakim kes itu
menghukum seorang insan yang sememangnya mahu dimusnahkan karier politiknya
walaupun tanpa bukti yang sahih dalam hal itu.
Di majlis ulang tahun kemerdekaan itu nanti, Mahathir akan merasa
sesuatu yang mencekik tekaknya, kerana perayaan itu adalah satu gambaran
yang jelas betapa pincang pemerintahannya. Inilah ketikanya di mana seorang
menteri kebudayaan dan pelancongan telah berjaya mendesak kerajaan agar
merestui pelancaran satu karnival membeli-belah yang memakan masa satu
bulan. Dia tidak sedar bahawa rencananya itu dianggap oleh golongan
Anawaristas persis seekor lembu yang ditayangkan secebis kain merah di
hadapannya. Tentu sekali mereka memperlekehkan sahaja karnival itu. Tentu
sekali Perdana Menteri akan merasakan keadaan kucar kacir ketika temasya itu
nanti. Pihak musuhnya tentu tidak akan melepaskan peluang untuk terus
memperlekehkannya.
Kemelut yang menghantui dan memaksa Dato Seri Abu Hassan Omar
bersara itu tidak akan berlalu begitu sahaja. Pertama kali munculnya satu
artikel di Jawa Pos yang menceritakan skandal seksual pada bulan Julai yan! g
lalu, Timbalan Perdana Menteri , Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah
memerintahkan Dato Seri Abu Hassan dan juga suami kepada adik iparnya untuk
menjalani satu ujian DNA bagi tujuan membuat kepastian siapakah sebenarnya
bapa kepada anak yang sudah berumur 11 tahun itu. Sebaik sahaja hasil ujian
itu diterima, beliau telah mengarahkan menteri besar meletakkan jawatannya
dalam masa 24 jam. Ketika itu, Perdana Menteri enggan menemui Abu Hassan.
Terpaksalah beliau menyerahkan surat perletakan jawatannya itu kepada
seorang pembantu. Bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Perdana
Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan juga Abu Hassan, persaraannya itu
sebenarnya berasaskan satu tuduhan moral di mana beliau bersekedudukan
dengan adik iparnya yang menghasilkan seorang anak di luar nikah. Salah
lakunya itu telah ditutupnya dengan cara mendapatkan bantuan seorang pegawai
MCA yang kemudiannya menganut agama Islam untuk mengahwini wanita itu.!
Perkara semacam ini bukanlah satu perkara yang pelik. Ia menjadi
anih hanya apabila orang luar mengetahui akan hal itu. Apabila berita itu
muncul di Jawa Pos dan kisahnya diungkit oleh pihak pembangkang tetapi
diketepikan sahaja oleh Speaker Majlis Dewan Negeri Selangor, ia memberi
tanda awal betapa zaman kegemilangan Abu Hassan sudah pun berakhir. Abu
Hassan tidak punya pilihan lain selain daripada meletakkan jawatannya.
Tetapi, Perdana Menteri tidak mahu menjatuhkan air mukanya sewenangnya
seperti mana yang diperlakukannya terhadap bekas anak emasnya dan juga bakal
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.
Sememangnya UMNO sudah gawat. Setiap pemegang jawatan mempunyai
musuh yang amat mudah menghunus pisau untuk menikamnya. Kisah yang melanda
Abu Hassan telah diberikan oleh seorang pegawai UMNO kepada seorang ahli
Dewan Undangan Negeri daripada parti Keadilan agar beliau mencetuskan isu
itu di persidangan dewan.
Perdan! a Menteri, seperti kelazimannya mengarahkan perkara itu di
sembunyikan. Tetapi bukannya mudah melakukan perkara itu. Krisis moral
persendirian tidak sepatutnya menyanggah kerjaya politik sesiapa. Kerana itu
separuh (sepatutnya keseluruhan -penterjemah) daripada ahli kabinet memang
sudah tergugat. Apabila Perdana Menteri bertindak mengganyang Dato Seri
Anwar Ibrahim berasaskan tuduhan yang tidak dapat dibuktikannya, kepincangan
seperti itu (di kalangan ahli kabinet beliau ) sepatutnya menerima deraan
yang sepadan. Perdana Menteri dan juga timbalannya mesti membuat penjelasan
kenapakah mereka mahukan perkara ini dipengapkan sahaja; selepas ujian DNA
itu menyerlahkan bahawa Abu Hassan Omar adalah bapa yang sah kepada anak
yang dilahirkan oleh adik iparnya. Di waktu yang sama mereka melaungkan
kepada seluruh dunia akan satu krisis moral yang masih tidak dapat
dibuktikan dan membabitkan insan yang dimangsakan itu kepada tujuh hukuman
yang rasm! i.
Mahkamah Syariah Selangor yang telah menonjolkan diri dalam
penangkapan ratu cantik dan penyanyi karaoke di beberapa bar (pub) atas
kesalahan melanggari etika moral harus bertindak terhadap menteri besar ini
bukan sahaja berasaskan perbuatan berzina malahan atas perbuatan sumbang
yang membabitkan dirinya dengan adik kepada isterinya sendiri. Kalau perkara
ini dilakukan bererti barulah ada keadilan dalam tindakan.
Siapakah pegawai MCA yang mengahwini adik ipar Dato Seri Abu Hassan
dengan tujuan melepaskan jerat yang menjebaknya? Beliau ialah Mr. Tan Hoon @
Jefri Tan Hoon @ Abu Hassan bin Tan Abdullah, Pengerusi MCA Bahagian Ampang
Jaya yang termaktub dalam kawasan parlimen Timbalan Speakar Parlimen Dato
Ong Tee Keat. Beliau memang tidak ngam dengan Dato Ong. Mungkin kerana itu
para pemimpin MCA tidak merapatkan diri mereka dalam krisis ini. Sekaranglah
masanya Abu Hassan bin Tan Abdullah ini muncul ke depan untuk memberikan
c! eritanya pula. Beliau telah banyak meraih keuntungan daripada pelbagai
projek yang pernah diunjurkan oleh Abu Hassan dan juga pentadbiran Menteri
Besar terhadapnya. Malah, beliau harus didakwa kerana membabitkan dirinya
bersekongkol dengan Abu Hassan melanggar hukum ajaran Islam. Pihak kerajaan
mempunyai kes yang lebih berat terhadap Abu Hassan Tan daripada apa yang
telah dilaksanakan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.
Kalaulah kerajaan Mahathir mahu mencanang kepada seluruh dunia akan
sistem penghakiman negara yang lebih adil, pihak pemerintahannya harus
menentukan satu hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan jenayah
seperti ini. Bukankah dalam kes yang tidak mempunyai sebarang bukti ia telah
menghukum seorang pengkritiknya kepada satu hukuman yang pada keseluruhannya
melibatkan 33 tahun?
Diterjemahkan oleh -MT-
14 Ogos, 2000.
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
